Hutang yang telah selesai..

orang kayaHmm..tetiba terasa nak senaraikan hutang yang telah selesai. Mengapa saya selesaikan hutang-hutang tersebut, ini kerana hutang berikut merupakan hutang yang ‘tidak baik’. Aik..hutang pun ada yang baik dan tidak baik ke? Yup.. memang ada. Hutang tidak baik boleh dikatakan hutang lapuk atau hutang yang tidak menjana sebarang pendapatan malahan mengambil pendapatan yang sedia ada manakala hutang yang baik akan bekerja dan menjana pendapatan untuk kita. Lain orang lain hutangnya tapi lebih kurang sahaja kesamaannya iaitu hutang tidak baik. Jadi biar saya senaraikan hutang tidak baik saya:

Hutang tidak baik

  1. hutang kereta
  2. hutang kad kredit
  3. hutang pinjaman peribadi bank rakyat
  4. hutang pinjaman peribadi al-rajhi bank
  5. hutang PTPTN

Berapa jumlah keseluruhan hutang saya? Boleh dikatakan melebihi RM50 ribu dan kurang dari RM100 ribu. Sedar tak sedar, memang banyak jumlah hutang yang tidak baik di kumpul. Tapi alhamdulillah, sekarang saya boleh dikatakan hampir menghampiri seorang yang bebas hutang. Ini kerana saya hanya ada hutang rumah sahaja. Tapi kenapa saya tak langsaikan hutang rumah..sebab ada agenda tersendiri kenapa rumah tersebut tidak dilangsaikan tetapi hanya menjadi batu loncatan untuk saya melakukan teknik ‘menyerang’. Adios..

57 comments on “Hutang yang telah selesai..

  1. boleh share macamana caranya nak selesaikan hutang dengan lebih cepat…especially kad kredit dan pinjaman peribadi

  2. memandangkan saya tidak tahu kedudukan financial saudari azian, saya cuma boleh rumuskan beberapa cadangan untuk penyelesaian kad kredit & pinjaman peribadi:
    – membuat pinjaman dengan saudara terdekat (tiada caj interest dikenakan)
    – menghimpunkan semua loan ke dalam satu loan yang lagi rendah nilai interestnya
    – menaikkan jumlah pembayaran bulanan (tidak hanya membayar seminima yang mungkin)
    – membuat kerja freelance / keje tambahan untuk menaikkan nilai ‘cash’ saudari
    – selidik cashflow saudari, mungkin ada sesetengah area yang saudari boleh gunakan untuk bayar CC/PL

    Sekiranya saudari azian sudah tidak mampu untuk membayar jumlah kad kredit/PL:
    – berjumpa dengan pihak bank yang terlibat dan menceritakan masalah yang saudari hadapi. Selalunya untuk kes kad kredit, pihak bank masih boleh readjust jumlah pembayaran tetapi mengikut terma2 yang telah ditetapkan.
    – buat balance transfer “ini untuk penjimatan seketika sahaja”…tidak penyelesaian total

    p/s: untuk mengelakkan saudari terguna kembali kad kredit tersebut.. saudari boleh potong kad tersebut kerana berkemungkinan ‘hantu’ kad kredit memanggil2 anda untuk di ‘swap’. Selain itu juga..elakkan ada rekod yang tidak baik cara pembayaran dengan pihak bank. Ini untuk mengelakkan saudari azian susah untuk meng’apply’ loan yang lain nanti.

    harap dapat membantu..

  3. tuan,
    bulan lepas, saya dikenakan caj pembayaran lewat pada 1 kad kredit saya.
    walhal saya telah membuat pembayaran lebih dari minimum..
    tetapi tidak ‘alert’ dengan tarikh due.
    saya telah gunakan kad kredit ini sejak Ogos 2013.

    adakah ini menjadikan saya tidak layak untuk memohon loan lagi?

    saya bercadang untuk memohon ‘personal loan’ sebagai modal ‘good debt’.

    setakat ini, saya juga ade 1 personal loan, bermula Jun 2013
    dan 1 housing loan, bermula Oktober 2013.

    • Berkenaan isu kad kredit, saudari sudah tahu jawapannya iaitu saudari tidak “alert” dengan tarikh due date cc saudari walhal untuk cc inilah yang harus dititikberatkan. jadi pastikan saudari alert dengan tarikh due date c/card ye.

      Masih layak, tiada masalah..

      Namun, kalau di lihat pada kenyataan saudari.. saya jangkakan saudari punya “hutang” yang di pikul mesti sudah melebihi 40% dari gaji bersih saudari. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus.

      Saya boleh menyatakan beberapa pendapat:
      – saudari gunakan p/loan lain untuk menghapuskan p/loan lama sekiranya interest rate mmg amat berbeza. Sebagai contoh: 2%
      – cuba saudari hapuskan secepat yang mungkin p/loan dan selepas itu build up emergency fund (minima 6 bulan dari perbelanjaan saudari.. bukan 6 bulan dari gaji saudari)
      – housing loan sekiranya dapat rate yang lagi murah dan efektif, cuba refinance (baki yang sama di refinance ataupun guna lebihan dari refinance untuk settle hutang)

      Pastikan saudari punya tapak untuk bertahan agak kuat kerana keadaan kewangan sentiasa berubah-ubah dan selalunya ia akan menjadi kejam kepada pemimjam.

