Pembiayaan Perumahan Islamik di Malaysia

rumahTerima kasih di ucapkan kepada para pembaca yang setia membaca blog ini dan minta maaf juga kerana anda mungkin tertunggu-tunggu untuk saya mengemaskini informasi-informasi yang berilimiah. Insya’allah.

Sewaktu saya mencari-cari pembiayaan perumahan dahulu, kedengaran juga bahawa pembiayaan secara islamik ini adalah mahal jika dibandingkan dengan pembiayaan perumahan konvensional. Mungkin pada waktu itu, tidak banyak pembiayaan islamik yang ditawarkan oleh pihak-pihak bank di Malaysia. Ini merupakan satu cabaran kepada saya untuk mencari pembiayaan islamik yang sesuai dengan kehendak poket saya. Dari situ, saya mula mencari infomasi mengenai pembiayaan islamik dan saya mencari juga apa kelebihan pembiayaan konvensional. Ternyata, pada pengiraan awal.. pembiayaan konvensional ada kelebihan. Tapi alhamdulillah, selepas permintaan kepada pembiayaan islamik dari pengguna seperti saya ini, maka terbitlah 2 jenis pembiayaan islamik iaitu Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Ketika pelancaran pembiayaan perumahan islamik, banyak kaedah secara Bai’ Bithaman Ajil (BBA) di guna pakai. Pada waktu itu, pembiayaan BBA adalah jalan keluar untuk masyarakat islam dari mengelakkan riba pembiayaan. Tapi hakikatnya, pada waktu itu.. pembiayaan ini masih lemah dan dilihat agak menindas kepada pembiayaan. Alhamdulillah, sekarang pembiayaan ini sudah dinaiktaraf mengikut tekanan pemimjam. Mungkin anda pening dan keliru dengan terma-terma BBA dan MM. Jadi untuk memudahkan anda dari membelek-belek google dan mengaru-garu kepala, biar saya buat penerangan semudah ABC.

Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
– akad di buat dari keseluruhan pembiayaan + keuntungan pembiayaan.

– kadar Base Financing Rate (BFR)
digunapakai. Pembiayaan konvensional akan menggunakan Base Lending Rate (BLR). Pada waktu ini, kadar BFR dan BLR adalah 6.6% setahun.
– kadar keuntungan juga akan berbeza sekiranya kadar BFR ini berubah-ubah tetapi selalunya pihak bank akan memberi anda takat siling BFR. Sebagai contoh: Bank A kadar takat siling sehingga 10% dan kemungkinan bank B kadar takat siling 11%. Sekiranya kadar BFR lebih dari harga takat siling ini, lebihan BFR akan ditanggung oleh bank. Jadi, anda harus meneliti dari banyak bank tentang ini.
– kadar keuntungan selalunya sama sahaja sehingga pembiayaan pinjaman selesai.

Musyarakah Mutanaqisah (MM)
– akad dibuat berdasarkan perkongsian. Sekiranya anda membayar 10% dari jumlah pinjaman, maka itulah perkongsian anda iaitu 10% anda + 90% bank.
– kadar Base Financing Rate (BFR)
juga digunapakai.
– kadar keuntungan berubah mengikut jumlah baki pembiayaan anda.
terdapat semi flexi atau full flexi

Sekiranya anda tanya saya pembiayaan mana yang saya akan pilih, saya akan beritahu bahawa BBA adalah sesuai untuk anda yang tidak mahu fikir tentang kenaikkan atau penurunan BFR, dengan kata lain..pembayaran pembiayaan anda akan sama sehingga tamat pembiayaan. Sekiranya anda tidak kisah tentang naik turun BFR, MM adalah sesuai untuk anda kerana pembayaran pembiayaan berubah-ubah berdasarkan kadar BFR dan baki pembiayaan.

“Tetapi saya lebih mengemari kadar pembiayaan MM, kerana ada tips dan trick dengan pembiayaan ini.”

6 comments on “Pembiayaan Perumahan Islamik di Malaysia

  1. Salam.. Saya tertarik dgn artikel saudari tentang MM dan BBA. One solid question from me; are these two MM and BBA are guarenteed RIBA free? Saya masih keliru tentang kewujudan BFR dan BLR dlm sistem ini. Sefaham saya yg ilmu tak sampai sejengkal ini, keuntungan yg dikaut melalui tangguhan masa adalah riba.

    Minta maaf, bukan niat nak berdebat. Seikhlas hati saya mahu pencerahan jika saudara tahu tentang hal ini. Mmg saya sibuk menggoogle sini dan sana. Dan masih lagi keliru disebabkan ader interest tahunan atas pinjaman. Wallahua’lam.

    Wassalam

    • Wa’alaikummussalam dan Assalamualaikum kembali kepada saudara/saudari zaitul..

      Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi bertanyakan satu soalan yang menarik. Ok, terlebih dahulu biar saya kupaskan mengenai pembiayaan secara BBA dan MM.

