Bab 2: Kehendak yang memakan diri

Saya meminta maaf banyak-banyak kerana lama sangat tidak menulis sebarang artikel untuk beberapa minggu ni. Kekusutan kerja dan masa yang amat terhad membataskan untuk saya menulis artikel. Ok, seperti artikel yang lepas, saya telah mencapai beberapa kehendak saya iaitu sebuah motosikal buatan Itali iaitu Aprilia RS125 extrema telah saya miliki iaitu setelah 8 tahun memendam rasa untuk memiliki motosikal ini. Sebelum itu, saya telah memiliki sebuah motosikal TZM yang bersesaran 150cc. Tapi ok laa, bab motosikal yang di ingini telah saya miliki. Kira saya sanggup bersabar untuk kehendak saya dalam dunia permotoran. Jadi kehendak inilah yang menyebabkan saya mengambil jalan yang lebih cepat iaitu mengambil “Pinjaman Peribadi”. Sebenarnya semasa saya membeli motosikal TZM, saya sudah mengambil pinjaman peribadi ini. Dengan lebihan wang yang saya ada, saya telah me’modified” motor tersebut kepada sebuah jelmaan aprillia. Ini kerana kehendak moto aprillia amat menebal dalam diri saya. Kesilapan saya ialah saya mengambil hutang dan membelanjakan kepada sesuatu yang susut nilainya. Ini boleh di katakan sebagai “hutang lapuk”. Akhirnya saya terpaksa melepaskan motosikal tersebut kerana atas dasar berada dipersimpangan peribadi. Motosikal aprillia ini merupakan sesuatu yang amat saya sayang tapi memandangkan saya memerlukan modal atas dasar peribadi, saya terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapat sesuatu. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai dengan cara yang baik.

Pada permulaan motosikal, rasanya saya mempunyai banyak lebihan wang. Setiap bulan, boleh dikatakan 25% gaji tidak terusik tapi pada masa itu, takde rasa untuk menyimpan. Lebih kepada membelanjakan kepada benda yang tidak perlu. Handphone bersilih ganti, aksesori motosikal dan sebagainya saling bersilih ganti. Tapi semuanya makin berubah apabila memiliki sebuah kereta. Kesilapan saya kerana memilih untuk tidak mengukur wang di poket sendiri. Sebenarnya saya bukanlah berkehendak sangat dengan kenderaan yang bernama kereta ni, jiwa saya lagi kuat sebagai “bikers”. Tapi saya fikir untuk masa depan, satu kesilapan yang salah kerana memilih lagi sesuatu yang susut nilai tapi tidak menggunakannya seratus peratus.

Dengan gigitan kehidupan di Kuala Lumpur yang serba mahal dan termasuk kos parking, minyak serta tol menyebabkan saya memilih jalan pintas lagi iaitu mengambil satu lagi pinjaman peribadi dari sebuah bank.Kalau dikira, saya sudah memiliki 2 pinjaman peribadi dan dua liabiti kenderaan. Dengan peningkatan gaji, semakin banyak yang saya membeli kehendak. bak kata orang-orang tua, semakin besar periuknya, semakin besarlah keraknya. Memang saya akui kebenaran pepatah orang-orang tua. Lama-kelamaan, hutang dan kos hidup semakin meninggi. Boleh dikatakan pada waktu itu, semuanya betul-betul cukup makan. Duit gaji hanya habis untuk hutang pinjaman peribadi dan hutang kereta. Ini telah membuatkan hutang saya berada diparas hidung. Sedikit turun, air hutang akan masuk ke dalam hidung. Fuh, kalau di fikir kembali.. sungguh terseksanya waktu itu. Sudah taknak kembali ke zaman tersebut kalau terfikir kembali.

Semuanya berjalan dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun tanpa sebarang simpanan. Ada juga cuba-cuba untuk menyimpan tetapi akan di keluarkan kembali apabila ada keadaan yang di luar jangkaan. Dengan umur yang makin meningkat dan kadar simpanan yang “telur ayam”, sudah tentu semakin terseksa jadinya. Saya ada juga mengambil kad kredit tetapi alhamdulillah, saya tidak menggunakan sampai maksimum kad kredit tersebut. Saya menjadi celik sedikit pasal kad kredit kerana ada kawan-kawan yang sudah penuh 2 kuota kad kredit. Dari penceritaan merera menyebabkan saya amat berhati-hati dengan kad kredit.

Ok, di sini saya tuliskan kembali hutang-hutang dan liabiliti yang saya miliki pada ketika itu:
– pinjaman peribadi dari bank rakyat
– pinjaman peribadi dari bank al-rajhi
– motosikal yamaha TZM –> motosikal aprilia RS125
– kereta
– kad kredit CIMB

Boleh dikatakan nilai hutang saya pada waktu itu sudah mencapai RM80,000 secara kasar dan tidak dikira dengan jumlah “interest” yang dikenakan. Jumlah simpanan adalah kosong. Eh, saya terlupa.. saya ada sedikit simpanan iaitu RM50 dalam ASB. Itupun hasil ehsan ayah saya untuk membuka akaun ASB. Hehe.

Kalau di fikir kembali, ingin dipusingkan kembali roda kehidupan yang terdahulu. Tapi memandangkan angan-angan itu takkan hadir dan boleh dikatakan mustahil, jadi saya berpijak di bumi yang nyata. Itu adalah sejarah hitam dan saya harus mencorak kanvas masa depan dengan berus kehidupan saya sendiri. Di artikel yang ke depan, akan saya ceritakan bagaimana saya overcome kembali hutang-hutang saya ini.

6 comments on “Bab 2: Kehendak yang memakan diri

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s