Bab 1: Tiada Kehendak, Tiada Kemajuan

Hmm… Di dalam bab 1 ini saya akan menceritakan serba sedikit kisah silam saya sebelum saya menceritakan perkembangan demi perkembangan di dalam bab-bab yang lain. Biar saya membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak dan remaja saya. Boleh dikatakan pada waktu itu saya tidak tahu langsung apa itu ASB, pelaburan dan lain-lain yang untuk mengembangkan duit. Bagi saya, ‘enjoy the day’. Jadi pada waktu ini, tiada sebarang mentor mahupun ilmu yang saya dapat untuk melaburkan duit untuk sebarang pelaburan.

Boleh dikatakan saya suka melepak-lepak di rumah kerana pada wakti kecil, ummi saya amat melarang saya untuk bertandang ke rumah kawan-kawan sekolah. Lama kelamaan, fenomena ini sudah menjadi kebiasaan. Memang saya boleh melepak dalam rumah selama seminggu, takde masalah. Apabila membawa ke remaja dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, saya hanya tahu bermain bola sepak dan permainan arked. Pada waktu itu, permainan arked amat murah. Sekadar 20 sen untuk satu ‘nyawa’. Pada waktu itu, permainan “Street Fighter” dan “Snow Ball” adalah permainan kegemaran anak-anak muda. Boleh dikatakan saya akan bermain permainan ini dengan baku duit sekolah. Menabung memang takde laa dalam kamus hidup. Tarikan permainan arked memang tinggi pada waktu itu. Tabung DIY memang ada, tapi selalunya tidak berisi dengan duit lebihan belanja makan di sekolah hari-hari.

Semasa saya mendapat keputusan PMR yang agak baik, saya mula ingin keluar dari negeri kelahiran dan meninjau negeri-negeri di semenanjung. Pada asalnya saya memilih Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (Kedah) sebagai pilihan pertama. Pada waktu itu, keputusan yang saya dapat tidak memungkinkan saya dapat belajar di MRSM (pada waktu ni amat tau). Sudah tentu Sekolah Menengah Teknik menjadi pilihan dan saya memilih untuk mengambil Mechanical Engineering (berangan-angan untuk jadi engineer sebenarnya). Saya takde laa mengharap sangat tapi sekadar mencuba untuk belajar di sekolah yang berlainan jenis. Tiba-tiba masa saya balik, dapat surat tertulis nama saya. Pada mulanya memang pelik sebab saya ni bukannya ada apa-apa urusan yang formal pun. Sekali bukak surat yang bersaiz A4 ni, yahuuuu…tawaran belajar sudah sampai. Bersorak laa kejap kat rumah dan setentunya ummi saya yang menerima khabar gembira yang pertama ini. Bila dibelek-belek, saya perlu mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Teknik Arau (Perlis). Hmm…betul-betul hujung Malaysia dier kasi ni. Takde masalah pun, janji leh belajar di sekolah lain.

Memandangkan abang sulung saya sudah tahun akhir di ITM (sekarang dikenali dengan UiTM) dalam jurusan business, jadi abang saya lah yang menguruskan urusan pendaftaran di sekolah baru ni. Tapi kalau di ingat kembali, agak lucu cara pemakaian saya pada hari pendaftaran. Pelajar-pelajar baru lain, semuanya kemas berbaju sekolah. Saya pulak, hanya pakai seluar hijau gelap dan berbaju t-shirt polo made in thailand saja. Ohh.. lupa, t-shirt ni berwarna coklat gelap dan berbelang halus hijau. Tapi saya tetap kemas kerana baju tu, saya ‘tuck in‘. Setelah selesai segala urusan pendaftaran, maka bermulalah hidup saya di asrama yang hanya ada kaum lelaki sahaja. Pada waktu ni, takde pun nak fikir sangat hal-hal pompuan tapi lebih kepada main bola dan hang out ngan kawan-kawan je. Rasanya itu je laa lebih kurang kehidupan saya dari zaman kanak-kanak hinggalah tingkatan lima. Tiada kemajuan dari segi menyimpan dan membuat sebarang pelaburan long investment.

Tapi seingat saya, ada satu sahaja sifat positif saya. Jika saya mahukan sesuatu, saya akan kumpul duit dari perbelanjaan bulanan saya. Boleh dikatakan saya ada membeli barangan berjenama adidas dalam beberapa koleksi topi dan beg. Kali ni original punya, takde made in Thailand. Hehe. Lesen motosikal pun, adalah hasil menyimpan juga. Kira ok la, tak nyusahkan ayah dan ummi. Boleh dikatakan saya ni jenis ‘independant‘. Di umur muda belia ni, saya meminati jentera dua roda. Amat meminati…walaupun pada waktu saya menaip perihal artikel ini. Bukan calang-calang kehendak saya ni, sebuah motor replika racing dari MotoGP. Rasanya ramai yang tahu motor, “aprilia 125 extrema“. Memang motor idaman saya pada waktu itu, sekarang pun ada lagi perasaan teringin tu. Itulah kehendak saya yang paling mahal pada waktu tu. Bukannya murah, sudah mencecah RM2x,xxx. Kalau motor kapcai ni, saya rasa biasa-biasa je. Takde la teringin atau berangan-angan.

Itulah angan-angan yang menjadi kehendak saya untuk beberapa tahun. Nak tahu adakah saya dapat mengapai kehendak ni, saya akan ceritakan lagi di artikel yang lain. Pada permulaan ni, saya kasi anda baca ringan-ringan dulu sebab ni cuma sejarah hidup saya. Tak boleh lah cerita semuanya, kang panjang lak citernya. Hehehe…

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s