Bank Koperasi Islam

Sudah tentu ada sesetengah orang tidak tahu akan wujudnya Bank Koperasi yang ketiga iaitu Bank Koperasi Islam. Sebenarnya agak lama saya tahu mengenai bank koperasi yang ketiga ini tapi memandangkan ia lebih menjurus kepada sektor kerajaan, maka saya acuh tak acuh skit. Maklum laa, saya ni penjawat swasta..hehe.

Saya cuba mencari beberapa artikel supaya para pembaca dapat mengetahui hal ini lebih mendalam namun hampa kerana masih belum menjumpai sebarang laman rasmi mengenai Bank Koperasi Islam.

 

Petikan ini di ambil dari Artikel berita Harian.

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan mengubah statusnya menjadi Bank Koperasi Islam Malaysia (CIB) yang menumpukan perkhidmatannya kepada perbankan korporat pada Jun 2011.

 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika semua berjalan lancar, ia akan menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan).
 “Mereka (ANGKASA) memang dah ada modal yang cukup untuk membuka bank dan kita memang menyokong inisiatif itu. Ketika ini proses ke arah penubuhan bank koperasi ketiga itu sedang dilaksana.

“Saya yakin dengan penubuhan bank koperasi berkenaan, ia akan memberi lebih manfaat kepada semua pihak. Saya juga berharap penubuhannya akan menjadi kenyataan nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Gabungan Koperasi Kredit Selangor di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima koperasi kredit di negeri ini mengumumkan penggabungan iaitu Koperasi Koswip Malaysia Berhad; Koperasi Kakitangan Bernas Berhad; Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad; Koperasi Kredit Pekerja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Selangor Berhad.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri menyarankan koperasi di negara ini bergabung bagi membentuk konsortium bertujuan meningkatkan peranannya untuk kepentingan rakyat.
Beliau berkata, formula penggabungan adalah relevan kerana ia memberi nafas baru kepada koperasi sedia ada.

Sementara itu, katanya, semua ahli koperasi yang berjumlah kira-kira 7 juta diminta membuat kad koperasi yang dikenali sebagai Kad Setia bagi membolehkan ahlinya mendapat rebat setiap kali membuat pembelian.

Pautan asal : http://www.bharian.com.my/articles/ANGKASAjadibankkoperasiketiga2011/Article/

2 comments on “Bank Koperasi Islam

  1. Bank Negara Malaysia cakap Angkasa telah melanggar peruntukan BAFIA kerana menggunakan perkataan “Bank” dalam cadangannya, sedangkan ia sebenarnya Koperasi. Lepas tu Angkasa tukar nama jadi Masraf Angkasa pulak. Sampai la ni takde berita pun tentang Bank/Masraf Angkasa ni.. Kontroversi kut.. Ada kes saman-menyaman pulak.. Too bad for potential investors like us..

    • Nanti saya dapatkan kepastian dari kenalan yang memang menjadi salah seorang yang membuat kertas kerja untuk Angkasa. Saya tidak ambil pusing sangat sebab koperasi ini lebih merujuk kepada pekerja-pekerja kerajaan. 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada Chuman Batal balasan