Hutang yang telah selesai..

orang kayaHmm..tetiba terasa nak senaraikan hutang yang telah selesai. Mengapa saya selesaikan hutang-hutang tersebut, ini kerana hutang berikut merupakan hutang yang ‘tidak baik’. Aik..hutang pun ada yang baik dan tidak baik ke? Yup.. memang ada. Hutang tidak baik boleh dikatakan hutang lapuk atau hutang yang tidak menjana sebarang pendapatan malahan mengambil pendapatan yang sedia ada manakala hutang yang baik akan bekerja dan menjana pendapatan untuk kita. Lain orang lain hutangnya tapi lebih kurang sahaja kesamaannya iaitu hutang tidak baik. Jadi biar saya senaraikan hutang tidak baik saya:

Hutang tidak baik

  1. hutang kereta
  2. hutang kad kredit
  3. hutang pinjaman peribadi bank rakyat
  4. hutang pinjaman peribadi al-rajhi bank
  5. hutang PTPTN

Berapa jumlah keseluruhan hutang saya? Boleh dikatakan melebihi RM50 ribu dan kurang dari RM100 ribu. Sedar tak sedar, memang banyak jumlah hutang yang tidak baik di kumpul. Tapi alhamdulillah, sekarang saya boleh dikatakan hampir menghampiri seorang yang bebas hutang. Ini kerana saya hanya ada hutang rumah sahaja. Tapi kenapa saya tak langsaikan hutang rumah..sebab ada agenda tersendiri kenapa rumah tersebut tidak dilangsaikan tetapi hanya menjadi batu loncatan untuk saya melakukan teknik ‘menyerang’. Adios..

108 comments on “Hutang yang telah selesai..

  1. boleh share macamana caranya nak selesaikan hutang dengan lebih cepat…especially kad kredit dan pinjaman peribadi

  2. memandangkan saya tidak tahu kedudukan financial saudari azian, saya cuma boleh rumuskan beberapa cadangan untuk penyelesaian kad kredit & pinjaman peribadi:
    – membuat pinjaman dengan saudara terdekat (tiada caj interest dikenakan)
    – menghimpunkan semua loan ke dalam satu loan yang lagi rendah nilai interestnya
    – menaikkan jumlah pembayaran bulanan (tidak hanya membayar seminima yang mungkin)
    – membuat kerja freelance / keje tambahan untuk menaikkan nilai ‘cash’ saudari
    – selidik cashflow saudari, mungkin ada sesetengah area yang saudari boleh gunakan untuk bayar CC/PL

    Sekiranya saudari azian sudah tidak mampu untuk membayar jumlah kad kredit/PL:
    – berjumpa dengan pihak bank yang terlibat dan menceritakan masalah yang saudari hadapi. Selalunya untuk kes kad kredit, pihak bank masih boleh readjust jumlah pembayaran tetapi mengikut terma2 yang telah ditetapkan.
    – buat balance transfer “ini untuk penjimatan seketika sahaja”…tidak penyelesaian total

    p/s: untuk mengelakkan saudari terguna kembali kad kredit tersebut.. saudari boleh potong kad tersebut kerana berkemungkinan ‘hantu’ kad kredit memanggil2 anda untuk di ‘swap’. Selain itu juga..elakkan ada rekod yang tidak baik cara pembayaran dengan pihak bank. Ini untuk mengelakkan saudari azian susah untuk meng’apply’ loan yang lain nanti.

    harap dapat membantu..

  3. tuan,
    bulan lepas, saya dikenakan caj pembayaran lewat pada 1 kad kredit saya.
    walhal saya telah membuat pembayaran lebih dari minimum..
    tetapi tidak ‘alert’ dengan tarikh due.
    saya telah gunakan kad kredit ini sejak Ogos 2013.

    adakah ini menjadikan saya tidak layak untuk memohon loan lagi?

    saya bercadang untuk memohon ‘personal loan’ sebagai modal ‘good debt’.

    setakat ini, saya juga ade 1 personal loan, bermula Jun 2013
    dan 1 housing loan, bermula Oktober 2013.

    • Berkenaan isu kad kredit, saudari sudah tahu jawapannya iaitu saudari tidak “alert” dengan tarikh due date cc saudari walhal untuk cc inilah yang harus dititikberatkan. jadi pastikan saudari alert dengan tarikh due date c/card ye.

      Masih layak, tiada masalah..

      Namun, kalau di lihat pada kenyataan saudari.. saya jangkakan saudari punya “hutang” yang di pikul mesti sudah melebihi 40% dari gaji bersih saudari. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus.

      Saya boleh menyatakan beberapa pendapat:
      – saudari gunakan p/loan lain untuk menghapuskan p/loan lama sekiranya interest rate mmg amat berbeza. Sebagai contoh: 2%
      – cuba saudari hapuskan secepat yang mungkin p/loan dan selepas itu build up emergency fund (minima 6 bulan dari perbelanjaan saudari.. bukan 6 bulan dari gaji saudari)
      – housing loan sekiranya dapat rate yang lagi murah dan efektif, cuba refinance (baki yang sama di refinance ataupun guna lebihan dari refinance untuk settle hutang)

      Pastikan saudari punya tapak untuk bertahan agak kuat kerana keadaan kewangan sentiasa berubah-ubah dan selalunya ia akan menjadi kejam kepada pemimjam.

    • Kepada saudari hamidah,

      Apabila saudari terlepas tarikh due date, memang ada rekod. Ini menjadikan rekod kurang cantik di mata pihak bank. Bergantung kepada pihak bank untuk menilai rekod kewangan saudari. Ada sesetengah bank memberi kelonggaran dan ada bank yang mengambil kira sejarah rekod kewangan pelanggan secara serius. Jadi layak atau tidak layak, anda boleh cuba dan ceritakan perihal ini kepada pihak bank.

      Tentang cadangan saudari untuk mengambil pinjaman peribadi sebagai ‘hutang yang baik’ sebenarnya bergantung kepada kadar interest dan tujuan saudari membuat pinjaman. Jika dilihat, saudari telah membuat dua pinjaman dalam jangkamasa yang pendek. Pada pendapat saya, kemungkinan saudari boleh menyelesaikan hutang peribadi yang pertama (hutang lapuk) manakala pinjaman perumahan (hutang positif) boleh saudari membayar secara berkala.

      ** tips dari saya. Pinjaman untuk menjadikan ia sebagai ‘good debt’ apabila caj pinjaman adalah murah berbanding pendapatan dari dividen. Sebagai contoh, kadar caj yang dikenakan terhadap pinjaman adalah 2%, lalu wang tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan yang memberi pulangan 8%.

  4. SELAMAT SEJAHTERA . SAYA ADA HUTANG P/PERIBADI DENGAN 2 BUAH KOPERASI DAN 1 BANK ( BSN ) BOLEH TAK SAYA SATUKAN SEMUA HUTANG INI DI BAWAH SATU HUTANG DENGAN MELANGSAIKAN SEMUA HUTANG KOPERASI DAN BANK ? TOLONG BALAS .

    • Selamat sejahtera. Ya dan Tidak..

      Ya sekiranya hutang baru itu mempunyai kadar caj yang murah atau percuma (pinjam dari keluarga @ rakan2).

      Tidak sekiranya hutang baru itu mempunyai kadar caj yang tinggi atau pinjaman dari Along.

      **tips, anda juga boleh melangsaikan hutang menggunakan teknik hutang mana yang lebih cepat BOLEH dihapuskan. Saya tidak tahu berapa jumlah hutang dan latarbelakang kewangan saudara, jadi saya tidak dapat memberi gambaran yang spesifik untuk masalah anda.

  5. Selamat sejahtera dan salam dihormati…Utk pengetahuan tuan, saya ada buat loan pinjaman perumahan dengan sebuah bank tempatan, bermula dari tahun 2006 hinggalah sekarang 2014..jadi semasa pinjaman dulu saya membuat pembayaran balik setiap bulan kpd bahagian pinjaman tersebut..memandangkan keadaan sekarang periagaan saya jatuh..jadi saya ada tertunggak dgn bahagian pinjaman bank sebanyak rm20k..pihak bank ada menghubungi saya menyatakan rumah saya tersebut akan dilelong dalam masa terdekat..jadi memandangkan keadaan dah terlalu hampir…saya dah cuba utk meminjam kpd kwn2 atau saudara mara, tetapi semua hampa sahaja..pihak bank ada hungi saya baru2 ini, saya cuba membuat rayuan lagi, kali cuma rayuan saya diterima drp pihak yg memegang kes saya tersebut, saya diminta utk membuat bayaran sekurang2nya rm10k…bagaimanakah utk saya dapatkan rm10k itu..memandangkan saya tiada jalan lain lagi buat masa ini..harap tuan boleh penjelasan kes saya ini..