    • Kepada saudari hamidah,

      Apabila saudari terlepas tarikh due date, memang ada rekod. Ini menjadikan rekod kurang cantik di mata pihak bank. Bergantung kepada pihak bank untuk menilai rekod kewangan saudari. Ada sesetengah bank memberi kelonggaran dan ada bank yang mengambil kira sejarah rekod kewangan pelanggan secara serius. Jadi layak atau tidak layak, anda boleh cuba dan ceritakan perihal ini kepada pihak bank.

      Tentang cadangan saudari untuk mengambil pinjaman peribadi sebagai ‘hutang yang baik’ sebenarnya bergantung kepada kadar interest dan tujuan saudari membuat pinjaman. Jika dilihat, saudari telah membuat dua pinjaman dalam jangkamasa yang pendek. Pada pendapat saya, kemungkinan saudari boleh menyelesaikan hutang peribadi yang pertama (hutang lapuk) manakala pinjaman perumahan (hutang positif) boleh saudari membayar secara berkala.

      ** tips dari saya. Pinjaman untuk menjadikan ia sebagai ‘good debt’ apabila caj pinjaman adalah murah berbanding pendapatan dari dividen. Sebagai contoh, kadar caj yang dikenakan terhadap pinjaman adalah 2%, lalu wang tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan yang memberi pulangan 8%.

  4. SELAMAT SEJAHTERA . SAYA ADA HUTANG P/PERIBADI DENGAN 2 BUAH KOPERASI DAN 1 BANK ( BSN ) BOLEH TAK SAYA SATUKAN SEMUA HUTANG INI DI BAWAH SATU HUTANG DENGAN MELANGSAIKAN SEMUA HUTANG KOPERASI DAN BANK ? TOLONG BALAS .

    • Selamat sejahtera. Ya dan Tidak..

      Ya sekiranya hutang baru itu mempunyai kadar caj yang murah atau percuma (pinjam dari keluarga @ rakan2).

      Tidak sekiranya hutang baru itu mempunyai kadar caj yang tinggi atau pinjaman dari Along.

      **tips, anda juga boleh melangsaikan hutang menggunakan teknik hutang mana yang lebih cepat BOLEH dihapuskan. Saya tidak tahu berapa jumlah hutang dan latarbelakang kewangan saudara, jadi saya tidak dapat memberi gambaran yang spesifik untuk masalah anda.

  5. Selamat sejahtera dan salam dihormati…Utk pengetahuan tuan, saya ada buat loan pinjaman perumahan dengan sebuah bank tempatan, bermula dari tahun 2006 hinggalah sekarang 2014..jadi semasa pinjaman dulu saya membuat pembayaran balik setiap bulan kpd bahagian pinjaman tersebut..memandangkan keadaan sekarang periagaan saya jatuh..jadi saya ada tertunggak dgn bahagian pinjaman bank sebanyak rm20k..pihak bank ada menghubungi saya menyatakan rumah saya tersebut akan dilelong dalam masa terdekat..jadi memandangkan keadaan dah terlalu hampir…saya dah cuba utk meminjam kpd kwn2 atau saudara mara, tetapi semua hampa sahaja..pihak bank ada hungi saya baru2 ini, saya cuba membuat rayuan lagi, kali cuma rayuan saya diterima drp pihak yg memegang kes saya tersebut, saya diminta utk membuat bayaran sekurang2nya rm10k…bagaimanakah utk saya dapatkan rm10k itu..memandangkan saya tiada jalan lain lagi buat masa ini..harap tuan boleh penjelasan kes saya ini..

    • Assalamualaikum saudara Sham,

      Nampaknya saudara sudah berapa dalam situasi yang genting tentang kewangan peribadi. Saya tidak dapat memberi secara terperinci memandangkan saya tidak tahu adakah rumah itu untuk tinggal atau disewakan kepada orang lain, adakah jumlah 10k itu adalah penyelesaian semua hutang rumah atau sebahagian (kemudian bayaran bulanan harus disambung) dan tempoh masa yang diberikan kepada saudara. Namun begitu, saya memberi beberapa tips:
      – ini adalah contoh cara yang di mana saudara bermula dari awal kembali iaitu menjual rumah tersebut iaitu mengelak rumah disita & memberi anda ruang masa untuk kembali menstrukturkan kembali kewangan. Jadi pada ketika ini anda boleh menyesuaikan diri dalam keadaan menyewa rumah.
      – meminjam dari ramai orang (untuk mengelakkan jumlah pinjaman yang besar dan tanpa caj perkhidmatan). Mungkin anda boleh meminjam RM500 atau RM1,000 seorang (susah orang nak bagi amaun banyak ni). Tapi sekiranya RM10k itu bukan penyelesaian menyeluruh maka bagaimana saudara ingin membayar hutang mereka kerana rumah anda masih berhutang dengan bank.
      – meminjam dari bank iaitu pinjaman peribadi. Anda boleh menggunakan nama orang lain sebagai pemimjam tetapi anda haruslah AMANAH untuk membayar kembali. Tapi sekiranya RM10k itu bukan penyelesaian menyeluruh maka bagaimana saudara ingin membayar hutang mereka kerana anda masih ada hutang yang harus dibayar kepada bank. (kurang disokong)
      – cuba menjual apa barang2 yang boleh memberi nilai untuk dijual. Kereta , motor, basikal, smartphone..etc.
      – cara terakhir, mungkin saudara boleh berjumpa dengan pihak AKPK. Berkemungkinan mereka boleh membantu. Saya tidak dapat jamin kerana status rumah saudara akan dilelong. Ini adalah ikhtiar terakhir.

