Tips jimat membayar insurans dengan NCD

Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Salam Sejahtera dari saya kepada pembaca yang bukan beragama Islam. Saya terpanggil untuk berkongsi tips yang mungkin tidak ramai tahu mengenai NCD insurans anda. NCD merupakan diskaun yang akan memberi penjimatan semaksimum 55% dari jumlah insurans yang harus anda bayar. Hmm.. banyak tu bukan? Anda akan dapat penjimatan ini selagi mana anda tidak membuat sebarang tuntutan kepada pihak insurans. Jadi berhati-hatilah memandu kenderaan anda tidak kira beroda dua atau beroda lapan.

Ok, biar saya teruskan kenapa dengan NCD anda boleh berjimat dari puluhan ringgit hingga kepada ribuan ringgit.

Kes Pertama: Bila anda membeli kenderaan baru dan anda tidak pernah mempunyai sejarah memiliki kenderaan, maka NCD anda adalah 0%. Jadi tiada pengurangan dari jumlah insurans anda. Jadi untuk mendapatkan penjimatan, anda boleh mula membeli kenderaan yang murah nilai insuransnya iaitu merujuk kepada Harga Kereta itu dinilai. Tahun pertama, anda tidak ada diskaun tetapi tahun berikutnya akan ada diskaun dan akan naik mencecah hingga tahap 55%.

Kes Kedua: Apabila anda sudah ada sejarah memiliki kenderaan dan ingin menjual kereta tersebut, pastikan NCD anda dipindahkan kepada insurans kereta baru anda. Sebagai contoh, sebelum ni anda menaiki kancil dengan NCD 55% maka apabila anda trade in dengan membeli Proton Suprima (sebagai contoh..hehe), NCD dari kancil boleh dipindah kepada insurans Suprima tersebut. Banyak tu diskaun 55%… jadi anda sudah jimat.

Kes Ketiga: Anda ada sejarah memiliki kenderaan tetapi membeli kereta kedua yang harga lebih mahal, jadi NCD anda boleh berpindah milik iaitu NCD dari kereta terdahulu kepada kereta baru dan NCD kereta baru kepada kereta lama. Ini juga memberi penjimatan kerana kita tahu semakin lama usia kereta, semakin susut nilainya. Jadi sekiranya anda ada kancil dan ingin membeli kereta yang kedua iaitu Proton Suprima (opss..guna model yang sama), jadi pindahkan NCD kancil kepada Suprima dan NCD Suprima kepada kancil. Jadi nilai insurans Suprima akan rendah. Kalau NCD kancil itu 55% maka Suprima tersebut akan mendapat penjimatan dari nilai NCD kancil yang dipindah. Jadi dapat penjimatan juga kan?

NCD ini boleh dipindah milik dari kereta ke kereta atau motor ke motor. Tak boleh dari motor ke kereta atau kereta ke motor.

p/s: Sekiranya NCD anda dah penuh iaitu 55% dan anda jual kenderaan, selagi mana anda tidak beli kenderaan baru maka NCD anda makin menyusut dari tahun ke tahun.

Akhir kata..selamat berjimat dengan NCD insurans anda.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s