650,000 kakitangan kerajaan tidak mampu membeli rumah

apartmentHarga rumah di Malaysia masih jauh daripada jangkauan sebanyak 45 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Berdasarkan kajian itu, 650,000 pekerja kerajaan tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah semakin meningkat. Secara umumnya, mereka terdiri daripada orang-orang dalam kumpulan sokongan dan golongan berpendapatan rendah, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

“Mereka yang berusia 40 tahun, yang berada di gred yang lebih tinggi dan telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun, adalah orang-orang yang bernasib baik.”

“Kumpulan 45 peratus akan terus menyewa atau tinggal di kuarters,” katanya, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh membawa kesan negatif jika kerajaan gagal untuk menangani dengan betul.

Selain itu, kakitangan awam akan dipaksa untuk menangguhkan pembelian rumah mereka sehingga usia yang lewat, bermakna mereka akan membayar gadai janji mereka sehingga mereka sudah tua.

“Ini bermakna bahawa mereka akan menggunakan semua simpanan dan pencen mereka, yang sepatutnya untuk perbelanjaan hari tua mereka tetapi harus digunakan untuk membayar balik pinjaman,” jelas Omar.

“Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dihalang oleh hutang.”

Petikan asal (versi english): http://www.propertyguru.com.my/en/property-news/2013/7/9923/650,000%20gov%27t%20employees%20unable%20to%20afford%20a%20home?utm_source=pgmy-newsalert&utm_medium=edm&utm_campaign=dailynews-01Jul2013&utm_content=links

One comment on “650,000 kakitangan kerajaan tidak mampu membeli rumah

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s