    • Assalamualaikum saudara Sham,

      Nampaknya saudara sudah berapa dalam situasi yang genting tentang kewangan peribadi. Saya tidak dapat memberi secara terperinci memandangkan saya tidak tahu adakah rumah itu untuk tinggal atau disewakan kepada orang lain, adakah jumlah 10k itu adalah penyelesaian semua hutang rumah atau sebahagian (kemudian bayaran bulanan harus disambung) dan tempoh masa yang diberikan kepada saudara. Namun begitu, saya memberi beberapa tips:
      – ini adalah contoh cara yang di mana saudara bermula dari awal kembali iaitu menjual rumah tersebut iaitu mengelak rumah disita & memberi anda ruang masa untuk kembali menstrukturkan kembali kewangan. Jadi pada ketika ini anda boleh menyesuaikan diri dalam keadaan menyewa rumah.
      – meminjam dari ramai orang (untuk mengelakkan jumlah pinjaman yang besar dan tanpa caj perkhidmatan). Mungkin anda boleh meminjam RM500 atau RM1,000 seorang (susah orang nak bagi amaun banyak ni). Tapi sekiranya RM10k itu bukan penyelesaian menyeluruh maka bagaimana saudara ingin membayar hutang mereka kerana rumah anda masih berhutang dengan bank.
      – meminjam dari bank iaitu pinjaman peribadi. Anda boleh menggunakan nama orang lain sebagai pemimjam tetapi anda haruslah AMANAH untuk membayar kembali. Tapi sekiranya RM10k itu bukan penyelesaian menyeluruh maka bagaimana saudara ingin membayar hutang mereka kerana anda masih ada hutang yang harus dibayar kepada bank. (kurang disokong)
      – cuba menjual apa barang2 yang boleh memberi nilai untuk dijual. Kereta , motor, basikal, smartphone..etc.
      – cara terakhir, mungkin saudara boleh berjumpa dengan pihak AKPK. Berkemungkinan mereka boleh membantu. Saya tidak dapat jamin kerana status rumah saudara akan dilelong. Ini adalah ikhtiar terakhir.

      Masa yang ada orang saudara adalah amat singkat, jadi saudara boleh memilih cara yang saudara rasa sesuai. Harap membantu.

  6. Assalamualaikum, saya perlukan nasihat tuan. Saya ada hutang berikut :

    1) Hutang motor Aeon berbaki RM7k untuk tempoh 2 tahun lagi
    2) Hutang peribadi Easy RHB berbaki RM14K untuk tempoh kurang 5 tahun (buat loan pada Oktober 2014)
    3) Hutang PTPTN berbaki Rm16k

    saya terpaksa buat loan Easy RHB atas permintaan kakak saya untuk dia menjalan kan perniagaan, walaupun tahu interestnya sangat tinggi. Ansuran bulanan Easy RHB dibayar oleh kakak saya, walaupun loan atas nama saya.

    Persoalan saya,

    1) adakah terdapat perkhidmatan yang membolehkan saya satukan hutang2 tersebut? AKPK contohnya.

    2) Saya ingin menjalankan perniagaan yg memerlukan modal lebih kurang RM20k. Saya bercadang ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40k dan gunakan sebahagian untuk langsaikan hutang AEON dan Easy RHB. Adakah itu keputusan yang baik?

    3) Boleh tuan cadangkan bank yang menawarkan pinjaman peribadi yang berpatutan?

    Terima Kasih

    • Wa’alaikummussalam saudara Firdaus,

      Jawapan:
      1. AKPK tidak menyatukan hutang cuma AKPK menjadi orang tengah dalam penyelesaian antara saudara dengan pihak bank.
      Kelebihan : bayaran bulanan akan menjadi lebih rendah (pengurangan kadar interest @ tempoh pinjaman dipanjangkan).
      Kekurangan: saudara tidak boleh membuat sebarang pinjaman selagi hutang lapuk ini tidak selesai kerana 1 kod akan ditanda dalam sistem bank Negara. Sekiranya saudara gagal membayar walaupun 1 bulan selepas perjanjian baru ditandatangani (saudara & pihak bank), perjanjian akan terbatal dan perjanjian pinjaman lama akan berkuatkuasa kembali.

      2. Modal untuk perniagaan adalah tidak baik sekiranya bermula dengan pinjaman. Ini kerana sekiranya kerugian yang berlaku di dalam perniagaan, saudara akan menanggung hutang lapuk yang lebih tinggi. Kadar pinjaman peribadi (swasta) selalu berada dalam paras 8% – 12%, ini merupakan satu kadar yang tinggi. Teknik buat hutang untuk selesaikan hutang boleh dilakukan sekiranya kadar interest hutang pinjaman baru adalah lebih rendah dari kadar interest hutang pinjaman lama. Cara perniagaan tanpa modal adalah saudara mengambil komisyen dari hasil jualan barang orang lain tanpa saudara menyimpan stok. (dropship @ trading business)

      3. Untuk swasta, rata-rata pinjaman peribadi adalah tinggi (seperti dinyatakan pada jawapan no.2). Sekiranya saudara bekerja dalam sektor awam @ GLC, kadar interest adalah jauh lebih murah dan berbaloi.

      Terdapat pelbagai teknik untuk penyelesaian hutang cuma bergantung kepada saudara untuk aplikasikan dengan kesesuaian dan semangat diri. Sekiranya saudara ingin berjumpa dengan saya, sila sms/hubungi di talian 014-333 6369.

  7. Assalamualaikum,
    Saya mempunyai hutang personal loan dengan bank rakyat sebanyak rm 10K, setiap bulan saya kena potong gaji sebanyak rm 159 selama 10 tahun . jika saya telah membayar sebanyak rm159 selama 6 bulan. kalau saya nak bayar cash untuk settle hutang rm10k, berapa balance saya kena bayar?

    • Wa’alaikummussalam Tuan Muhammad Idris,
      Adalah lebih baik tuan membuat panggilan telefon @ berjumpa terus (lebih baik) dengan pihak Bank Rakyat untuk mengetahui secara tepat jumlah baki yang harus dibayar. Ini kerana setiap bank mempunyai sistem pinjaman yang tersendiri dan kadar caj perkhidmatan yang dikenakan. Apa yang saya boleh katakana, sistem pinjaman selalunya:
      – diawal pinjaman (1 – 5 tahun): tuan membayar lebih kepada caj perkhidmatan @ interest, jumlah yang sedikit untuk prinsipial pinjaman @ jumlah pinjaman.
      – diakhir pinjaman (5 – 10 tahun): tuan membayar lebih kepada prinsipial pinjaman @ jumlah pinjaman, jumlah yang sedikit untuk caj perkhidmatan @ interest.

      Rebat yang selalu diperkatakan oleh pihak bank ialah pihak bank membuang bahagian caj perkhidmatan @ interest pada pinjaman. Dalam konteks pinjaman tuan, jumlah pengurangan prinsipal adalah amat sedikit kerana tempoh bayaran hanya 10 bulan iaitu tuan banyak membayar pada caj dan bukannya jumlah principal.

      Harap ini memberi sedikit penjelasan bagaimana sistem pinjaman berfungsi secara asasnya.

  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    sy narin dari cheras selangor. sy berumur 26 tahun.
    sy mempunyai masalah hutang kereta, RHB ASB & RHB PERSONAL LOAN.
    kedua-dua diatas ini adalah bank yang sama iaitu RHB.

    sy ingin mengajukan soalan kpd Tuan, harap Tuan sudi menjawabnya.

    memandangkan ia adalah satu bank yg sama, jadi sy ingin membuat bayaran dgn jumlah yg banyak, kerana sy sudah 6 bulan tidak menjelaskan bayaran diatas ni.
    ( RHB ASB & RHB PERSONAL LOAN.)

    jadi tarikh bayarannya juga berbeza. ASB RHB 1hb dan RHB PERSONAL LOAN 24hb.
    jadi jika sy buat bayaran sekali terus dlm akaun RHB sy, adakah ia tidak mengganggu?

    lagi 1 soalan sy, memandangkan sy sudah 6 bulan tidak membuat bayaran hutang diatas, adakah akan dikenakan interest dan selebihnya? sy sendri tidak tahu berapa interest yg akan dikenakan pd sy..

    bolehkan Tuan menjelaskan lebih lanjut?
    Sekian terima kasih.

    narin.

    • Wa’alaikummussalam saudara Narin,

      Walaupun pinjaman peribadi dan pinjaman ASB dari bank yang sama iaitu RHB, ia tertakluk kepada 2 jenis akaun pinjaman. Ia merupakan entity @ polisi perjanjian yang berlainan sama sekali. Jadi, ia tidak menganggu kerana saudara membayar berdasarkan polisi pinjaman yang berbeza.

