Saya tetap akan bekerja makan gaji walaupun saya seorang jutawan

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak lama tidak memuat kini artikel-artikel atau tips-tips dari sudut pandangan saya kepada anda. Hmm.. anda tentu hairan kan mengenai tajuk artikel ini. Tentu anda fikir kenapa perlu bekerja walaupun bergelar jutawan. Sudah kaya raya, mengapa mahu bekerja lagi. Baik goyang kaki di rumah sahaja, lebih aman dan tidak ada sesiapa akan menganggu anda. Di sini saya akan rungkaikan serba sedikit kenapa saya tetap bekerja makan gaji walaupun saya seorang jutawan.

Pendapatan yang Tetap
Sudah tentu ini sesuatu yang amat positif. Anda mempunyai pendapatan tetap. Tidak kira sebesar mana atau sekecil mana gaji yang di beri, tapi ia merupakan bayaran yang tetap. Ini memberi satu rekod yang bagus kepada kewangan anda. Dan lagi bagus, ia mencantikkan rekod kewangan anda kepada bank. Tidak kira walaupun wang itu masuk pada hari ini, tapi keesokkan sudah kosong. Eh, terlupa saya..kena ada RM10 bagi minima. Hehe. Ia menunjukkan ada nya transaksi keluar masuk. Itu yang bank mahu lihat.

Di tambah pula anda tidak risau kerana anda tahu diperhujung bulan, anda akan mendapat gaji. Tidak kira sekecil mana jumlahnya. Kalau besar lagi bagus bukan… Yang penting, ia pendapatan yang tetap. Jadi sudah tentu saya tetap makan gaji kerana ada pendapatan yang tetap. Bagus bukan!!

Bonus setiap bulan
Pernahkan anda mencetak atau melihat akaun KWSP anda?? Jika belum, anda harus berlari pantas ke cawangan KWSP yang terdekat untuk melihat penyata ini. Saya bergurau sahaja, anda boleh melihat penyata ini walaupun anda tidak bergerak seinci pun dari meja anda. Gunakan kemudahan online, mudah dan cepat.

Ok, sekarang anda lihat pada syer majikan. Anda akan perhatikan bahawa syer majikan akan melebihi dari syer anda sendiri. Itu bagus bukan.. Untuk pengetahuan anda, syer majikan yang harus di bayar kepada pihak KWSP adalah 12% (dahulu) dan telah mendapat peningkatan kepada 13%(2012) pada gaji kasar anda. Untuk gaji yang melebihi RM5000, syer majikan masih menggunakan peratusan yang lama iaitu 12%. Ini sudah bagus, setiap bulan anda dapat bonus. Sekiranya gaji anda RM500, syer majikan anda adalah RM65 sebulan. Kalau di darab untuk setahun, anda telah mendapat bonus RM780!! Tapi setentunya duit ini anda tidak boleh keluarkan seperti duit gaji anda. Ada beberapa cara anda boleh mengeluarkan sebahagian wang bonus anda ini pada akaun 2. Sila rujuk kepada laman sesawang KWSP: http://www.kwsp.gov.my/index.php

Memudahkan urusan kredit
Sekiranya anda ingin memberi pinjaman kepada seseorang, apakah kriteria pertama yang anda pilih. Setentunya anda akan berkira-kira adakah seseorang itu mampu membayar kembali pinjaman itu kepada anda bukan? Tapi bagaimana anda boleh mengetahui seseorang itu mampu membayar duit pinjaman anda. Aliran tunai seseorang itu akan diguna pakai bukan. Jadi itu juga yang jadi kayu ukur kepada pihak bank untuk memberi pinjaman kepada anda. Dengan adanya aliran gaji keluar masuk yang tetap, ini menjadi satu kayu ukur kepada pihak bank untuk memberi sebarang pinjaman kepada anda. Sekiranya anda belum ada membuat sebarang trasaksi pinjaman, buatlah satu akaun yang mempunyai trasaksi aliran masuk duit. Ini memudahkan anda di kemudian hari.

Pernah terjadi kepada kawan saya di mana dia tidak boleh membuat pinjaman untuk membeli sebuah kereta walaupun dia tidak ada sebarang komitmen kepada pinjaman oleh mana-mana bank. Pelik bukan. Pihak bank menyatakan bahawa pihak bank menolak permohonan kawan saya ini kerana kawan saya ini tidak pernah mengambil apa jua pinjaman dari pihak bank, kad kredit dan apa sahaja yang berkaitan dengan aliran keluar masuk  duit. Jadi jelas, anda haruslah ada satu transaksi aliran duit keluar masuk sebagai aliran rekod kepada pihak bank dan bank negara. Biarlah rekod itu sesuatu yang baik yer, bukan blacklist atau muflis. Hehe.

Jutawan juga akan bekerja
Ok, ini sesuatu yang anda boleh lihat disekeliling anda. Anda cuba tengok kenapa ‘millionaire’ atau ‘billionaire’  tetap akan bekerja walaupun sudah kaya raya. Ini kerana mereka akan terus bekerja kerana mereka tahu peluang yang ada apabila bekerja. Jadi anda haruslah mengikut jejak mereka. Mereka mengambil peluang dari apa yang ada. Sebab itu anda lihat mereka semakin kaya. Anda tentu seronok sekiranya wang masuk anda dari pelbagai punca. Inilah yang diamalkan oleh orang-orang kaya. Silap-silap ada sebahagian kos hidup anda akan ditanggung oleh syarikat. Sebagai contoh: elaun minyak, kos perubatan untuk keluarga, insurans dan pelbagai lagi. Syarikat kawan saya telah memberi subsidi untuk kos pembaikan kenderaan. Sudah bagus bukan, memandu kereta tanpa risau tentang kos menyelenggaranya. Cuba anda lihat di dalam majalah, ramai bilionaire masih bekerja sebagai CEO di sesebuah syarikat, kadang-kadang bukan satu tetapi lebih dari 5 syarikat. Gajinya bukan calang-calang tu… Ok, bebalik kepada alam nyata. Kalau anda orang kaya, anda takkan ada masa untuk membaca blog saya. Bagi saya, jika anda ingin menjadi kaya.. berfikirlah seperti orang kaya dan belajarlah dari orang kaya.

2 comments on “Saya tetap akan bekerja makan gaji walaupun saya seorang jutawan

  1. Pasti seronok ada duit banyak. Senang urusan. Aku susah takda duit . 30/10 ni
    aku nak guna duit Rm 5000.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s