Kejatuhan harga emas

graf emas terkini Hmm..nampaknya harga emas masih dalam situasi menurun. Kalau di lihat pada graf yang saya sertakan, kemuncak harga emas berada pada tahap 19++.++ (pertengahan 2011). Namun sekarang, trend tersebut mula menunjukkan penurunan yang amat ketara. Dalam 2 minggu ini, harga main berlegar-legar dalam lingkungan 12++.++.

Pelbagai spekulasi yang timbul dengan isu penurunan harga emas dunia ini. Ada beranggapan bersangkutan dengan ekonomi negara-negara besar yang semakin merudum, defisit hutang sesetengah negara yang terlampau meninggi dan pelbagai lagi informasi yang dapat kita baca di ruangan internet.

Namun begitu, sejauh mana harga emas akan jatuh?? Ada yang meramalkan sekitar 1,000.00, ada juga yang berkata sehingga 800.00. Ia terjadi berdasarkan harga emas sudah mencapai ‘zaman pembetulan harga’ yang sebelum ini naik terlampau mendadak. Namun, ada juga pendapat yang menyatakan harga emas tidak akan jatuh merudum berdasarkan kos carigali emas yang semakin meningkat dan sumber emas tidak senang di cari seperti dahulu. Terpulang pada anda untuk mempercayai yang mana satu.

Sekiranya anda ingin membeli emas, pastikan ‘target’ harga yang ingin anda beli. Lebih baik anda membeli untuk simpanan long term kerana anda tidak akan rasa tertekan dengan spekulasi semasa. Sebagai contoh, anda tahu harga emas akan naik tetapi memandangkan sekarang trend harga menurun. Anda boleh target harga sekiranya emas berada di skala 1,000. Itu sudah memadai untuk membeli atau dengan kata lain, ‘ready to buy’.  Sekiranya anda memang berjual beli keuntungan dengan emas atau suka dengan short term money, anda perlu mengetahui apa itu asas kejatuhan harga emas dan kenaikkan harga emas. Informasi spekulatif boleh membuat anda pening kepala kerana ada yang betul dan ada yang salah.

Jadi, kekalkan target anda dan beli. Saya masih menunggu ‘target harga’ saya sebelum membeli emas lagi. Yeah!

2 comments on “Kejatuhan harga emas

  1. kejatuhan emas memang ditunggu – tunggu untuk menambah stok emas yang ada. saya lebih suka membeli emas fizikal dengan ketulenan 24K, ataupun emas 999.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s