Kerajaan membantu golongan berpendapatan tidak tetap untuk memiliki rumah sendiri

apartmentKerajaan persekutuan akan membantu orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah mereka sendiri melalui skim yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan akan memberi pinjaman yang disediakan oleh bank-bank yang terlibat dalam skim itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Jaminan kewangan akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil yang ingin membeli rumah kos rendah dan sederhana untuk pertama kali melalui Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam.”

Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya terbuka kepada orang yang berpendapatan tidak lebih daripada RM1, 000 sebulan dengan jumlah yang tidak melebihi RM100, 000, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Mampu Milik 1Malaysia yang diuruskan oleh Koperasi Pembangunan Hartanah Bhd Putrajaya di Putrajaya semalam.

Pinjaman ini bertujuan untuk meningkatkan kepada 1.9 juta bilangan keluarga untuk memiliki rumah sendiri  daripada 6.3 juta isi rumah di Malaysia yang tidak mempunyai rumah mereka sendiri.

“Terdapat juga 2.45 juta isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM3, 000 dan daripada jumlah itu, 1.7 juta memiliki rumah,” kata Ahmad.

“Sebaliknya, 627,000 keluarga masih menyewa rumah manakala 140,000 tinggal di kawasan setinggan atau di rumah saudara-mara.”

Pautan asal (versi English) : http://www.propertyguru.com.my

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s