Perbezaan Cara Bayaran 1% (Ujrah) dan 3 % Pinjaman PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh saya simpulkan sebagai sebuah badan kewangan yang memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pelajaran iaitu kolej mahupun universiti. Saya juga tidak terlepas untuk mengambil pinjaman ini pada tahun 2007 kalau tidak silap saya.

Dahulu, memang saya tidak tahu bahawa PTPTN akan mengenakan ‘interest’ pada setiap jumlah pinjaman untuk pelajaran. Rasanya memang ramai yang tidak tahu seperti saya sebelum ini kan? Mesti ramai yang beranggapan bahawa pinjaman PTPTN seperti pinjaman MARA / biasiswa dan bukannya seperti pinjaman kewangan bank cuma berbeza jumlah keuntungan yang di ambil. Seperti yang anda tahu, pihak PTPTN telah mewar-warkan bahawa anda boleh menukarkan dari pinjaman yang 3 peratus (konvensional) kepada bayaran ujrah 1 peratus (islamik). Jadi sudah tentu anda akan berkata lebih bagus saya membayar menggunakan ujrah kerana 1% kan. Sebenarnya ada istilah-istilah teknikal yang akan saya ceritakan kepada anda.

Kos pentadbiran yang dikenakan
Pertama kali anda jangan tertipu dengan kadar interest yang di beri. Ujrah mengamalkan jumlah 1% kepada jumlah pinjaman keseluruhan pertama anda dan akan dikenakan kepada keseluruhan bulan jangkamasa pinjaman anda. Sebagai contoh, anda mengambil pinjaman sebanyak RM10,000. Jadi 1% akan dikenakan kepada RM10,000 iaitu RM100. Kemudian ia akan dibahagi kepada 12 bulan iaitu RM8.30. Itulah jumlah ‘kos pentadbiran’ yang akan diambil untuk jangkamasa pinjaman anda. Sekiranya 20 tahun (240 bulan) bersamaan RM8.30 x 240 = RM1,992 (kos pentadbiran). Kadar ini akan sama walaupun jumlah prinsipal pinjaman anda telah berkurangan.

Ini berbeza pula dengan kadar 3% yang dikenakan oleh pihak PTPTN sebelum ini iaitu di mana 3% itu dikenakan pada jumlah prinsipal yang ada tinggal. Semakin rendah prinsipal anda, semakin sedikit jumlah yang ‘kos pentadbiran’ yang dikenakan. Sebagai contoh, anda meminjam sebanyak RM10,000. Jadi 3% akan dikenakan pada baki jumlah yang pertama dan dibahagi kepada 12 bulan. Sebagai contoh RM10,000 x 3% bahagi 12 bulan = RM25 (bulan pertama). Anda nampak tinggi kan? Katakan anda telah membayar  RM5,025 sebelum bulan kedua. Maka kiraan untuk bulan kedua ialah RM10,025 – RM5,025 = RM5,000. RM5,000 x 3% bahagi 12 bulan = RM12.50 (bulan kedua). Anda boleh lihat perbezaan pembayaran ‘kos pentadbiran’ yang telah dinyatakan.

Secara singkatnya, 1% (ujrah) mengamalkan satu kali kiraan pada jumlah pinjaman pertama dan akan dikenakan kepada keseluruhan jangkamasa pinjaman. Kalau kadar ‘kos pentadbiran’ adalah RM8 ringgit makan ia akan kekal selama 240 bulan anda. Sekiranya anda mengambil 3% maka ia dikenakan kepada jumlah baki pinjaman pada setiap bulan. Kos itu akan berkurangan seiring dengan jumlah pinjaman anda.

Pendapat dari saya
Sekiranya anda ingin membayar pada jangkamasa yang pendek, saya syorkan anda tidak perlu menukar kepada sistem ujrah. Sekiranya anda ingin membayar pada kadar minimum sahaja setiap bulan pada jangkamasa yang ditetapkan, ujrah adalah jawapannya. Jangan tidak membayar pinjaman anda kerana setiap bulan ‘kos pentadbiran’ ini akan dikenakan kepada anda pada setiap bulan.

Saya mengekalkan kepada 3% kerana saya ingin menghabiskan jumlah pinjaman saya secepat mungkin. Dengan hanya membayar lebih dari yang disyorkan oleh pihak PTPTN, saya berjaya memendekkan jumlah pinjaman sekurang-kurangnya sebanyak 10 tahun.

Pada pengamatan saya, Ujrah ini memberi fix payment kepada pihak PTPTN. Manakala 3% akan menyusutkan jumlah keuntungan pada setiap tahun. Jadi terpulang kepada anda. Kadang-kadang saya tak suka terma-terma islamik yang diperkenalkan oleh pihak pemberi pinjaman kerana nampak indah dari luar tetapi bila diteliti, ada terselit sedikit penindasan.

