Kesibukkan yang melanda dengan 3D HD view scene (freelance job)

Rasanya sudah beberapa minggu saya tidak ‘update’ blog ni. Ini kerana kekangan masa dan jugak otak yang tak dapat berfikir secara sukarela. Kalau dipaksa update sudah tentu nampak tak menarik bukan. Ok, berbalik kepada kesibukkan yang melanda dengan keje freelance ni, rasanya saya kembali ke zaman freelance kembali. Dahulu memang ada buat kerja-kerja freelance tapi banyak yang tak di bayar dari yang berbayar. So lama ke lamaan, ke’feed up’an mula melanda diri. Hehe. Rasanya hampir 2 tahun, saya tidak memikirkan pasal kerja-kerja freelance ni.

Berbalik kepada kerja freelance yang terkini, bagi saya kalau tak dapat payment pun takpe. Bagi saya, ilmu yang dapat lagi bernilai dari payment yang dapat. Nak tahu kenapa? Anda biasa tengok tv led yang leh tengok 3d view? Mudah sahaja nak tahu, kalau 3d view di’active’kan, dengan mata biasa kita akan melihat seolah-olah imej/video itu berbayang. Selalunya akan terdapat 2 bayang pada setiap gambar. Jadi untuk mendapatkan 3D view, anda akan dibekalkan dengan kacamata stereoscopic. Harap-harap betul ejaan stereoscopic tu. Hehe. Bila di aktifkan, anda akan dapat melihat objek tersebut timbul. Rasanya banyak movie-movei sekarang yang ada 3D view ni. Selalunya datang dari Hollywood. Ok, nampak menarik bukan. Pernah tengok teknologi ini di bawa ke movie-movie Asia, rasanya belum ada. Ini yang membuatkan sifat keterujaan untuk buat kerja ni datang kembali. Hehehe. Ilmu baru dengan market yang baru.

Bagi saya, memang baru sesangat dengan teknologi ini. Dan apabila saya terlibat dengan proses membuatnya, saya jadi lagi teruja. Yelaa, baru tahu bagaimana effect 3d view ni tercipta. Pada mula mendapat kerja ni, memang tanya member sana sini yang terlibat dengan 3D rendering. Tapi semuanya hampa, takde satu pun. Jadi saya kata ini sudah bagus. hehe. Belajar benda yang member-member pun tak tahu. Kalau nak jual kat kompeni-kompeni, mmg best ni. Hehehe. Jadi bermula lah hari pertama buat kerja freelance ni, hari pertama memang mata berpinau dan otak kena perah sampai kering kontang bak gurun sahara. Tinggal sikit sahaja saki baki oasis di dalam otak ni. Hahaha.. Bagi saya, objek yang ber’perspektif’ agak senang untuk dijadikan 3D view ni. Kalau kena yang flat, memang fail. Tengah cari penyelesaian macam mana nak ‘counter’ masalah yang ada ni. Harap-harap Allah permudahkan.

Hari berikutnya adalah agak mudah kerana resepi untuk perspektif view dah dapat. Godek sana godek sini, cuit sana cuit sini. Tengok effect 3D view ada, kira jalan aa. Puas hati dapat hasil, nasib baik kompeni tu provide PC yang power untuk buat benda-benda ni. Takde laa lama sangat me’render’ output walaupun menggunakan saiz movie yang besar iaitu High Definition Size. Kalau harap PC kat rumah yang dah berusia lebih 5 tahun tu, mau terbakar jadinya. Hehe. Memandangkan kerja-kerja ni boleh dikatakan saya sorang-sorang yang buat, so kena lah pandai-pandai nak hidup untuk belajar benda baru ni (klien cuma check dapat tak 3D view tu atau tak). Nak kata penat tu, memang ada. Yelaa.. lepas kerja kat ofis, sambung pulak kerja freelance ni kat kompeni tu. Balik rumah memang lebih dari jam 1 pagi aaa. Balik rumah memang bersihkan apa-apa yang patut, pastu lena aa. Esok pagi rutin yang sama. Tapi nasib baik dateline tak lama tapi amat pendek untuk aku godek itu ini. Harap-harap dapat saya settlekan secepat mungkin. Lagi cepat siap, lagi cepat dapat payment.

Jadi setakat ini sahaja yang saya update untuk hari ni, Nanti-nanti saya akan update lagi apa kesudahannya. Adios to all.🙂

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s