      Mengenai isu dikenakan interest, memang pinjaman tersebut dikenakan ‘interest’. Tetapi untuk ‘interest’ tambahan kerana tidak membayar secara tetap @ lewat bayar, sila rujuk kembali perjanjian pinjaman anda. Untuk mengetahui jumlah interest, sila pergi ke bank RHB yang berdekatan dan tanyakan pegawai yang terlibat. Insya’allah.. saudara akan mengetahui status terkini.

      Harap membantu. terima kasih..

      • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Saudara Nurulsalamaziz, sy baru sahaja selesaikan bayaran ASB RHB setelah seminggu sy mendapat surat dari pihak RHB ASB. pihak RHB ASB meminta sy untuk selesaikan hutang mengikut apa yg dijelaskan dalam surat tersebut.

        setelah sy selesai membuat bayaran penamatan RHB ASB,
        adakah sy akan mendapat surat daripada pihak bank tentang pengesahan bayaran penamatan tersebut?

        atau perlu kah sy untuk menelefon pihak bank sendiri untuk kemaskini?

        boleh minta pendapat Tuan?

        sekian terima kasih.

        narin.

      • Wa’alaikummussalam dan salam sejahtera,

        Untuk memudahkan perjalanan proses, telefon @ pergi ke cawangan yang membuat penamatan RHB ASB. Sekiranya pihak cawangan bank berkata urusan masih dalam proses di HQ, minta no. telefon dan nama officer di HQ yang boleh dihubungi.

        **pengalaman dari beberapa rakan yang berurusan dengan RHB, kena banyak follow up dan banyakkan bersabar untuk menyelesaikan urusan2 dokumen.

      • ya Saudara Nurulsalamaziz, sy sudah update dgn pihak RHB ASB, katanya, tiada dapat surat pengesahan penamatan dan nama kita akan clear dalam masa 6 bulan.

        memang memerlukan ‘ketabahan dan kesabaran’ yg tinggi apabila berurusan dengan mereka..

        yang paling penting sekali, urusan kita sudah selesai dan tiada rekod CCRIS..

        terima kasih Saudara kerana sudi membantu. 🙂

        narin

      • Alhamdulillah. Bagus.. selepas 6 bulan, pergi kat bank Negara. Kat luar tu ada kiosk.. print penyata untuk lihat CCRIS dah betul2 clear atau tak. Sekadar pengesahan dan sekiranya pada penyata masih ada, boleh rujuk kembali ke RHB. Sebaiknya.. selepas 7 bulan baru pergi. Harap membantu.

      • Assalamualikum

        Saya nk bertanya.. mmg tiada sebarang surat pengesahan ye.. sekiranya sudah buat pembayaran penamatan ASB RHB.. skrang ni nama ada blacklist dlm CCRIS. So memang kene tunggu 6bulan ye.. utk bersihkan rekod

        Terima kasih

        -ema-

      • Wa’alaikummussalam,
        Kalau untuk kebiasaan, mmg menunggu 6 bulan. Tapi sekiranya ada nak membuat pinjaman @ pembelian kereta.. rahimah bole meminta pihak bank membuat surat untuk menunjukkan penamatan kontrak ASB RHB. Cuma kegusaran saya, mengikut sejarah yang terdahulu.. RHB amat susah apabila melibatkan benda2 ‘filing’. Harap itu membantu.

      • Terima kasih atas maklum balas.

        Betul saya ada nak buat pinjaman. N pihak bank yang uruskan pinjaman minta surat pengesahan penyelesaian hutang . Tp bile tnye pihak RHB mcm berat j nk bagi. Dia passing2 orang lain plak.

        Lagi satu.. kalau mcm ASB ni dh selesai bayar. Boleh ke dapatkan lagi surat tawaran ASB yg penah dpt sblum ni?? Ni alternatif lain yg pihak bank bagi kalau xdapat surat pengesahan.

  9. Assalamualaikum….ncm mn sy nk settlekn hutang dengan money lender? Kalu sy nl buat full settlement adakah boleh kurang

    • Wa’alaikummussalam cik/puan nazariah..berkenaan isu money lender, kebanyakkan daripada mereka tidak akan memberi rebet / pengurangan bayaran kepada pemimjam cuma pemimjam harus membayar untuk menyelesaikan secepat mungkin kerana kadar caj ‘interest’ yang terlalu tinggi. Silap langkah, pemimjam hanya membayar bunga (interest) sehingga mereka meninggal dunia. Saya pernah menolong seseorang untuk menyelesaikan pinjaman dari money lender ini kerana memikirkan betapa teruknya kehidupan mereka akibat daripada membuat pinjaman dari money lender.

      Cik/Puan Nazariah boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan pinjaman ini. Diantaranya ialah:
      – membuat pinjaman tanpa ‘interest’ daripada ahli keluarga / rakan-rakan. Usah terasa malu apabila membuat pinjaman daripada mereka, ceritakan hal sebenar dan buat perjanjian hitam putih yang anda akan membayar secara bulanan @ secara keseluruhan. Selalunya mereka akan memberi pinjaman berdasarkan rekod bersih anda dan kepercayaan mereka kepada anda. Sekiranya ia melibatkan amaun yang besar, anda boleh pecahkan kepada beberapa amaun yang lebih kecil. Sebagai contoh: Jumlah pinjaman + bunga (sekiranya selesai dalam bulan itu) berjumlah RM10,000. Maka anda pecahkan kepada RM1,000 kepada 10 orang. Maka anda mempunyai 10 perjanjian yang harus dilakukan.
      – memohon daripada baitulmal untuk penyelesaian hutang. Anda boleh mencuba kaedah ini.. untuk berjaya atau tidak, bergantung kepada permohonan anda.
      – memohon daripada bank dengan kadar interest yang rendah (4% ke bawah) melalui pinjaman peribadi. (langkah terakhir sekiranya kedua-dua cara di atas tidak berjaya)
      – sekiranya ketiga-tiga cara diatas tidak berjaya, nampaknya anda harus bekerja lebih keras untuk dapat membayar principal (hutang pokok) dan interest (bunga) serentak tetapi cara ini akan memenatkan anda kerana kadar bunga yang amat tinggi untuk ditanggung.

      Sebagai umat Islam, ada satu hadis yang boleh diamalkan dalam isu penyelesaian hutang. Doa secara ikhlas dan kusyuk semoga Allah perkenankan doa tersebut:
      “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.” Kata Abu Umamah RA: “Setelah membaca doa tersebut, Allah telah memperkenankan doaku dan menghilangkan keresahanku dan melunasi hutangku.” (HR Abu Dawud 4/353)

      Moga memberi ilmu yang bermanfaat kepada anda. Terima kasih.

  10. salam tuan,

    saya ingin bertanyakn pendapat tuan, mengenai masalah saya,saya mempunyai hutan lapuk (CC dan Courts Mammoth), jumlah hutang kedua nya mencecah 6k..adakah wajar saya membuat pinjaman peribadi.sebab saya bercadang untuk membuat pinjaman peribadi dengan aeon credit dengan sebanyak 10k sahaja selama 2 tahun.sebelumni saya ada mncuba di bank rakyat, tetapi di tolak.untuk pengetahuan tuan, saya berkhidmat di suarikat swasta selama 5 tahun.Saya berharap jika diluluskan,saya dapat melagsaikan hutang saya dan dapat menyimpan tunai dlm asb slama 2 tahun menuggu hutang dengan aeon tamat.Saya bercadang selepasdua tahun,saya akn memohon pinjama asb pula mengikut rate yg bersesuain n mampu tuk simpanan yang lebih besar.mohon tuan dapat memberi sedikit pandangan dan cadangan trhadap plan kewangan saya ke arah yang lebih baik in sha Allah.

    • salam saudari naina,

      berkaitan hutang yang sudah mencecah RM6k, ia masih boleh dikawal kerana jumlah yang sedikit.

      tips paling mudah:
      – untuk CC: buat balance transfer ke bank lain. Ini banyak bank yang memberi khidmat ini. Ia menjadikan rate interest menjadi berkurangan.
      – untuk CM: saya tak pasti berapa jumlah pembelian kredit tapi boleh membayar dengan jumlah yang lebih dari amaun biasa memandangkan CM mengenakan caj yang tinggi.

      Loan syarikat credit: adalah amat tidak digalakkan kerana mengenakan caj interest yang amat tinggi. Apa sahaja yang bernama kredit, menggenakan caj yang tinggi.

      – LASB; ada sedikit ilmu, sudah boleh memanipulasi method ini.

      Terima kasih. Harap membantu..