      Masa yang ada orang saudara adalah amat singkat, jadi saudara boleh memilih cara yang saudara rasa sesuai. Harap membantu.

  6. Assalamualaikum, saya perlukan nasihat tuan. Saya ada hutang berikut :

    1) Hutang motor Aeon berbaki RM7k untuk tempoh 2 tahun lagi
    2) Hutang peribadi Easy RHB berbaki RM14K untuk tempoh kurang 5 tahun (buat loan pada Oktober 2014)
    3) Hutang PTPTN berbaki Rm16k

    saya terpaksa buat loan Easy RHB atas permintaan kakak saya untuk dia menjalan kan perniagaan, walaupun tahu interestnya sangat tinggi. Ansuran bulanan Easy RHB dibayar oleh kakak saya, walaupun loan atas nama saya.

    Persoalan saya,

    1) adakah terdapat perkhidmatan yang membolehkan saya satukan hutang2 tersebut? AKPK contohnya.

    2) Saya ingin menjalankan perniagaan yg memerlukan modal lebih kurang RM20k. Saya bercadang ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40k dan gunakan sebahagian untuk langsaikan hutang AEON dan Easy RHB. Adakah itu keputusan yang baik?

    3) Boleh tuan cadangkan bank yang menawarkan pinjaman peribadi yang berpatutan?

    Terima Kasih

    • Wa’alaikummussalam saudara Firdaus,

      Jawapan:
      1. AKPK tidak menyatukan hutang cuma AKPK menjadi orang tengah dalam penyelesaian antara saudara dengan pihak bank.
      Kelebihan : bayaran bulanan akan menjadi lebih rendah (pengurangan kadar interest @ tempoh pinjaman dipanjangkan).
      Kekurangan: saudara tidak boleh membuat sebarang pinjaman selagi hutang lapuk ini tidak selesai kerana 1 kod akan ditanda dalam sistem bank Negara. Sekiranya saudara gagal membayar walaupun 1 bulan selepas perjanjian baru ditandatangani (saudara & pihak bank), perjanjian akan terbatal dan perjanjian pinjaman lama akan berkuatkuasa kembali.

      2. Modal untuk perniagaan adalah tidak baik sekiranya bermula dengan pinjaman. Ini kerana sekiranya kerugian yang berlaku di dalam perniagaan, saudara akan menanggung hutang lapuk yang lebih tinggi. Kadar pinjaman peribadi (swasta) selalu berada dalam paras 8% – 12%, ini merupakan satu kadar yang tinggi. Teknik buat hutang untuk selesaikan hutang boleh dilakukan sekiranya kadar interest hutang pinjaman baru adalah lebih rendah dari kadar interest hutang pinjaman lama. Cara perniagaan tanpa modal adalah saudara mengambil komisyen dari hasil jualan barang orang lain tanpa saudara menyimpan stok. (dropship @ trading business)

      3. Untuk swasta, rata-rata pinjaman peribadi adalah tinggi (seperti dinyatakan pada jawapan no.2). Sekiranya saudara bekerja dalam sektor awam @ GLC, kadar interest adalah jauh lebih murah dan berbaloi.

      Terdapat pelbagai teknik untuk penyelesaian hutang cuma bergantung kepada saudara untuk aplikasikan dengan kesesuaian dan semangat diri. Sekiranya saudara ingin berjumpa dengan saya, sila sms/hubungi di talian 014-333 6369.

  7. Assalamualaikum,
    Saya mempunyai hutang personal loan dengan bank rakyat sebanyak rm 10K, setiap bulan saya kena potong gaji sebanyak rm 159 selama 10 tahun . jika saya telah membayar sebanyak rm159 selama 6 bulan. kalau saya nak bayar cash untuk settle hutang rm10k, berapa balance saya kena bayar?

    • Wa’alaikummussalam Tuan Muhammad Idris,
      Adalah lebih baik tuan membuat panggilan telefon @ berjumpa terus (lebih baik) dengan pihak Bank Rakyat untuk mengetahui secara tepat jumlah baki yang harus dibayar. Ini kerana setiap bank mempunyai sistem pinjaman yang tersendiri dan kadar caj perkhidmatan yang dikenakan. Apa yang saya boleh katakana, sistem pinjaman selalunya:
      – diawal pinjaman (1 – 5 tahun): tuan membayar lebih kepada caj perkhidmatan @ interest, jumlah yang sedikit untuk prinsipial pinjaman @ jumlah pinjaman.
      – diakhir pinjaman (5 – 10 tahun): tuan membayar lebih kepada prinsipial pinjaman @ jumlah pinjaman, jumlah yang sedikit untuk caj perkhidmatan @ interest.

      Rebat yang selalu diperkatakan oleh pihak bank ialah pihak bank membuang bahagian caj perkhidmatan @ interest pada pinjaman. Dalam konteks pinjaman tuan, jumlah pengurangan prinsipal adalah amat sedikit kerana tempoh bayaran hanya 10 bulan iaitu tuan banyak membayar pada caj dan bukannya jumlah principal.

      Harap ini memberi sedikit penjelasan bagaimana sistem pinjaman berfungsi secara asasnya.

