Hadiah untuk isteri..

kuwait jr

Perhatian! Saya tidak bertanggungjawab sekiranya artikel ini membuat para-para isteri meminta hadiah daripada para suami mahupun yang ingin menjadi calon isteri kerana mahukan hadiah kepingan emas daripada saya. Selamat Membaca!!

Mungkin bukan kebiasaan cara saya iaitu memberi kepingan emas untuk isteri. Orang lain mungkin akan memberi rantai emas, gelang emas, kereta, rumah dan bermacam-macam lagi. Nak hadiahkan jongkong emas.. masih belum mampu lagi. Ok, biar saya teruskan mengapa saya mengambil keputusan untuk memberi kepingan emas KFH.

Ini merupakan hadiah harijadi yang di’postpone’. Sebenarnya sudah lama saya berkira-kira ingin memberi hadiah kepingan emas ini tapi memandangkan pada ketika itu harga emas agak mengila, maka saya buat ‘dekk’ je dulu. Orang kata tak salah kita bersabar kan. Hehe. Memandangkan isteri-isteri saya…opsss, tersilap. isteri je..haha. Saya ulang balik.memandangkan isteri saya dah cukup umur untuk membuka akaun KFH maka isteri memiliki akaun individu kerana senang bagi isteri saya membeli emas sendiri dikemudian hari.

Di samping itu juga, saya memberi pemberian berbentuk kepingan emas ni sebab saya lebih suka memberi tunjuk ajar dari sudut ‘investment’ yang selamat. Saya masih teringat ayat ini, “sekiranya anda memberi sebatang rod, ia menolong seseorang sepanjang hidupnya. sekiranya anda memberi ikan, anda harus menolongnya sepanjang hayat anda”. Jadi apa gunanya ilmu kalau tidak di kongsi kan..

Kemudian saya berfikir dengan jenayah ragut dan pecah rumah yang berleluasa sekarang ini, saya tidak sanggup toyol-toyol yang bertopengkan manusia ini merampas pemberian dan penat lelah saya ini. Saya lebih rela membeli emas keping di KFH kerana ia di simpan oleh pihak bank ataupun diri sendiri. Yang paling best, ia percuma selagi mana anda memberi amanah kepada pihak bank untuk menyimpan. Ini sudah tentu penjimatan yang ketara. Sebagai contoh, kalau saya simpan emas tu selama 20 tahun maka 20 tahun saya tidak perlu membayar upah simpan di peti-peti ‘fix deposit’.

Lebih-lebih lagi, sekarang saya gemar memberi ‘hadiah’ yang berupa aset tidak kira emas, investment dan macam-macam lagi. Asalkan bukan sesuatu yang menurun nilai atau cepat rosak ataupun mudah hilang. Ini termasuk juga untuk anak-anak saya. Orang kata “sikit-sikit, lama-lama membukit”. Di harap dapat mengajar ‘positive environment’ di masa hadapan.

Berapa jumlah kepingan emas tu biarlah rahsia. Hehe.. kang nanti jatuh riak lak bila berbicara dalam blog saya ni. Hehe.

5 comments on “Hadiah untuk isteri..

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s