  11. salam tuan, saya mempunyai baki pinjaman PTPTN berjumlah RM5K dan pinjaman peribadi BSN berbaki RM8K (termasuk RM6K interest). saya bercadang untuk melangsaikan salah satu hutang.menurut pendapat tuan, yang mana patut saya langsaikan dahulu. untuk makluman, hutang PTPTN dan BSN dijelaskan melalui potongan gaji bulanan masing-masing sejumlah RM150 dan 300. terima kasih

    • Salam Analia,

      Bayar BSN (langsaikan dahulu) sebab:
      – PTPTN interest (1% – ujrah @ 3% – bukan ujrah) rendah
      – BSN interest tinggi (mesti lebih dari 3%)
      – BSN masuk CCRIS, PTPTN takde (buat masa skrg). Senang untuk masa depan nanti
      – nanti. analia akan ada lebihan RM300 setiap bulan sebab loan BSN telah selesai. Ini boleh digunakan separuh @ sepenuhnya untuk menyelesaikan hutang2 lapuk yang lain.

      Sama-sama

      • Ptptn telah dikenakan ccris bg peminjam yg gagal membayar mengikut jadual. Saya salah seorangya.

      • Sekiranya anda sudah mula membuat bayaran untuk beberapa bulan secara berkala, nama anda dalam CCRIS akan dikeluarkan dari senarai selepas beberapa bulan anda membuat pembayaran.

        Sekiranya terdapat kesulitan dalam pembayaran, anda seharusnya menyelesaikan isu ini dengan berjumpa pihak PTPTN. Kadangkala, ada isu yang boleh diperbincangkan.

  12. Salam….

    Saya ade bermain kutu dan saya juga dikira ma kutu…dalam sedar xsedar…hutang kutu saya setiap bulan dah mencecah rm500…saya tidal berkerja..tetapi saya buka kutu baru untuk bayar kutu seterusnya..

    Tapi saya dah penat untuk korek lubang dan tutup lubang..smpai bila x selesai..saya nak hentikan semua kutu dan langsaikan hutang kutu saya?
    Caranya mcam mana,boleh ke saya buat personal loan drp bank?

    • Salam sepian,

      Nampaknya anda dah lari dari asal konsep kutu. Yang lebih berbahaya sekiranya anda tidak dapat membayar wang apabila tiba giliran orang lain. Dalam Islam, itu penganiayaan terhadap orang lain.

      Nampaknya anda bermian kutu bukan berdasarkan kemampuan anda. Silap percaturan, anda akan terjerat seperti sekarang.

      Pilihan anda untuk membuat pinjaman peribadi adalah tidak bertepatan sama sekali kerana ia akan menambahkan beban secara tidak sedar. Bermain kutu adalah tanpa interest dan membuat pinjaman peribadi seharusnya anda membayar principal (bayaran hutang) + interest (keuntungan bank).

      Pilihan terbaik yang boleh saya sarankan, anda cuba sebaik mungkin membayar kutu secara berkala melalui: anda membayar hasil kutu anda (anda tidak dapat apa2 benefit dari permainan kutu) atau meminjam daripada orang lain untuk membayar kesemua hutang kutu, DENGAN SYARAT ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KEPADA PINJAMAN TERSEBUT (anda harus membayarnya apabila tiba waktunya). Seeloknya anda memberitahu bila anda akan membayar hutang tersebut.

  13. Salam. Saya telah dikenakan ccris kerana gagal membayar ptptn selepas 3 tahun tamat pengajian. Saya ingin mememohon pandangan saya ingin membayar ptptn melalui pinjaman pembiayaan peribadi bagi membolehkan ccris saya tiada dan mudah untuk saya membeli rumah. Adakah wajar? Saya ingin menyelesaikan masalah ini segera.

    • Salam wawa,

      Membuat pinjaman peribadi untuk membayar PTPTN adalah tidak bertepatan kerana:
      – interest pinjaman peribadi adalah lebih tinggi dari interest PTPTN.
      – anda akan mempunyai rekod komitmen (pinjaman peribadi) dan mengurangkan jumlah pinjaman yang anda boleh ambil untuk pinjaman rumah.

      Isu-isu lain:
      – rekod CCRIS hanya dapat dipadamkan dalam tempoh beberapa bulan dan bukannya apabila anda membayar hari ini, dalam bulan itu juga rekod ini dapat dipadamkan.
      – Masalah kewangan tidak boleh diselesaikan dengan petik jari, anda harus menyelesaikan peringkat demi peringkat.

      Kewajaran:
      – Jumpa pihak PTPTN dan bertanya cara yang paling baik dan cepat untuk menyelesaikan hutang PTPTN seperti pemotongan dari akaun KWSP, potongan berkala daripada gaji, pembayaran secara tetap..dsb (walaupun agak sakit pada awalnya tetapi anda akan lega apabila hutang dapat diselesaikan secara teratur & bukannya cara korek lubang baru, tampal lubang lama).
      – Sebelum membeli rumah, anda harus mengira jumlah komitmen yang anda boleh hadapi berdasarkan hutang-hutang lapuk, komitmen terhadap pinjaman anda & kos hidup.

      Ramai orang mengambil pinjaman secara maksimum dan apabila anda percaturan yang berubah (kos hidup, kegawatan ekonomi..dsb), anda akan terjerat secara total.

      Mencegah lebih baik daripada merawat. Anda mengawal wang atau wang mengawal anda? Anda mempunyai pilihan.

  14. assalammualaikum en, saya zaid dari selangor,

    Masalah saya buat masa ini saya berhutang dengan pihak ambank untuk (2) kenderaan dan Aeon Credit

    (1) kenderaan telah dilelong dan perlu dibayar bakinya – Blacklist
    (1) kenderaan dalam proses pembayaran tetapi tidak teratur pembayarannya
    (1) hutang barangan elektronik Aeon – Blacklist

    kemudian pada hujung tahun ini saya telah diluluskan pinjaman peribadi dari bank tempatan, bagi penyelesaian pihak bank saya diarah untuk membayar kesemua pinjaman tersebut dan bakinya sahaja jika ada baru diterima.

    Soalan saya adakah nama saya pada januari tahun 2016 akan clear dari CCRIS DAN CTOS atau Blacklist.setelah semua hutang diatas dibayar habis dan selesai pada december tahun 2015.

    Sekian. mohon pencerahan.

    • Wa’alaikummussalam saudara zaid,

      Pada Januari, nama saudara belum ‘clear’ atau disenarai putih dari CCRIS & CTOS @ Blacklist. Kena tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan untuk nama cantik kembali.

      Maaf atas kelewatan.

  15. Slm sjhtra,tn.. Sy ada bbrapa hutang: Ptptn(baki 8k), personal loan b.rakyat(baki dlm 30lbh k),pinjaman kereta(bulanan rm548.br 3tahun).sy teringin lgsaikan hutang sy agar kelak xtbeban hutang.jd ptama sy sd gunakan kwsp akaun 2 utk byr ptptn sy tp stil ada baki 8k sb kwsp akaun 2 xckup byr full ptptn.adakah tindakan sy guna akaun 2 utk byr ptptn itu btl? Kmudiaan br2 ni,b.rakyat ada promo kpd sy utk reloan smula sb interest rendah dr 1st loan sy. Adakah ptt atau berbaloi kah jika sy reloan smula utk byr baki 1st loan sy itu? Terima kasih atas bantuan tn..

    • Salam sejahtera,

      Ptptn (interest paling rendah), Personal loan (interest paling tinggi) dan pinjaman kenderaan (interest sederhana).

      Saya hanya tahu apa komitmen tuan tapi tidak tahu senjata apa yang tuan ada. Rumah dan kad kredit merupakan senjata yang boleh mempercepatkan pelangsaian hutang. Secara ringkasnya, tuan boleh menghapuskan hutang lapuk yang paling cepat tuan boleh langsaikan. Selepas hutang A hapus, gunakan lebihan bayaran yang sebelum ini dibayar hutang A (hutang A telah selesai) kepada hutang B. dan begitulah untuk hutang C. Itu sahaja ringkasan kasar yang dapat saya berikan.

  16. Salam, sy Siti
    Sy mempunyai masalah pinjaman perumahan dgn bank rakyat, Tunggakan bayaran bulan telah 4 bulan setakat 31.12.2015. Pihak bank minta sy jelaskan secepat mungkin kalau tidak rumah sy akan dilelong. Sy cuba untuk membuat pengeluaran EPF bg mengurangkan baki pinjaman tapi baki akaun 2 tidak mencukupi kerana sy pernah membuat pengeluaran sebelum ini, dan pekerjaan sy sekarang majikan tidak membuat potongan EPF. Bolehkah sy membuat rayuan kepada pihak bank untuk menangguhkan masalah sy ini @ memberi sy tempoh memandangkan sy mempunyai masalah kewangan sekarang?

