Penyelesaian Hutang PTPTN dapat diskaun 20%

ptptnDengan berita daripada Perdana Menteri kita yang akan memberi diskaun sebanyak 20% kepada pemimjam yang membayar secara penuh dan 10% kepada pemimjam yang membayar secara ansuran tetapi tetap. Ini merupakan satu berita baik kepada pemimjam seperti saya.

Namun begitu, saya agak teragak-agak untuk membuat pembayaran memandangkan parti pembangkang ingin memansuhkan yuran ptptn sekiranya mereka menjadi parti pemerintah. Satu godaan yang amat tinggi pada pengamatan saya. Jadi akhirnya saya mengambil keputusan untuk ‘tunggu dan lihat’ sehinggalah pilihanraya yang ke-13 ini selesai.

Akhirnya keputusan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia akhirnya diketahui iaitu parti pemerintah yang lama masih menerajui kerajaan Malaysia. Jadi setentunya formula 20% menjadi idaman saya. Pada saya, bagus juga memberi diskaun kepada pembayar sekiranya pemimjam membayar awal. Ini mendidik pemimjam supaya memansuhkan hutang secepat yang mungkin. Ia memberi satu kesan yang positif daripada mengguna pakai terma-terma menghukum kepada pemimjam.

Daripada sibuk dengan “mega sale” di pasaraya, baik saya capai “mega sale” di ptptn. Sudah tentu, semakin besar hutang anda, lagi banyak anda dapat jimat. Sebagai contoh: sekiranya baki pinjaman anda adalah RM10,000, tentulah penjimatan anda adalah RM2,000. Sekiranya baki pinjaman anda adalah RM60,000, setentunya penjimatan anda adalah RM12,000. Banyak bukan!!

Memandangkan ketika itu saya sudah bercuti, maka langkah pertama iaitu mendapat penyata untuk menyelesaikan hutang. Ini mudah sahaja, ambil nombor, tunggu giliran dan mintak penyata untuk menyelesaikan hutang secara penuh. Dari situ, satu penyata akan diberikan kepada anda dan yang paling bagus ia adalah PERCUMA. Setelah dapat penyata tersebut saya pulang ke rumah dan membuat kira-kira adakah berbaloi atau tidak untuk membuat pembayaran penuh. Sebelum ini pun, saya buat pembayaran lebih dari yang sepatutnya. Setelah di tilik dan di kira, akhirnya kata putus di buat iaitu membuat pembayaran penuh. Beberapa keputusan di ambil berdasarkan hutang adalah wajib di bayar, penjimatan yang wujud, memberi kebebasan berhutang lebih awal kepada saya dan memberi ruang saya untuk berada di posisi ‘menyerang’ kewangan yang lebih agresif.

Keesokkan hari, saya terus ke pejabat ptptn dan menyelesaikan hutang ptptn yang selama ini membelenggu untuk beberapa tahun ke belakangan ini. Daripada jimat 10 tahun hutang ptptn, kini saya sudah jimat sehingga 15 tahun secara kasarnya. Pembayaran sudah di buat dan saya mendapat surat pelepasan hutang dari pihak ptptn dan macam-macam surat lagi. Kalau tidak silap saya, ada 3 dokumen semuanya. Maka dengan adanya diskaun-diskaun begini, ia memberi impak positif kepada poket kewangan saya.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana perasaan menyelesaikan hutang, anda boleh mulakan dari sekecil-kecil hutang hinggalah sebesar-besar hutang. Perasaan saya ketika itu, priceless dan bersyukur.

“Selamat membayar apa jua hutang kepada anda.”

Tips: Panjatkan doa kepada Pencipta anda agar dipermudahkan untuk membayar hutang dan mengelak dari mengambil hutang yang tidak berfaedah.

18 comments on “Penyelesaian Hutang PTPTN dapat diskaun 20%

  1. UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA “UJRAH” YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA “UJRAH” YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR…..ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.

    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

    • Sekiranya saudara/saudari nak mengelak dari Riba.. Pastikan setiap pembelian dan urusan yang melibatkan wang di buat secara tunai. Memang betul, kebanyakkan yang menggunakan terma “islamik”, ada juga mengambil peluang atas dasar itu. Tetapi ada juga pemimjam yang mengambil peluang apabila sistem islamik diperkenalkan untuk diri sendiri iaitu menangguh pembayaran.

      Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman sebab tanpa iman yang kuat, kita akan selalu menangguh dalam hutang. Antara pegangan saya tentang hutang ialah “Hutang itu wajib di bayar”.

      Abdullah bin Ja’far, Rasulullah SAW bersabda: β€œAllah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (Riwayat Ibnu Majah no. 2400)

  2. Terima kasih ANOHN dengan komen saudara/saudari.

    Sebenarnya kalau ada perubahan pada apa-apa ikatan perjanjian, pemberi pinjaman akan mempunyai lebih hak tetapi bergantung kepada persetujuan pemimjam.

    Jumlah ujrah memang berbeza. Ia bukan dikira pada baki semata-mata tapi berdasarkan jumlah asal pinjaman.

    Kita jangan senang menghukum pada sesuatu perkara, selidik dan kaji betul-betul supaya kita tidak tergolong dalam orang yang tersalah tafsir. Tanya kepada orang yang lebih arif mengenai hukum hakam agama (islamic financial).

    Sekiranya kita lihat sesuatu itu negatif, cuba buat pencerahan supaya menjadi lebih positif.πŸ™‚

  3. Sekiranya anda menjelaskan baki sekaligus sebelum pilihanraya, bunga / kos insurans tidak dikenakan. Tetapi selepas pilihanraya, tiba-tiba bab itu muncul dalam penyata hutang untuk 20% diskaun. Pelik kan? Bila ditanya, kita pulak yang dipersalahkan….