  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    sy narin dari cheras selangor. sy berumur 26 tahun.
    sy mempunyai masalah hutang kereta, RHB ASB & RHB PERSONAL LOAN.
    kedua-dua diatas ini adalah bank yang sama iaitu RHB.

    sy ingin mengajukan soalan kpd Tuan, harap Tuan sudi menjawabnya.

    memandangkan ia adalah satu bank yg sama, jadi sy ingin membuat bayaran dgn jumlah yg banyak, kerana sy sudah 6 bulan tidak menjelaskan bayaran diatas ni.
    ( RHB ASB & RHB PERSONAL LOAN.)

    jadi tarikh bayarannya juga berbeza. ASB RHB 1hb dan RHB PERSONAL LOAN 24hb.
    jadi jika sy buat bayaran sekali terus dlm akaun RHB sy, adakah ia tidak mengganggu?

    lagi 1 soalan sy, memandangkan sy sudah 6 bulan tidak membuat bayaran hutang diatas, adakah akan dikenakan interest dan selebihnya? sy sendri tidak tahu berapa interest yg akan dikenakan pd sy..

    bolehkan Tuan menjelaskan lebih lanjut?
    Sekian terima kasih.

    narin.

    • Wa’alaikummussalam saudara Narin,

      Walaupun pinjaman peribadi dan pinjaman ASB dari bank yang sama iaitu RHB, ia tertakluk kepada 2 jenis akaun pinjaman. Ia merupakan entity @ polisi perjanjian yang berlainan sama sekali. Jadi, ia tidak menganggu kerana saudara membayar berdasarkan polisi pinjaman yang berbeza.

      Mengenai isu dikenakan interest, memang pinjaman tersebut dikenakan ‘interest’. Tetapi untuk ‘interest’ tambahan kerana tidak membayar secara tetap @ lewat bayar, sila rujuk kembali perjanjian pinjaman anda. Untuk mengetahui jumlah interest, sila pergi ke bank RHB yang berdekatan dan tanyakan pegawai yang terlibat. Insya’allah.. saudara akan mengetahui status terkini.

      Harap membantu. terima kasih..

      • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

        Saudara Nurulsalamaziz, sy baru sahaja selesaikan bayaran ASB RHB setelah seminggu sy mendapat surat dari pihak RHB ASB. pihak RHB ASB meminta sy untuk selesaikan hutang mengikut apa yg dijelaskan dalam surat tersebut.

        setelah sy selesai membuat bayaran penamatan RHB ASB,
        adakah sy akan mendapat surat daripada pihak bank tentang pengesahan bayaran penamatan tersebut?

        atau perlu kah sy untuk menelefon pihak bank sendiri untuk kemaskini?

        boleh minta pendapat Tuan?

        sekian terima kasih.

        narin.

      • Wa’alaikummussalam dan salam sejahtera,

        Untuk memudahkan perjalanan proses, telefon @ pergi ke cawangan yang membuat penamatan RHB ASB. Sekiranya pihak cawangan bank berkata urusan masih dalam proses di HQ, minta no. telefon dan nama officer di HQ yang boleh dihubungi.

        **pengalaman dari beberapa rakan yang berurusan dengan RHB, kena banyak follow up dan banyakkan bersabar untuk menyelesaikan urusan2 dokumen.

      • ya Saudara Nurulsalamaziz, sy sudah update dgn pihak RHB ASB, katanya, tiada dapat surat pengesahan penamatan dan nama kita akan clear dalam masa 6 bulan.

        memang memerlukan ‘ketabahan dan kesabaran’ yg tinggi apabila berurusan dengan mereka..

        yang paling penting sekali, urusan kita sudah selesai dan tiada rekod CCRIS..

        terima kasih Saudara kerana sudi membantu. 🙂

        narin

      • Alhamdulillah. Bagus.. selepas 6 bulan, pergi kat bank Negara. Kat luar tu ada kiosk.. print penyata untuk lihat CCRIS dah betul2 clear atau tak. Sekadar pengesahan dan sekiranya pada penyata masih ada, boleh rujuk kembali ke RHB. Sebaiknya.. selepas 7 bulan baru pergi. Harap membantu.

  9. Assalamualaikum….ncm mn sy nk settlekn hutang dengan money lender? Kalu sy nl buat full settlement adakah boleh kurang

    • Wa’alaikummussalam cik/puan nazariah..berkenaan isu money lender, kebanyakkan daripada mereka tidak akan memberi rebet / pengurangan bayaran kepada pemimjam cuma pemimjam harus membayar untuk menyelesaikan secepat mungkin kerana kadar caj ‘interest’ yang terlalu tinggi. Silap langkah, pemimjam hanya membayar bunga (interest) sehingga mereka meninggal dunia. Saya pernah menolong seseorang untuk menyelesaikan pinjaman dari money lender ini kerana memikirkan betapa teruknya kehidupan mereka akibat daripada membuat pinjaman dari money lender.

      Cik/Puan Nazariah boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan pinjaman ini. Diantaranya ialah:
      – membuat pinjaman tanpa ‘interest’ daripada ahli keluarga / rakan-rakan. Usah terasa malu apabila membuat pinjaman daripada mereka, ceritakan hal sebenar dan buat perjanjian hitam putih yang anda akan membayar secara bulanan @ secara keseluruhan. Selalunya mereka akan memberi pinjaman berdasarkan rekod bersih anda dan kepercayaan mereka kepada anda. Sekiranya ia melibatkan amaun yang besar, anda boleh pecahkan kepada beberapa amaun yang lebih kecil. Sebagai contoh: Jumlah pinjaman + bunga (sekiranya selesai dalam bulan itu) berjumlah RM10,000. Maka anda pecahkan kepada RM1,000 kepada 10 orang. Maka anda mempunyai 10 perjanjian yang harus dilakukan.
      – memohon daripada baitulmal untuk penyelesaian hutang. Anda boleh mencuba kaedah ini.. untuk berjaya atau tidak, bergantung kepada permohonan anda.
      – memohon daripada bank dengan kadar interest yang rendah (4% ke bawah) melalui pinjaman peribadi. (langkah terakhir sekiranya kedua-dua cara di atas tidak berjaya)
      – sekiranya ketiga-tiga cara diatas tidak berjaya, nampaknya anda harus bekerja lebih keras untuk dapat membayar principal (hutang pokok) dan interest (bunga) serentak tetapi cara ini akan memenatkan anda kerana kadar bunga yang amat tinggi untuk ditanggung.