    • Salam siti, untuk isu begini selalunya hanya berharap kepada jasa baik pihak bank untuk menangguhkan masalah yang dihadapi dan selalunya ia tidak berpihak kepada siti. Sepatutnya, siti berbincang isu ini sebelum keadaan menjadi teruk seperti sekarang. Apa saya boleh katakana:
      – cari kerja part time
      – pinjam duit dengan adik beradik @ sedara @ kawan (jangan sesekali pinjam dengan along)
      – jual apa sahaja yang boleh mendatangkan duit. Duduk dan belek2 apa yang ada untuk di jual.
      – sekiranya komitmen rumah terlalu tinggi, mungkin perlu jual dan bermula beli rumah yang lebih kecil (untuk restructure financial balik)
      – refinance (sekiranya mampu bayar)

      Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang mungkin boleh siti lakukan. Berehat dan minum sedikit kopi. 🙂 Apa yang penting, banyakkan berdoa dan mohon pertolongan dari Allah swt.

  17. salam…sy ada buat loan dgn rhb.easyrhb.sy ada missed byrn tuk 3 bln dan skrg kontrak dh btl.sy ada trma surat mahkamah.sy kena settle bakI hutang dan kos mahkamah berjumlah rm4100.00.sy penjawat awam.adakah sy akan dikenakan hukuman penjara sekiranya xdpt byr semua jumlah y dituntut

  18. Salam.. sepatutnya acik terus berjumpa dengan pihak bank ketika acik sudah tahu akan ter’miss’ dari 1st payment lagi. Ini untuk memudahkan sesi ‘perundingan’ @ timbang tara dengan pihak bank.

    Selalunya apabila masuk mahkamah, acik boleh minta rayuan pihak mahkamah jadi orang tengah untuk meng’restructure’ pinjaman dari pihak bank dengan mengatakan acik tidak mampu membayar wang seperti yang ada sekarang.

    Anda tidak akan masuk ke penjara tetapi nama anda akan di’blacklist’

  19. As salam. En. Saya ada hutang 1.Personal loan rm1110/bulanan ( rm226400/20thn). 2. Kereta rm756/bulanan ( rm49k/6thn). 3. Ptptn rm182/bulanan ( rm22k/11thn). Sy cuma ada duit simpanan rm rm27 000 shj. Persoalannya, hutang yg manakah perlu saya selesaikan mengikut urutan? Boleh beri saya nasihat.

    • Wa’alaikummussalam saudara.

      Ini hutang saudara: rm226,400/20thn (PL), rm49k/6thn (Car Loan) dan m22k/11thn (PTPTN). Mana yang terbaik?

      Selain cash yang tuan ada, apakah aset lain yang tuan ada seperti rumah, tanah…etc. Walaupun duit itu mencukupi untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang PTPTN.

      1. Saya boleh katakan anda harus kembangkan duit simpanan itu lagi sekurang2nya mencukupi untuk membayar hutang kereta ataupun apabila terdapat diskaun 20% untuk penyelesaian sepenuhnya, maka simpanan ini boleh digunakan. Kalau dilihat, anda sebolehnya menaikkan lagi jumlah simpanan supaya penghapusan kereta dapat diselesaikan (kerana jumlah pembayaran kereta agak tinggi). Sekiranya anda membuat bayaran ‘lumpsump’ terhadap hutang PTPTN.. impaknya adalah amat minima.

      2. Atau anda memasukkan duit tersebut di dalam investment yang berisiko rendah seperti AHB, TH..etc supaya duit anda lebih berkembang (sekiranya anda tidak terlalu terbeban dengan komitmen bayaran).

      Sekiranya perkara sebegini terjadi kepada saya, saya lebih gemar membuat pembayaran dengan melalui jalan sebegini iaitu:
      1. Cuba menambahkan pendapatan pasif @ pendapatan aktif yang lain supaya mempercepatkan pengumpulan modal (paling penting)
      2. Fokus hutang mana yang ingin dihapuskan dahulu.. saya prefer pinjaman kereta –> PTPTN –> PL

  20. Assalamualaikum Tuan,

    Tertarik dengan perbincangan di atas. Mohon untuk dapatkan pandangan dan jasa baik tuan mengenai cara terbaik bagi penyelesaian hutang jahat (bad debt) spt di bawah. Jika sy mempunyai duit lebihan semasa 20K. Hutang yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu. Terima kasih.

    1. PL Bank Rakyat 31K/9thn interest 3.95%
    2. PL BSN 67K/7thn interst 4.8%

    • Wa’alaikummussalam..

      Kalau nak ikutkan, secara asasnya dengan RM20k tidak dapat menyelesaikan salah satu hutang pun di atas (PL Bank Rakyat mahupun PL BSN). Teknik lumpsump boleh digunakan apabila terdapat peluang untuk membunuh hutang secara kejam (hahaha) dan mendapat manfaat tambahan (rebat @ diskaun). Berbalik kepada pertanyaan saudara, saya boleh memberi beberapa pilihan:
      – simpan n invest modal tersebut dalam AHB, TH..dsb (tak perlu ilmu)
      – beli rumah lelong n sewa (kena ada ilmu)
      – guna modal + kad kredit untuk gain saving. (ini mmg kena ada ilmu)

      tips: buat business tanpa modal supaya dapat lebihan simpanan @ buat pasif income.

  21. Tuan. Bilakah masa yang sesuai untuk full settlement pinjaman peribadi. Kerana ada perbezaan current balance dengan payoff amount. So tahun berapa yang payoff amount tu palinh rendah. Terima kasih tuan.

    • Masa yang paling sesuai adalah menyelesaikan pinjaman (hutang lapuk) secepat yang mungkin. Diawal tahun.. pecahan bayaran banyak membayar interest kemudian pecahan interest makin turun dari tahun ke tahun.

  22. assalamualaikum tuan, saya nak bertanya tentang aeon kredit. saya ada hutang motor dengan aeon credit. soalan saya, adakah loan aeon dikira sebagai komitmen apabila saya hendak memohon pinjaman perumahan kelak? mohon penjelasan dari tuan. terima kasih.

    • wa’alaikummussalam. Yup, skrg semua syarikat kredit dah masuk under CCRIS. Jadi bank boleh tengok rekod hutang motor tersebut. Rekod takde masalah.. dier akan ada pengiraan hutang. Sebagai contoh.. untuk loan rumah dier amik 70 – 75% komitmen hutang. Sebagai contoh gaji RM2,000 maka:
      – RM1,500 ke RM1,400 utk berhutang, kemudian tolak hutang motor RM300 (anggaran)
      – baki yang tinggal untuk komitmen hutang RM1,200 ke RM1,100 (inilah nilai bulanan untuk beli rumah)

      Kalau ada duit, bayar hutang motor cepat2 sebab syarikat kredit memang menggenakan caj yang tinggi. Kalau takde.. buat 2nd income cepat supaya income kedua leh buat bayar hutang @ tinggikan modal rumah.

  23. ingin bertanya adakah hutang courts mammoth akan tersenarai dalam ctos dan ccris. saya ada hutang lapuk rm4600 courts dah lapan tahun , takut ada saman dikeluarkan , sebab tiada sebarang surat diterima kerana dah berpindah rumah . semak dalam ctos dan ccris tiada rekod. mungkin sesiapa ada maklumat dan pengalaman boleh dikongsi.

    • Kalau ikutkan dari pegawai bank (member), ada customer dier sangkut untuk buat loan sebab tak bayar duit courts mammoth (ini 5 tahun dulu). Tak tahu pula kalau sekarang dah bagi pelepasan untuk kompeni2 kredit. The best solution.. mintak penyata dari bank Negara untuk CCRIS and CTOS. Kalau saudara Muhammad kata takde rekod.. maka takdelah dalam system tersebut.

  24. Salam tuan…
    Adakah berbaloi jika saya membuat personal
    loan utk melangsaikan hutang kereta saya yg berbaki setahun lagi?

  25. salam tuan. saya berhajat untuk memohon loan rumah. saya ingin tahu adakah hutang ptptn dikira sebagai komitmen dlm pengiraan DSR? utk makluman tuan, ptptn saya tiada tunggakan.

  26. Salam tuan, saya trtunggak loan kereta dan PTPTN, mnggu lepas sye setelkan loan trtunggak kereta dan lumsumkan pyment PTPTN pakai KWSP.. boleh ke dlm prtengahan bulan Nov nie sye aply personal loan?

    • Salam, sepatutnya kalau dah tertunggak.. 6 bulan baru nama clear. Tapi boleh cuba dan cuba tunjukkan bukti pembayaran kepada pihak bank sebagai bukti pembayaran. Sekarang bank semakin menapis loan2 ni sebab isu eknomi yang tak stabil.