  4. Ini biasa bila satu keputusan mengejut di buat dan selepas penambahbaikkan di buat.. lupa nak beritahu, bila dapat penyata..sila kemaskini kembali untuk melihat lebihan pembayaran ada atau tidak.πŸ™‚

    • Takde laa lepas study terus bayar langsai sebab masa tu cuma bayar lebih dari jumlah bulanan yang harus dibayar. Bila ada peluang datang bergolek..tu yang terus kasi selesai.πŸ™‚

      • Oh.. sy ni bru je habis dgree tp skrg smbung master fulltime. Master ni pun mak ayah tanggung. So tu yg xtawu nk bayar bulan2 atau tangguh. Tak kan saya nk suruh mak ayah byr hutang saya pula kan. Master education x ada apa2 scholarship.. tu yg susahnya. So saya nak minta pendapat awak, apa yang patut sy buat?

  5. Ooo.. baguslah saudari Ati bertanya mengenai isu ini. Pertama sekali, sekiranya sis. ati tak bayar PTPTN (degree) punya. Ia akan ada peningkatan dari baki yang tinggal. Jadi, sekiranya selama 2 tahun Sis. Ati tidak membuat sebarang bayaran maka selama 2 tahun juga caj perkhidmatan akan dikenakan.

    Nasihat yang saya boleh sarankan ialah:
    – berjumpa dengan pihak PTPTN untuk penangguhan bayaran (bawa sekali offer master untuk pihak PTPTN buat rujukan).
    – membuat pinjaman tanpa caj dari keluarga.
    – cari sumber pendapatan (kerja part time..etc)

    Sekiranya pihak PTPTN ada memberi kelonggaran untuk menangguhkan pembayaran yuran degree, maka anda mempunyai jangkamasa waktu untuk membina wang sampingan ketika belajar. Boleh mula menyimpan sambil melabur. Harap itu membantu.

  6. salam sis.

    nak tanya.

    1) kalau sy bayar setiap bulan lebih dr yg disyorkan, adakah akan berkurang tempoh bayaran sy?

    2) kalau sy bayar rm1k ransom utk 3 bulan terus boleh ke? adakah ianya bagus utk membuat bayaran seperti di atas? atau bayar pada setiap bulan?

    tqπŸ™‚

    • Salam sis, untuk pengetahuan saudari saya ni lelaki.πŸ™‚

      Berkenaan soalan sis suri, sekiranya sis sudah membuat Ujrah maka cari ini tidak terpakai kerana Ujrah telah membuat kiraan tetap. Lagipun, dengan 1% caj perkhidmatan, tidak perlu tergesa2 membayar dengan cepat (bayar dengan jumlah yang ditetapkan). Lebih baik lebihan wang itu dilaburkan dalam pelaburan seperti AHB, TH @ ASB.

      Jawapan ini hanya boleh digunapakai untuk pinjaman yang tidak melibatkan Ujrah
      Jawapan Soalan 1: Ya, akan berkurangkan tempoh kerana caj perkhidmatan di kira pada setiap bulan. Saudari boleh menyemak penyata secara ‘online’.

      Jawapan Soalan 2:
      1. Bagus sekiranya graf bayaran berubah2. Sebagai contoh, bayaran minima adalah RM150 setiap bulan. Selepas saudari membayar secara konsisten selama beberapa bulan, saudari ada lebihan duit untuk bulan itu..maka saudari membayar RM1000. Untuk bulan seterusnya, saudari kembali membayar RM150 secara berkala.
      2. Tidak bagus sekiranya saudari membayar RM1000 untuk bulan itu sahaja. Dan untuk bulan seterusnya, saudari tidak membuat sebarang bayaran. Maka saudari akan dikenakan juga pertambahan bayaran caj perkhidmatan pada bulan2 yang tidak dibayar.

      Tips dari saya: Sekiranya saudari sentiasa ada lebihan wang maka saudari boleh membuat cara serampang dua mata iaitu tingkatkan nilai pelaburan simpanan dan membayar wang secara bulanan. Sebagai contoh, saudari hanya lebihkan bayaran RM50 pada setiap bulan manakala saudari juga meletakkan lebihan wang di dalam pelaburan simpanan (AHB, TH @ ASB). Jadi, hutang saudari akan lebih cepat habis manakala wang simpanan juga meningkat. Sekiranya ada pengumuman untuk pemberian diskaun yang banyak oleh pihak PTPTN, memungkinkan saudari menggunakan teknik lumpsump. Kalau tak boleh, kekalkan tempo seperti yang saya ajarkan tadi.

  7. salam bro…sy dh byr online ptptn konsisten dri awal tahun lepas sampai tgh tahun ni…ngape ek diskaun 10% xdpt lgi

    • Salam bro azim,

      Sepatutnya tuan kena bertanya kepada pihak PTPTN untuk isu ini disebabkan saya tidak terlibat atau berkait dengan pihak PTPTN. Cuma saya cadangkan anda mencetak transaksi online untuk memudahkan urusan walaupun pihak PTPTN ada sistem komputer.

  8. terima kasih atas segala maklumat dan penerangan, kadang2 tanya pegawai kat kaunter ptptn pasal ujrah ni diorang pon tgagap2 nk jwb, dgn baca blog ini,saya dah dan tahu apa yg perlu dibuat dengan pinjaman ptptn saya.terima kasih atas ilmu yg bermanfaat ini. semogha diberkati Allah.

  9. nak tanya, antara selesaikan pinjaman PTPTN secara ujrah selama 10 tahun atau buat personal loan dan full settlement pinjaman PTPTN..mana yg lebih baik dari segi perancangan kewangan?

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s