      Secara ringkasnya apabila seorang pemimjam mengambil pinjaman BBA, ia akan melalui satu akad di mana harga rumah + keuntungan yang di ambil oleh pihak bank. Selalunya bank akan jadikan jumlah siling sebagai akad iaitu harga rumah + harga siling = jumlah pinjaman. Setiap bulan akan ada pengurangan @ rebet selagi mana kadar BFR tidak melepasi harga siling.

      Pinjaman MM pula mengamalkan konsep pada jumlah baki pada setiap bulan. Jadi ia lebih merujuk kepada akad berdasarkan baki bulanan.

      Pada pengamatan saya, konsep perbankan islam semakin hari semakin dikemaskini. Dan pelbagai isu sudah diambil mengenai haram, harus dan halal mengenai sesuatu pinjaman. Mungkin saudara/saudari berpegang kepada “berapa yang dipinjam dan begitulah juga yang harus dibayar”. Isu ini boleh digunapakai sekiranya tidak melibatkan urusan jual beli. Sebab itu, istilah pinjaman perumahan selalunya merujuk kepada bank beli dahulu daripada pemaju dan pemimjam akan membayar secara tangguh @ ansuran. Sebab itu wujudnya satu akad supaya kedua-dua pihak faham tentang perjanjian tersebut jadi ini tidak wujud riba kerana ia urusan jual beli, bukannya urusan pinjaman duit. Jadi ia melibatkan transaksi jual beli antara bank & pemaju, kemudian belaku transaksi jual beli antara pemimjam & bank secara tangguh.

      Secara logiknya, sekiranya bank tidak mengambil sebarang untung @ caj kepada pinjaman mereka, bagaimana pihak bank ingin membayar sewa, gaji pekerja..etc. Begitulah juga sekiranya saudara/saudari melakukan perniagaan jual beli.

      Di dalam satu-satu institusi perbankan, akan ada badan-badan yang terlibat mengenai isu pinjaman ini dan mereka juga merujuk kepada keputusan dari pelbagai pihak untuk memberi satu-satu pinjaman secara islamik. Sekiranya saudara/saudari merasa musykil mengenai isu ini. Saudara/ saudari boleh merujuk kepada pautan ini.

      http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/808-bank-islam-tiada-di-zaman-nabi-a-sahabat–perlukah-kini-.html

      http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/778-bolehkah-bank-islam-guna-kadar-riba-blr.html

      http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/544-80–rakyat-terlibat-riba-a-adakah-mesti-cash-untuk-elak-riba.html

      Harap ini dapat memberi pencerahan kepada saudara/saudari.

  2. Menurut bank harga yang dipersetujui tidak boleh dikurangkan sebab haram berbuat demikian. Adakah hadis/nas bahawa harga dalam BBA tidak boleh dikurangkan?

  3. Sebenarnya penyataan saudara/saudari iaitu “Menurut bank harga yang dipersetujui tidak boleh dikurangkan sebab haram berbuat demikian”, mungkin terdapat kesilapan pemahaman. Ia boleh dikurangkan dengan syarat, saudara/saudari menyelesaikan pinjaman tersebut dari tempoh yang ditetapkan dan memenuhi perjanjian yang telah ditandatangani. Namun, jumlah pengurangan adalah terpulang kepada pihak bank (pemberi pinjaman).

    Harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded’, masih boleh dikurangkan dengan syarat:
    ·Potongan diskaun atau ‘rebate’ datang dari pemberi pinjaman/pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.
    · Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak pemberi pinjaman/penjual untuk menentukan.

    “Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara’ dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal.

    Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis.”

    Riwayat Hadis

    Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi

    فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا

    Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai.

    Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)

    Untuk lebih pemahaman, saudara/saudari boleh pergi ke link ini:

    http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/810-bank-islam–boleh-bagi-diskaun-atau-tidak-.html

    Nota kaki: Pihak bank selalunya memberi potongan pada caj dari jumlah pinjaman dan bukanlah harga prinsipal. Harap dapat membantu.

  4. Assalamualaikum.. sy Akmal dari Salak Tinggi.. nk tny kenapa tuan lebih tertarik dgn MM? apakah trick dan tips drpd pembiayaan tersebut?

    • Wa’alaikummussalam Akmal..

      Isu utama yang menjadikan MM lebih menarik daripada BBA kerana:
      – Ada mempunyai kuasa untuk memanipulasi pinjaman yang berasaskan MM

      Namun begitu, sekiranya anda ingin jumlah bayaran yang sama sehingga tamat tempoh pinjaman, maka BBA adalah amat bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda ingin penurunan atau kenaikkan daripada jumlah pinjaman, MM bersesuaian dengan anda. Sebagai contoh.. jumlah bayaran bulanan untuk pinjaman rm37*,*** selama 34 tahun adalah RM1,7**.** sebulan (kaedah BBA) manakala RM1,2**.** sebulan (kaedah MM) @ RM1,7**.** sebulan dengan tempoh pinjaman kurang daripada 34 tahun (kaedah MM)

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s