  27. Salam..saya nak tnya..kalau saya buat loan untuk settlekan loan saya sebelum boleh ke? Adakah ia lebih baik? Sebab sekarang saya berhutang dari luar kemampuan saya..sebulan gaji saya pun tidak cukup..boleh ke saya buat pinjaman dan langsaikan hutang sebelum ni?

    • Salam syidah..
      1. untuk menggunakan loan lama ke atas loan baru, biar jumlah interest berbeza dengan banyak supaya ada perbezaan bulanan yang ketara.
      2. jumpa bank untuk restructure loan iaitu menurunkan bayaran bulanan. Selalunya tempoh loan akan ditarik lebih panjang.
      3. tambah pendapatan lain.. selain boleh membayar hutang, ia juga akan menambah pendapatan. lebih baik mencari yang tidak perlu mengeluarkan modal seperti kerja2 part time.

      Harap itu membantu..

  28. salam tuan. Saya nak tanya sekarang saya ada personal loan easy rhb rm3000 (89/month) dan rm11000 (298/month) dan loan kereta 500/month . Saya menghadapi kesukaran untuk membayar setiap bulan memandangkan personal loan interest sangat tinggi iaitu 24%/tahun. Jadi saya inginkan pendapat tuan. Bagaimanakah cara untuk saya satukan personal loan dan mendapatkan loan dari bank yng lebih rendah interstnya sedangkan gaji saya hanya rm1500 shja. Adakah bank atau badan2 yg menawarkan syarat yg longgar dan interest yg rendah?
    terima kasih tuan.

    • Salam Nurul. Hmm.. nampaknya Nurul telah membuat hutang melebihi kemampuan. Saya menganggap bahawa hutang ini adalah hutang lapuk. Dengan keadaan ekonomi sekarang, adalah amat sukar untuk pihak bank memberi pinjaman kerana komitmen yang sudah tinggi. Ada dua cara iaitu:
      – pergi ke bank (yang Nurul pinjam sebelum), mintak readjust pinjaman dari segi memanjangkan tempoh pinjaman (ini membuatkan bayaran pinjaman menjadi lebih rendah). Ini bergantung kepada budi bicara pihak bank.
      – buat part time (ini yang paling afdal). Terdapat pelbagai kerja yang boleh menjana pendapatan sebagai part time job.

      Sama-sama.

  29. Salam cik..sy nk bertanya mengenai hutang..sy terlalu banyak hutang..macam mana ye sy nk selesaikan..gaji sy cuma rm1800,, hutang kereta rm300 personal loan rm1050..bayar bil2 semua kadang dalam tangan langsung takde apa..macam mana ye sy nk langsaikan hutang..sekarng sy xdapat nak bayar balik hutang..sy tertunggak hutang dah 3 bulan..apa perlu sy buat..macam mana sy nk selesaikan masalah sy ni?

    • Salam.. emm, adalah mustahil untuk survive dengan keadaan komitmen vs gaji sebegitu. Jadi, ada dua option sahaja iaitu:
      – Jumpa AKPK untuk restructure hutang dengan bank. Tapi rekod dengan bank tak berapa cantik. In case kalau terpaksa sebab AKPK akan negotiate dengan bank untuk menurunkan kadar interest @ memanjangkan tempoh pinjaman supaya kadar komitmen menjadi lebih rendah.
      – Cari kerja part time (ini paling afdal). Terdapat pelbagai kerja yang boleh menjana pendapatan sebagai part time job.

  30. salam..boleh tak bagi pendapat sikit

    1. Saya dalam dilemma nk selesaikan personal loan aeon macam biasa atau bayar rm 500 sebulan untuk cepat habis. ikut perjanjian asal, saya perlu buat bayaran kepada aeon rm 187 sebulan selama 36 bulan (dulu buat pinjaman rm 5000, trmasuk interest rm 6514++). ikut sistem loan aeon hanya tinggal rm 1368.25 je lagi, Saya tak tahu nak selesaikan aeon mcm biase (rm 200 sebulan ) atau lebihkan byr (rm500). saya baru saja selesaikan full settlement personal loan maybank (rm6960) sebanyak rm 290 sebulan.. masa sama sy tgh struggle nak saving untuk beli rumah dan kereta secepat mungkin (saving saya skrg hanya ada rm 2000 saja di tangan. dalam epf akaun 2 pulak hanya ada rm 7000 dan buat masa ni saya tidak dapat buat sebarang saving lagi sbb komitmen selain personal loan terlalu banyak
    – medical kad 200,
    ptptn 200,
    sara family sy 500,
    byr sewa rumah + bil 300 ,
    maybank rm 290 (dah selesai)
    aeon rm 200 (balance rm1368++)
    selebihnya untuk beli barang dapur rumah saya, mkn n transport ke tempat kerja selain utk bajet balik kampung.

    gaji bulanan saya lepas tolak epf tinggal rm 2400 sebulan.

    2. sementara saya sedang kumpul untuk deposit kereta dan rumah, saya tidak pasti sama ada perlu merancang membeli kereta atau rumah kos rendah dulu (saya makin terdesak nak cari kereta sebiji utk kegunaan saya pergi kerja sbb transport awam sini makin bermasalah, masa perjalanan hari2 tak tentu buatkan saya kerap lewat sampai ofis selain driver bas bermasalah).

    3. Kalau membeli kereta dalam masa terdekat adalah terbaik, yang mana saya perlu pilih. beli kereta baru yang murah (cth axia) dgn downpayment atau beli kereta secondhand. untuk pengetahuan perjalanan ke tempat kerja dari rumah saya tidak sampai 20km.

    Mohon pendapat encik. Terima kasih.

    • Salam reyna..maaf, tak perasan dengan komen ni. Ok camni,
      – loan maybank settle. Ada lebihan RM290 sebulan
      – pertama kuarkan saving RM2,000 dan bayar lump sump duit personal loan aeon (baki RM1,368.25). Jadi hutang lapuk ini dah tutup buku. Bulan depan, ada lebihan RM200 sebulan.
      Dengan 2 hutang lapuk settle, anda ada lebihan RM490 sebulan secara fast track. Baki simpanan jadi RM6++. Secara kasar, dalam 3 bulan saving anda boleh top up balik jadi RM2,+++. Tapi, anda kata nak tambah komitmen kereta atau rumah..

      Pada pendapat saya, beli kereta baru yang murah seperti axia untuk mengelakkan anda terguna untuk membayar kos wear & tear kereta secondhand. Dari pertanyaan dengan kawan.. dengan spesifikasi auto yang terendah dan loan di ikat 9 tahun (tanpa deposit), kiraan sebulan adalah RM428. Dengan membeli kereta, anda harus ingat ia akan datang dengan komitmen tol, minyak, kos penyelenggaraan, roadtax, takaful dan mungkin juga kos parking. Ini harus diambil kira sebab ada sesetengah orang terlepas pandang isu ini apabila membeli kereta.

      Berkenaan hutang ptptn dan spesifikasi medical card, saya tidak mendapat sebarang butiran yang terperinci. Mungkin ada sesuatu yang boleh dibincangkan.

      Isu pembelian rumah, simpan dulu kerana ini komitmen yang panjang memandangkan anda ingin tinggal di rumah tersebut dan bukannya untuk disewakan.

      • terima kasih tuan.. berkaitan ptptn dan medical kad saya, amount rm 200 setiap satu ni adalah fix sehingga tahun 2025 (utk ptptn) dan selagi hidup utk medical. Nampaknye saye terpakse lupekan dulu hasrat nak beli rumah kos rendah secepat mungkin memandangkan modal bulanan pakai kereta saja dah tinggi. Terima kasih lagi sekali tuan.

      • Assalamualaikum..diharap tuan sihat hendakNya. Saya cuma nak share, dan berterima kasih sangat2 pada tuan atas tips saya setelken personal loan saya dulu..2017 sy minta pendapat, tahun tu juga loan aeon saya selesai habis. kemudian saya dapat beli kereta utk keperluan kerja.. tahun lepas, 2019 saya dah berjaya beli rumah pula, rumah apartmen kos sederhana je, tapi lebih baik dari rumah yg saya pernah cerita pada tuan 2017 lepas. sekarang, alhamdulillah, personal loan langsung takde, kredit kad pun sampai sekarang saya tahan diri dari apply. yang tinggal loan rumah, kereta dan PTPTN sahaja. loan kereta dan PTPTN dijangka lebih kurang 5 tahun lagi habis serentak. seronok betul rasanye, bebas dari loan banyak2 mcm dulu.. Alhamdulillah. Terima kasih sangat2 atas bantuan nasihat tuan dulu. Moga Allah berkati dan murahkan rezeki tuan sekeluarga.

      • Wa’alaikummussalam.. alhamdulillah. Berkat kesabaran rumah pun dapat yang lebih besau dari dulu. Cepat tu dalam masa 2 tahun dah half ‘peace of mind’. Sama-sama dan terima kasih.