      Sebagai umat Islam, ada satu hadis yang boleh diamalkan dalam isu penyelesaian hutang. Doa secara ikhlas dan kusyuk semoga Allah perkenankan doa tersebut:
      “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.” Kata Abu Umamah RA: “Setelah membaca doa tersebut, Allah telah memperkenankan doaku dan menghilangkan keresahanku dan melunasi hutangku.” (HR Abu Dawud 4/353)

      Moga memberi ilmu yang bermanfaat kepada anda. Terima kasih.

  10. salam tuan,

    saya ingin bertanyakn pendapat tuan, mengenai masalah saya,saya mempunyai hutan lapuk (CC dan Courts Mammoth), jumlah hutang kedua nya mencecah 6k..adakah wajar saya membuat pinjaman peribadi.sebab saya bercadang untuk membuat pinjaman peribadi dengan aeon credit dengan sebanyak 10k sahaja selama 2 tahun.sebelumni saya ada mncuba di bank rakyat, tetapi di tolak.untuk pengetahuan tuan, saya berkhidmat di suarikat swasta selama 5 tahun.Saya berharap jika diluluskan,saya dapat melagsaikan hutang saya dan dapat menyimpan tunai dlm asb slama 2 tahun menuggu hutang dengan aeon tamat.Saya bercadang selepasdua tahun,saya akn memohon pinjama asb pula mengikut rate yg bersesuain n mampu tuk simpanan yang lebih besar.mohon tuan dapat memberi sedikit pandangan dan cadangan trhadap plan kewangan saya ke arah yang lebih baik in sha Allah.

    • salam saudari naina,

      berkaitan hutang yang sudah mencecah RM6k, ia masih boleh dikawal kerana jumlah yang sedikit.

      tips paling mudah:
      – untuk CC: buat balance transfer ke bank lain. Ini banyak bank yang memberi khidmat ini. Ia menjadikan rate interest menjadi berkurangan.
      – untuk CM: saya tak pasti berapa jumlah pembelian kredit tapi boleh membayar dengan jumlah yang lebih dari amaun biasa memandangkan CM mengenakan caj yang tinggi.

      Loan syarikat credit: adalah amat tidak digalakkan kerana mengenakan caj interest yang amat tinggi. Apa sahaja yang bernama kredit, menggenakan caj yang tinggi.

      – LASB; ada sedikit ilmu, sudah boleh memanipulasi method ini.

      Terima kasih. Harap membantu..

  11. salam tuan, saya mempunyai baki pinjaman PTPTN berjumlah RM5K dan pinjaman peribadi BSN berbaki RM8K (termasuk RM6K interest). saya bercadang untuk melangsaikan salah satu hutang.menurut pendapat tuan, yang mana patut saya langsaikan dahulu. untuk makluman, hutang PTPTN dan BSN dijelaskan melalui potongan gaji bulanan masing-masing sejumlah RM150 dan 300. terima kasih

    • Salam Analia,

      Bayar BSN (langsaikan dahulu) sebab:
      – PTPTN interest (1% – ujrah @ 3% – bukan ujrah) rendah
      – BSN interest tinggi (mesti lebih dari 3%)
      – BSN masuk CCRIS, PTPTN takde (buat masa skrg). Senang untuk masa depan nanti
      – nanti. analia akan ada lebihan RM300 setiap bulan sebab loan BSN telah selesai. Ini boleh digunakan separuh @ sepenuhnya untuk menyelesaikan hutang2 lapuk yang lain.

      Sama-sama

      • Ptptn telah dikenakan ccris bg peminjam yg gagal membayar mengikut jadual. Saya salah seorangya.

      • Sekiranya anda sudah mula membuat bayaran untuk beberapa bulan secara berkala, nama anda dalam CCRIS akan dikeluarkan dari senarai selepas beberapa bulan anda membuat pembayaran.

        Sekiranya terdapat kesulitan dalam pembayaran, anda seharusnya menyelesaikan isu ini dengan berjumpa pihak PTPTN. Kadangkala, ada isu yang boleh diperbincangkan.

  12. Salam….

    Saya ade bermain kutu dan saya juga dikira ma kutu…dalam sedar xsedar…hutang kutu saya setiap bulan dah mencecah rm500…saya tidal berkerja..tetapi saya buka kutu baru untuk bayar kutu seterusnya..

    Tapi saya dah penat untuk korek lubang dan tutup lubang..smpai bila x selesai..saya nak hentikan semua kutu dan langsaikan hutang kutu saya?
    Caranya mcam mana,boleh ke saya buat personal loan drp bank?

    • Salam sepian,

      Nampaknya anda dah lari dari asal konsep kutu. Yang lebih berbahaya sekiranya anda tidak dapat membayar wang apabila tiba giliran orang lain. Dalam Islam, itu penganiayaan terhadap orang lain.

