Tahun-tahun kejatuhan emas

Emas merupakan satu logam yang amat bernilai dalam kehidupan dunia. Untuk wanita, emas adalah perhiasan. Untuk sebuah negara, ia menjadi ukuran kekayaan. Memandangkan sebagai umat islam, orang lelaki adalah haram untuk memakai barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas. Oleh itu, saya mula berfikir (sebenarnya dah lama fikir tapi pada ketika itu, poket selalu bocor) apa salahnya saya menganggap diri ini sebagai sebuah kerajaan. Perlunya ada emas sebagai satu pelaburan jangka panjang. Sebelum ini, kita selalu dimomokkan dengan kenaikkan emas sehingga ada yang berkata seolah-olah emas itu tidak akan jatuh harga nilainya. Saya menyangkal 100% bahawa nilai emas tak akan jatuh. Seperti ekonomi yang ada kitaran turun naik, emas juga ada kitarannya.

Selalunya saya tidak akan menerima sesuatu pelaburan secara membuta tuli. Ini kerana wang saya, jadi saya harus mempunyai hak untuk memilih pelaburan yang terbaik terhadap wang saya. Jadikan anda sebagai tuan kepada wang anda, bukannya wang menjadi tuan kepada anda. Persepsi ini akan mengubah kuasa anda terhadap wang. Ok sebelum saya melencong pasal wang, baik saya setkan kembali kepada emas. Saya mendapat graf ini melalui laman sesawang http://www.kitco.com/. Di sini, saya banyak membaca pelbagai berita mengenai apa sahaja logam yang wujud sebagai salah satu ‘term’ kepada bakul pelaburan saya.

Seperti yang saya nyatakan, apa sahaja ilmu yang saya ada, saya akan kongsikan kepada anda. Jadi, sekiranya anda ingin membuat pelaburan emas. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda menyimpan wang untuk dapat membeli emas pada harga yang rendah. Untuk mendapat harga yang terbaik, eloklah sekiranya anda membaca serba sedikit tentang apakah situasi-situasi dunia dan tempatan yang akan memberi kesan terhadap harga emas. Pada tahun 2012, merupakan salah satu tahun ‘pembetulan’ kepada emas. Jadi, standby and standy. Kutip ilmu untuk pelaburan anda dan kemudian GO.** Jangan terlalu mempercayai apa yang orang kata, sebaliknya kaji dahulu baik buruknya sesebuah pelaburan itu. Sekarang amat mudah, cuma cari dan cari untuk mendapat sebarang informasi tentang pelaburan yang anda pilih nanti.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s