    • Seingat saya, bayaran loan ptptn adalah selama 15 tahun mengikut agreement.. jumlah 28k.. tp sekarang balance tinggal rm 21,009.13 lagi.

  31. Assalam tuan..ingin bertanya,saya dah selesaikan keseluruhan pinjaman kereta dari bank public bank.untuk saya membuat personal loan di bank lain memerlukan surat pengesahan dari public bank yang mengatakan saya sudah langsaikan hutang kereta(release letter).boleh atau ada hak ke utk saya mintak surat berkenaan,sbb staff bank trsebut hanya memberi geran dan surat e-batal shj.

    • Salam faizal. Yup, boleh. Cuma bagitau kepada pegawai yang bertugas. Cakap je kat pegawai tu kata pihak bank memerlukan ‘release letter’ dari pihak bank ini untuk menyatakan faisal sudah menyelesaikan hutang kereta.

  32. salam tuan…saya ada bt pinjaman peribadi bersama bank rakyat dan pembayaran bulanan sebanyak rm926 berjalan lancar dr 2015 sehingga bln lepas telah ter’miss’ sbln dan pd bln berikutnya saya teruskan pembayaran bulanan sebanyak rm926..maksudnya yg ter’miss’ tu masih belum diselesaikan..apakah yg akan terjadi sekiranya sy masih gagal menjelaskan tunggakan yg ter’miss’ td tu??

    • Salam Muhammad Hafizul, tunggakan masih ada.. Kalau anda pergi ke bank, pihak bank akan cakap tunggakan anda masih ada sebulan. Implikasinya, rekod payment anda kurang cantik sebab ter’miss’ sebulan. Nanti rekod CCRIS pun ada yg ter’miss’ tu.

  33. Askm Tuan
    Hubby ada 2 kad kredit… dia dah satukan hutang menerusi AKPK membayar cara ansuran sebanyak RM250.00 selama 3 tahun. Pegawai AKPK ada suruh kami abaikan statement Bank CIMB dan Bank Islam jika kami terima. Tapi kami melihat statement semakin naik bukan menurun. Kalau ikut kata pegawai AKPK selepas 3 tahun sepatutnya hutang hubby akan habis jika pihak hubby bayar secara konsisten selama 3 tahun bulanan RM250.00.
    Persoalannya:-
    1. Macamana nak dapatkan statement pembayaran yang telah dibuat di AKPK?
    2. Macamana nak pastikan pihak kedua2 bank menerima duit dari AKPK dan statement selepas deduction dari AKPK payment kepada bank2 terlibat?
    3. Bagaimanakah selepas 3 tahun, pihak kami ingin memastikan nama hubby clear dari sebarang hutang pada kedua2 bank tersebut.

    [Maaf saya agak musyhkil sebab Abang Ipar saya mempunyai kes yang sama 2 Credit di satukan dan dibayar melalui AKPK tapi tiada sebarang penurunan malah ada penambahan selepas 3 tahun membayarnya. Apabila melihat sedemikian Abang Ipar telah megeluarkan duit KWSP lalu menutup kedua2 hutang beliau selepas dia xmerasakan hutangnya tidak berkurangan]

    Mohon pencerahan dan didahului terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam Puan Norzita,
      – untuk soalan 1 (pergi ke AKPK & bertanya kepada pegawai yang terlibat).
      – untuk soalan 2 (rujuk kepada AKPK & bertanya kenapa baki makin bertambah & bukannya berkurangan).
      – untuk soalan 3, suami boleh print penyata CTOS dari bank Negara secara online atau kiosk.

      Pilihan abg ipar sebenarnya lebih baik kerana kluar awal dari hutang lapuk walaupun sepatutnya duit kwsp itu untuk saraan hari tua. Kalau dapat membina sumber lain untuk membayar hutang, adalah lebih baik.

  34. Assalamualaikum dan Selamat menjalani ibadah puasa Ya Tuan nurussalamaziz,

    saya mempunyai pinjaman sewa beli kereta, installment kena bayar 10hb tiap bulan,
    tapi gaji saya lewat dapat tengah bulan.
    saya dapat gaji 16hb. jadi saya bayarlah kereta tiap16hb.

    nak tanya, rekod CCRIS saya terganggu kah? adakah rekod CCRIS saya cantik ? atau sebaliknya?

    mohon pencerahan.

    terima kasih.

    Narin shah

    • Wa’alaikummussalam… selamat berpuasa & menjalani ibadah puasa.

      Ada dua cara untuk mengatasi isu ini:
      – berbincang dengan pihak bank untuk membuat pertukaran tarikh pembayaran
      – membuat satu bulan up front payment jadi tiada melepasi due date

      Sekiranya rekod pembayaran tidak melebihi satu bulan maka tiada isu dengan CCRIS.

      Sama-sama dan terima kasih

      • Assalamualaikum Tuan nurussalamaziz, nak bertanya berkenaan dengan CCRIS dan penama untuk membeli rumah. saya ada 3 soalan dsini :

        1) jika kita nak rekod CCRIS, kan kita kena daftar kat kiosk BNM kan, so selepas kita dah daftar, kita boleh periksa rekod statement CCRIS kita melalui online secara percuma la kan?
        boleh periksa banyak kali lah kan? ke ada bayaran ya?

        2) misal kata, saya nak membeli rumah, kira saya pemilik rumah tu lah (beli atas nama saya sendiri tanpa penama pendua) , masih boleh kah saya untuk menjadi penama pendua rumah orang lain (cth: penama pendua nama rumah dengan suami atau adik-beradik), adakah masih dibolehkan?

        3) jika kita sudah membeli rumah, boleh kah kita membeli kereta pula?

        harap dapat membantu ya.

        Selamat Hari Raya Aidilfitri

        sekian terima kasih.

      • 1) Yup, boleh periksa dan print online. Jadi tak perlu buat email @ kiosk ke BNM lagi

        2) Penama ni kalau diri sendiri ok, boleh je. Sekadar penama atau join loan? Ini untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari. Penama sebenarnya supporter kepada pemohon utama (kredit tak kuat laa ni), sebab itu bank mintak penama untuk memperkuatkan permohonan tersebut.

        3) Bole, kalau kredit sendiri ok. Kalau rumah itu duduk sendiri, jadi liability. Kalau sewakan, ia jadi aset

        Harap dapat membantu.

        Selamat Hari Raya Eidulfitri

  35. Salam..sy ada pertanyaan..sy ada hutang lapuk (yg tertunggak lebih dari 6 bln) yg akan sy langsaikan bulan ini..soalan sy..apakah cadangan tuan jika sy ingin mendapatkan pinjaman perumahan selepas itu? Thanks

    • Salam Myra,

      Alhamdulillah.. bagus selesaikan hutang lapuk.

      Pinjaman perumahan untuk di diami @ disewakan? Kalau disewakan takde masalah, asalkan ia memberi aliran tunai (cashflow) yang positif. Kalau untuk di diami, komitmen hendaklah tidak terlalu besar @ membebankan.

      Rumah sewa yang ada penyewa (sewa lebih dari bayaran bulanan): asset
      Rumah untuk kegunaan sendiri: liabiliti (selagi blom dijual @ disewakan)

  36. salam tuan..

    Saya baru je selesaikn personal loan RM 300 sebulan .. sekarang saya plan nak beli rumah . Memandangkan owner rumah yg saya tengah sewa sekarang nak offer sy beli rumah dia (RM 60k, tingkat 3 tiada lif).. agak2 berbaloi tak ye? Sewa bulanan saya sekarang rm 250 sebulan.. Saya try cari topic tuan berkaitan tips hartanah, tapi macam tak jumpe ..so sy tanya kat sini boleh.. mohon pendapat tuan ye.. sy fikir nak cari rumah yg low cost je memandangkan gaji sy sekarang hanya tinggal rm 1000 lepas tolak epf, loan kereta, sewa rumah, ptptn, insurans, serta bantuan utk parent)

    • Salam reyna,

      Alhamdulillah. Berbaloi.

      Kenapa berbaloi:
      – murah
      – reyna dah duduk lama kat situ (dah tahu peel rumah & suasana)

      ** ini dipanggil rezeki Allah datang bergolek. Kene sujud syukur ni.. 🙂

      Rumah besar atau kecil tak mencerminkan kebahagiaan, yang penting pengisian dalam rumah tersebut. Bermula dari rumah low cost lebih baik dari tak bermula langsung. Rumah tu boleh diwarisi atau dibuat sewa kemudian hari.

      insurans? atau takaful? kalau insurans, elakkan lah.. banyak buruk dari baiknya,

      • wah,, btul2 positif pendapat tuan ni. jadi, apartment low cost tingkat 3 tiada lif memang berbaloi lah ya? kalau nk buat sewa pada org lain akan datang, agak2 ada ke yg akan sewa tingkat 3 camtu?