      Nampaknya anda bermian kutu bukan berdasarkan kemampuan anda. Silap percaturan, anda akan terjerat seperti sekarang.

      Pilihan anda untuk membuat pinjaman peribadi adalah tidak bertepatan sama sekali kerana ia akan menambahkan beban secara tidak sedar. Bermain kutu adalah tanpa interest dan membuat pinjaman peribadi seharusnya anda membayar principal (bayaran hutang) + interest (keuntungan bank).

      Pilihan terbaik yang boleh saya sarankan, anda cuba sebaik mungkin membayar kutu secara berkala melalui: anda membayar hasil kutu anda (anda tidak dapat apa2 benefit dari permainan kutu) atau meminjam daripada orang lain untuk membayar kesemua hutang kutu, DENGAN SYARAT ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KEPADA PINJAMAN TERSEBUT (anda harus membayarnya apabila tiba waktunya). Seeloknya anda memberitahu bila anda akan membayar hutang tersebut.

  13. Salam. Saya telah dikenakan ccris kerana gagal membayar ptptn selepas 3 tahun tamat pengajian. Saya ingin mememohon pandangan saya ingin membayar ptptn melalui pinjaman pembiayaan peribadi bagi membolehkan ccris saya tiada dan mudah untuk saya membeli rumah. Adakah wajar? Saya ingin menyelesaikan masalah ini segera.

    • Salam wawa,

      Membuat pinjaman peribadi untuk membayar PTPTN adalah tidak bertepatan kerana:
      – interest pinjaman peribadi adalah lebih tinggi dari interest PTPTN.
      – anda akan mempunyai rekod komitmen (pinjaman peribadi) dan mengurangkan jumlah pinjaman yang anda boleh ambil untuk pinjaman rumah.

      Isu-isu lain:
      – rekod CCRIS hanya dapat dipadamkan dalam tempoh beberapa bulan dan bukannya apabila anda membayar hari ini, dalam bulan itu juga rekod ini dapat dipadamkan.
      – Masalah kewangan tidak boleh diselesaikan dengan petik jari, anda harus menyelesaikan peringkat demi peringkat.

      Kewajaran:
      – Jumpa pihak PTPTN dan bertanya cara yang paling baik dan cepat untuk menyelesaikan hutang PTPTN seperti pemotongan dari akaun KWSP, potongan berkala daripada gaji, pembayaran secara tetap..dsb (walaupun agak sakit pada awalnya tetapi anda akan lega apabila hutang dapat diselesaikan secara teratur & bukannya cara korek lubang baru, tampal lubang lama).
      – Sebelum membeli rumah, anda harus mengira jumlah komitmen yang anda boleh hadapi berdasarkan hutang-hutang lapuk, komitmen terhadap pinjaman anda & kos hidup.

      Ramai orang mengambil pinjaman secara maksimum dan apabila anda percaturan yang berubah (kos hidup, kegawatan ekonomi..dsb), anda akan terjerat secara total.

      Mencegah lebih baik daripada merawat. Anda mengawal wang atau wang mengawal anda? Anda mempunyai pilihan.

  14. assalammualaikum en, saya zaid dari selangor,

    Masalah saya buat masa ini saya berhutang dengan pihak ambank untuk (2) kenderaan dan Aeon Credit

    (1) kenderaan telah dilelong dan perlu dibayar bakinya – Blacklist
    (1) kenderaan dalam proses pembayaran tetapi tidak teratur pembayarannya
    (1) hutang barangan elektronik Aeon – Blacklist

    kemudian pada hujung tahun ini saya telah diluluskan pinjaman peribadi dari bank tempatan, bagi penyelesaian pihak bank saya diarah untuk membayar kesemua pinjaman tersebut dan bakinya sahaja jika ada baru diterima.

    Soalan saya adakah nama saya pada januari tahun 2016 akan clear dari CCRIS DAN CTOS atau Blacklist.setelah semua hutang diatas dibayar habis dan selesai pada december tahun 2015.

    Sekian. mohon pencerahan.

    • Wa’alaikummussalam saudara zaid,

      Pada Januari, nama saudara belum ‘clear’ atau disenarai putih dari CCRIS & CTOS @ Blacklist. Kena tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan untuk nama cantik kembali.

      Maaf atas kelewatan.

  15. Slm sjhtra,tn.. Sy ada bbrapa hutang: Ptptn(baki 8k), personal loan b.rakyat(baki dlm 30lbh k),pinjaman kereta(bulanan rm548.br 3tahun).sy teringin lgsaikan hutang sy agar kelak xtbeban hutang.jd ptama sy sd gunakan kwsp akaun 2 utk byr ptptn sy tp stil ada baki 8k sb kwsp akaun 2 xckup byr full ptptn.adakah tindakan sy guna akaun 2 utk byr ptptn itu btl? Kmudiaan br2 ni,b.rakyat ada promo kpd sy utk reloan smula sb interest rendah dr 1st loan sy. Adakah ptt atau berbaloi kah jika sy reloan smula utk byr baki 1st loan sy itu? Terima kasih atas bantuan tn..

    • Salam sejahtera,

      Ptptn (interest paling rendah), Personal loan (interest paling tinggi) dan pinjaman kenderaan (interest sederhana).

      Saya hanya tahu apa komitmen tuan tapi tidak tahu senjata apa yang tuan ada. Rumah dan kad kredit merupakan senjata yang boleh mempercepatkan pelangsaian hutang. Secara ringkasnya, tuan boleh menghapuskan hutang lapuk yang paling cepat tuan boleh langsaikan. Selepas hutang A hapus, gunakan lebihan bayaran yang sebelum ini dibayar hutang A (hutang A telah selesai) kepada hutang B. dan begitulah untuk hutang C. Itu sahaja ringkasan kasar yang dapat saya berikan.

  16. Salam, sy Siti
    Sy mempunyai masalah pinjaman perumahan dgn bank rakyat, Tunggakan bayaran bulan telah 4 bulan setakat 31.12.2015. Pihak bank minta sy jelaskan secepat mungkin kalau tidak rumah sy akan dilelong. Sy cuba untuk membuat pengeluaran EPF bg mengurangkan baki pinjaman tapi baki akaun 2 tidak mencukupi kerana sy pernah membuat pengeluaran sebelum ini, dan pekerjaan sy sekarang majikan tidak membuat potongan EPF. Bolehkah sy membuat rayuan kepada pihak bank untuk menangguhkan masalah sy ini @ memberi sy tempoh memandangkan sy mempunyai masalah kewangan sekarang?

    • Salam siti, untuk isu begini selalunya hanya berharap kepada jasa baik pihak bank untuk menangguhkan masalah yang dihadapi dan selalunya ia tidak berpihak kepada siti. Sepatutnya, siti berbincang isu ini sebelum keadaan menjadi teruk seperti sekarang. Apa saya boleh katakana:
      – cari kerja part time
      – pinjam duit dengan adik beradik @ sedara @ kawan (jangan sesekali pinjam dengan along)
      – jual apa sahaja yang boleh mendatangkan duit. Duduk dan belek2 apa yang ada untuk di jual.
      – sekiranya komitmen rumah terlalu tinggi, mungkin perlu jual dan bermula beli rumah yang lebih kecil (untuk restructure financial balik)
      – refinance (sekiranya mampu bayar)

      Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang mungkin boleh siti lakukan. Berehat dan minum sedikit kopi.🙂 Apa yang penting, banyakkan berdoa dan mohon pertolongan dari Allah swt.

  17. salam…sy ada buat loan dgn rhb.easyrhb.sy ada missed byrn tuk 3 bln dan skrg kontrak dh btl.sy ada trma surat mahkamah.sy kena settle bakI hutang dan kos mahkamah berjumlah rm4100.00.sy penjawat awam.adakah sy akan dikenakan hukuman penjara sekiranya xdpt byr semua jumlah y dituntut

  18. Salam.. sepatutnya acik terus berjumpa dengan pihak bank ketika acik sudah tahu akan ter’miss’ dari 1st payment lagi. Ini untuk memudahkan sesi ‘perundingan’ @ timbang tara dengan pihak bank.

    Selalunya apabila masuk mahkamah, acik boleh minta rayuan pihak mahkamah jadi orang tengah untuk meng’restructure’ pinjaman dari pihak bank dengan mengatakan acik tidak mampu membayar wang seperti yang ada sekarang.

    Anda tidak akan masuk ke penjara tetapi nama anda akan di’blacklist’

  19. As salam. En. Saya ada hutang 1.Personal loan rm1110/bulanan ( rm226400/20thn). 2. Kereta rm756/bulanan ( rm49k/6thn). 3. Ptptn rm182/bulanan ( rm22k/11thn). Sy cuma ada duit simpanan rm rm27 000 shj. Persoalannya, hutang yg manakah perlu saya selesaikan mengikut urutan? Boleh beri saya nasihat.

    • Wa’alaikummussalam saudara.

      Ini hutang saudara: rm226,400/20thn (PL), rm49k/6thn (Car Loan) dan m22k/11thn (PTPTN). Mana yang terbaik?

      Selain cash yang tuan ada, apakah aset lain yang tuan ada seperti rumah, tanah…etc. Walaupun duit itu mencukupi untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang PTPTN.

      1. Saya boleh katakan anda harus kembangkan duit simpanan itu lagi sekurang2nya mencukupi untuk membayar hutang kereta ataupun apabila terdapat diskaun 20% untuk penyelesaian sepenuhnya, maka simpanan ini boleh digunakan. Kalau dilihat, anda sebolehnya menaikkan lagi jumlah simpanan supaya penghapusan kereta dapat diselesaikan (kerana jumlah pembayaran kereta agak tinggi). Sekiranya anda membuat bayaran ‘lumpsump’ terhadap hutang PTPTN.. impaknya adalah amat minima.

      2. Atau anda memasukkan duit tersebut di dalam investment yang berisiko rendah seperti AHB, TH..etc supaya duit anda lebih berkembang (sekiranya anda tidak terlalu terbeban dengan komitmen bayaran).

      Sekiranya perkara sebegini terjadi kepada saya, saya lebih gemar membuat pembayaran dengan melalui jalan sebegini iaitu:
      1. Cuba menambahkan pendapatan pasif @ pendapatan aktif yang lain supaya mempercepatkan pengumpulan modal (paling penting)
      2. Fokus hutang mana yang ingin dihapuskan dahulu.. saya prefer pinjaman kereta –> PTPTN –> PL

  20. Assalamualaikum Tuan,

    Tertarik dengan perbincangan di atas. Mohon untuk dapatkan pandangan dan jasa baik tuan mengenai cara terbaik bagi penyelesaian hutang jahat (bad debt) spt di bawah. Jika sy mempunyai duit lebihan semasa 20K. Hutang yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu. Terima kasih.