  37. ok..terima kasih atas reply tuan. by the way, blog tuan ni best. bnyk benda yg berkaitan dengan sy, sy suke baca & ambil sebagai rujukan. terbaik

    • sama2.. terima kasih atas pujian. Alhamdulillah.. saya hanya share ilmu yang sedikit dari Allah swt. Insya’allah, lepas ni saya cuba buat artikel-artikel yang bermanfaat lagi.

  38. Saya hutang keliling pinggang kerana masalah yg dtg x henti2..mohon jasa awakbutk Bantu saya utk menyelesaikan ataupun menfurangkan sedikit beban saya.

    • Memang apabila kita nak menyelesaikan hutang lapuk yang banyak memang memenatkan dan perlu kerja keras. Antara tips yang boleh saya kongsikan:

      1. Buat senarai hutang satu persatu
      2. Cari hutang yang paling cepat untuk dilangsaikan
      3. Kalau gaji terlampau sedikit, boleh membuat kerja2 part time @ business dari rumah
      4. Apa2 hutang yang melibatkan institusi, bank dan sebagainya, cuba berjumpa dengan pihak tersebut untuk mencari jalan untuk penyelesaikan hutang (mungkin memberi tempoh yang lebih dan menjadikan tanggungan pinjaman menjadi lebih rendah)

      Harap itu membantu.

  39. Assalamualaikum.
    Saya narin, begini ceritanya, saya sepatutnya kena bayar kereta pada tarikh 10 Jun 2019, tapi saya ada masalah kewangan, saya terpaksa tangguhkan. Sekarang kita sudah hampir ke hujung bulan 6, saya tetap bayar kereta seperti biasa, maknanya gaji bulan 6 ni saya hanya bayar kereta untuk bulan 7. Saya tidak bayar untuk tunggakan sekali. . Soalan saya, bolehkah saya bayar tunggakan kereta saya pada lain bulan? Contohnya, gaji bulan 9 ni saya nak bayar kereta untuk bulan 10 dan tunggakan kereta bulan 6 ni. . Boleh ke macamtu ya? Apa yang saya tahu, kereta tak boleh ada tunggak 2 bulan 21 hari, nanti boleh dapat surat dan kena tarik. Mohon penjelasan. Terima kasih.

  40. Assalamualaikum. saya Nadia. saya baru setahun bekerja dalam sektor kerajaan.
    saya ada tiga hutang yang mahu diselesaikan melalui pinjaman peribadi RHB iaitu:
    1. pinjaman kereta- baki rm10000
    2. pinjaman peribadi AEON- baki rm12500
    3. pinjaman PTPTN- baki rm5300
    Saya ingin meminta pandangan tuan berkenaan perkara ini. Terima Kasih.

    • Wa’alaikummussalam Nadia. Ada dua cara yang boleh digunakan iaitu:

      Cara psikologi iaitu hapuskan hutang yang paling rendah dulu iaitu PTPTN -> Kereta -> AEON

      atau guna cara interest rate iaitu yang paling tinggi ke rendah AEON -> Kereta -> PTPTN

      Cara psikologi, kita akan rasa seronok bila hutang dari 3 telah menjadi kurang. Cara interest rate kita akan dapat penjimatan wang cuma ia kesemua pinjaman ini memerlukan penyelesaian lumsump @ keseluruhan.

      Menjadikan banyak hutang kepada satu hutang adalah bagus, asalkan rate PROFIT/INTEREST hutang baru haruslah SERENDAH YANG MUNGKIN. Jadi, compare dengan pelbagai bank. Walaupun berbeza cuma puluhan ringgit (sebagai contoh RM50 sebulan), anda sudah jimat RM600 setahun. Kalau bertahun2, tidak beribu2 lemon.. 🙂

  41. Assalamualaikum tuan,

    Saya nak tanya tuan ade tak buku atau tips macam mana nak handle duit gaji yang tinggal rm 500 selepas tolak komitmen2 termasuk belanja anak? komitmen dan gaji saya & isteri seperti berikut :

    Total gaji suami isteri rm 3000

    1. loan rumah rm 480
    2. loan kereta rm 480
    3. loan ptptn rm 200
    4. bagi parent rm 300
    5. medical kad wife + anak rm 400
    6. babysitter anak rm 300
    7. pampers susu rm 250

    so lepas tolak semua komitmen atas beserta bayar bil api air, bulan2 tgl rm 500 utk belanja makan, kos minyak ulang alik keje (motor tiada, sy selalu hantar anak ke bbysitter n isteri ke tempat keje dia sehala sebelum sy ke tmpat keje sy 30km) saya cuba untuk selit utk saving emergency tapi selalu gagal. ada tips?

    • Wa’alaikummussalam saudara Azmy,

      1. loan rumah – fixed
      2. loan kereta – flexible (boleh jual dan cari bayaran bulanan yang lebih rendah)
      3. loan ptptn – boleh bayar macam biasa
      4. bagi parent – alhamdulillah, mintak parent doakan untuk menambah rezeki yg lebih berkat
      5. medical kad wife + anak2 – cuba cari alternatif med card yang lebih murah, hospital kerajaan masih ada
      6. babysitter anak – boleh maintain kalau babysitter ok
      7. pampers susu – flexible (boleh try cari alternatif lain)

      Bole dikatakan motosikal (cubchai @ moped) adalah pengangkutan yang paling jimat poket dan masa. Kalau keluarga rasa takde isu untuk berulang alik naik motosikal, boleh di consider. Contoh moto yang paling sesuai untuk jarak 30km ke atas ialah yamaha fz (murah maintenance, selesa & murah cuma tak laju je). Macam pakaian & kelengkapan baby, dulu saya hantar ke babysitter stock untuk seminggu. Insha’allah akan ada lebihan skit.

      Boleh juga membuat kerja sampingan supaya dapat menambahkan pendapatan atau menyelesaikan hutang.

  42. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Tuan, saya ingin bertanya, jika seseorang tu sudah blacklist, tak boleh nak buat apa-apa pinjamankan? bagaimana pula dengan rekod CCRIS & CTOS ya? kat 2 rekod tu mereka boleh detect yang kita ni blacklist kan? dekat CCRIS, macam mana orang nak tahu kita ni blacklist ke tak ya? perlu ambil masa berapa lama untuk bersihkan rekod CCRIS CTOS ni? ke kita kena bayar segala hutang piutang dengan bank, baru nama kita bersih? contohnya, Abg saya sudah lama blacklist dari tahun 2014, sekarang dah tahun 2020, black list sebab tak bayar pinjaman sewabeli kereta dan kereta sudah pun ditarik oleh bank..dah 6 tahun, boleh buat pinjaman kereta atau rumah lagi ke?

    penjamin pun boleh kena blacklist jika orang lain buat pinjaman tak selesaikan kan?

    boleh bagi pencerahan tak? maaf soalan panjang lebar. 😀

    Sekian terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam dan salam sejahtera,

      Kalau ikutkan blacklist memang akan sangkut pada CTOS dan CCRIS. Ini juga termasuk pada penjamin. Tapi kalau tak silap ada ura-ura perubahan satu ketika dulu iaitu penjamin tidak blacklist sekiranya pemimjam di senarai hitamkan. Sila rujuk pihak berautoriti untuk info terkini.

      CTOS dan CCRIS memerlukan 6 bulan @ 1 tahun tempoh bayaran. Tidak perlu menyelesaikan hutang tetapi pembayaran dalam tempoh due date dan berkala setiap bulan, kalau boleh melebihi 1 tahun.

      Ada beberapa cara untuk melihat @ memeriksa rekod kewangan anda. Yang pertama, boleh rujuk bank-bank yang anda ingin buat pinjaman. Kedua, pergi ke bank negara untuk mencetak penyata kewangan anda dan ia adalah percuma (saya pernah mencetak untuk diri sendiri sebelum ini) dan ketiga adalah AKPK untuk menguruskan hutang-hutang anda.

      Harap ini membantu. Terima kasih kembali

  43. Assalamualaikum nurussalamaziz, sy nak tanya, kan bila kita nak sediakan dokumen untuk membeli rumah, kita kena sediakan surat pengesahan majikan kan, saya ada surat pengesahan majikan, tapi tu tarikh bulan Januari 2021, sekarang dah bulan 5, surat tu masih boleh diguna-pakai lagi ke? dah 4 bulan berlalu, ke lebih afdal sy minta HR untuk sediakan surat pengesahan majikan tu bertarikh bulan ni jugak? harap boleh beri penjelasan. sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan kepada Maysu Batal balasan