    1. PL Bank Rakyat 31K/9thn interest 3.95%
    2. PL BSN 67K/7thn interst 4.8%

    • Wa’alaikummussalam..

      Kalau nak ikutkan, secara asasnya dengan RM20k tidak dapat menyelesaikan salah satu hutang pun di atas (PL Bank Rakyat mahupun PL BSN). Teknik lumpsump boleh digunakan apabila terdapat peluang untuk membunuh hutang secara kejam (hahaha) dan mendapat manfaat tambahan (rebat @ diskaun). Berbalik kepada pertanyaan saudara, saya boleh memberi beberapa pilihan:
      – simpan n invest modal tersebut dalam AHB, TH..dsb (tak perlu ilmu)
      – beli rumah lelong n sewa (kena ada ilmu)
      – guna modal + kad kredit untuk gain saving. (ini mmg kena ada ilmu)

      tips: buat business tanpa modal supaya dapat lebihan simpanan @ buat pasif income.

  21. Tuan. Bilakah masa yang sesuai untuk full settlement pinjaman peribadi. Kerana ada perbezaan current balance dengan payoff amount. So tahun berapa yang payoff amount tu palinh rendah. Terima kasih tuan.

    • Masa yang paling sesuai adalah menyelesaikan pinjaman (hutang lapuk) secepat yang mungkin. Diawal tahun.. pecahan bayaran banyak membayar interest kemudian pecahan interest makin turun dari tahun ke tahun.

  22. assalamualaikum tuan, saya nak bertanya tentang aeon kredit. saya ada hutang motor dengan aeon credit. soalan saya, adakah loan aeon dikira sebagai komitmen apabila saya hendak memohon pinjaman perumahan kelak? mohon penjelasan dari tuan. terima kasih.

    • wa’alaikummussalam. Yup, skrg semua syarikat kredit dah masuk under CCRIS. Jadi bank boleh tengok rekod hutang motor tersebut. Rekod takde masalah.. dier akan ada pengiraan hutang. Sebagai contoh.. untuk loan rumah dier amik 70 – 75% komitmen hutang. Sebagai contoh gaji RM2,000 maka:
      – RM1,500 ke RM1,400 utk berhutang, kemudian tolak hutang motor RM300 (anggaran)
      – baki yang tinggal untuk komitmen hutang RM1,200 ke RM1,100 (inilah nilai bulanan untuk beli rumah)

      Kalau ada duit, bayar hutang motor cepat2 sebab syarikat kredit memang menggenakan caj yang tinggi. Kalau takde.. buat 2nd income cepat supaya income kedua leh buat bayar hutang @ tinggikan modal rumah.

  23. ingin bertanya adakah hutang courts mammoth akan tersenarai dalam ctos dan ccris. saya ada hutang lapuk rm4600 courts dah lapan tahun , takut ada saman dikeluarkan , sebab tiada sebarang surat diterima kerana dah berpindah rumah . semak dalam ctos dan ccris tiada rekod. mungkin sesiapa ada maklumat dan pengalaman boleh dikongsi.

    • Kalau ikutkan dari pegawai bank (member), ada customer dier sangkut untuk buat loan sebab tak bayar duit courts mammoth (ini 5 tahun dulu). Tak tahu pula kalau sekarang dah bagi pelepasan untuk kompeni2 kredit. The best solution.. mintak penyata dari bank Negara untuk CCRIS and CTOS. Kalau saudara Muhammad kata takde rekod.. maka takdelah dalam system tersebut.

  24. Salam tuan…
    Adakah berbaloi jika saya membuat personal
    loan utk melangsaikan hutang kereta saya yg berbaki setahun lagi?

  25. salam tuan. saya berhajat untuk memohon loan rumah. saya ingin tahu adakah hutang ptptn dikira sebagai komitmen dlm pengiraan DSR? utk makluman tuan, ptptn saya tiada tunggakan.

  26. Salam tuan, saya trtunggak loan kereta dan PTPTN, mnggu lepas sye setelkan loan trtunggak kereta dan lumsumkan pyment PTPTN pakai KWSP.. boleh ke dlm prtengahan bulan Nov nie sye aply personal loan?

    • Salam, sepatutnya kalau dah tertunggak.. 6 bulan baru nama clear. Tapi boleh cuba dan cuba tunjukkan bukti pembayaran kepada pihak bank sebagai bukti pembayaran. Sekarang bank semakin menapis loan2 ni sebab isu eknomi yang tak stabil.

  27. Salam..saya nak tnya..kalau saya buat loan untuk settlekan loan saya sebelum boleh ke? Adakah ia lebih baik? Sebab sekarang saya berhutang dari luar kemampuan saya..sebulan gaji saya pun tidak cukup..boleh ke saya buat pinjaman dan langsaikan hutang sebelum ni?

    • Salam syidah..
      1. untuk menggunakan loan lama ke atas loan baru, biar jumlah interest berbeza dengan banyak supaya ada perbezaan bulanan yang ketara.
      2. jumpa bank untuk restructure loan iaitu menurunkan bayaran bulanan. Selalunya tempoh loan akan ditarik lebih panjang.
      3. tambah pendapatan lain.. selain boleh membayar hutang, ia juga akan menambah pendapatan. lebih baik mencari yang tidak perlu mengeluarkan modal seperti kerja2 part time.

      Harap itu membantu..

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s