77 comments on “Perbezaan Cara Bayaran 1% (Ujrah) dan 3 % Pinjaman PTPTN

  1. Klu 3% dan awak bayar 2kali untuk lngsaikn, u hv to pay rm10,037.50. With ujrah 1% dan awak byr 2kali untuk langsaikn, u need to only pay rm10012.46 je. Tetap ujrah lebih murah. Yg membezakannya ialah jngka masa bayaran balik. Lagi cpat byr lg murah. Btol x?😉

  2. Kalau langsaikan…ujrah saya tidak pasti akan bagi rebet ke atas nilai 1% itu kerana ujrah di kira siap-siap beserta nilai pinjaman = jumlah bayaran bulanan. Kalau 3% berdasarkan baki yang ada = jumlah bayaran bulanan. Kalau nak betul2 langsai untuk dapatkan rebat 20% (bulan oktober 2013).. baik bayar sekaligus sebab ia di kira pada baki simpanan. Kalau buat dua kali, memang rugi kalau guna teknik langsaikan 2 kali.

  3. adakah kita diwajibkan bayar ikut jadual yang ditetapkan, atau suka hati kita nak bayar berapa2 pon tiap2 bulan, ikut kemampuan diri. Cthnya: jan 2015 saya bayar rm200, feb 2015 nak bayar lebih sikit, rm300. boleh ke?

    • Sekiranya saudari sudah menukar kepada Ujrah, saudari boleh membayar pada kadar yang telah dipersetujui. Sebagai contoh RM100 sebulan. Ini kerana apabila saudari telah melakukan sistem Ujrah, kadar bayaran bulanan telah diakadkan dan tidak ada kelebihan sekiranya saudari membayar lebih. Lebih baik sekiranya saudari menyimpan lebihan tersebut dan dilaburkan supaya saudari boleh mendapat pulangan yang lebih baik. Ini kerana kadar caj yang dikenakan oleh sistem Ujrah adalah amat rendah iaitu 1%. Walhal pelaburan yang berisiko rendah dapat memberikan pulangan diantara 6 – 8 % setahun.

      • psl 3% tu kn… katakn pinjaman sy 20k.
        bln 1st, sy byar rm500 je… kos ptdbrn tu utk bln 1st 600/12= rm50 ke? jdi baki tgl 19550 btol x? jd bln k2 tu… 19550×3% : kos pentadbiran : 586.5/12 = rm48.875+rm19550 = rm19598.875 kan.? klo klo maintain each month rm500.? step bln k3 still sm mcm tu kn?

        so 2month pon kos pentadbiran dh rm98.875… so agak2 mne lbh mguntungkn.? sbb klo de lbh pd bln tertentu sy nk byr hbis.

        one more, klo x byr lgsung tp konsep 3% mean mcm mn tu 1st month 50. 2nd month dh naik rm50.125 ke.?

      • untuk perkiraan mudah:

        (RM20,000 x 3%)/12 bulan = RM5 (ini hanya bayar interest pada bulan tersebut)

        bayaran interest akan berubah berdasarkan jumlah baki yang tinggal.

        Anda bayar lebih, maka lebih cepat tempoh bayaran tamat. Sekiranya anda tidak bayar pada bulan tersebut, maka caj akan dinaikkan kembali disebabkan caj sudah dimasukkan kembali ke dalam jumlah prinsipal.

        Sekiranya anda maintain bayar RM500, maka prinsipal (bayaran pokok) akan lebih cepat habis.

  4. klau ujrah 1% kena sign documents semua.kat ctu dah di terangkan pembayaran monthly.bukan utk dua atau tiga kali bayar. betul kan? bayar secara berhemah (sbb tolak gaji) ..rendah .. tapi long tenuring. hurm.ape pon pilihan di tangan anda🙂

  5. Assalamualaikum tuan,
    saya baru pertama kali dapat surat peringatan dari PTPTN bulan ini. Saya dah habis belajar dan dalam surat tu kata tarikh mula bayar ialah 1 Jun 2012 . Saya pun dah lupa2 ingat bila saya apply utk bertukar ke Ujrah sebab bila login website ptptpn cuma tertulis Ujrah, tiada konvensional.

    Pinjaman PTPTN saya RM15 ribu.

    Saya juga telah memohon penangguhan bayar balik selama 24 bulan pada tahun 2012. Dan bulan ini saya telah buat pembayaran utk PERTAMA KALI, tapi saya belum mempunyai pekerjaan lagi.

    dalam surat tersebut tertulis Ansuran Bulanan RM137.50 , Upah Pengurusan pembiayaan RM1500, Amaun Tertunggak RM4000.

    Saya telah bayar RM140 sebentar tadi melalui maybank2u. adakah saya telah membayar caj pentadbiran sekali?

    Saya juga tidak tahu sama ada bulan depan saya mampu bayar lagi sebab saya masih mencari pekerjaan. adakah ini memberi kesan kepada pembayaran Ujrah saya? maksudnya saya tidak bayar utk bulan depan, tempoh bayaran balik akan dinaikkan sebulan ? mohon pencerahan tuan. tq.

    • Nampaknya tuan terlalu lama menanam anggur. Hmm.. adalah bagus kerana anda mula mempunyai kesedaran untuk membayar hutang lapuk anda.
      1. Jawapan pertama: terpulang kepada pihak PTPTN untuk menolak lebihan itu kepada amaun tertunggak atau upah pengurusan. Jumlah lebihan adalah amat sedikit. Kemungkinan besar baki tersebut akan ditolak ke amaun tertunggak.
      2. Jawapan 2: Ya, akan memberi kesan kepada rekod bayaran anda. Sekiranya tuan tidak membayar bulan hadapan maka amaun tersebut akan dimasukkan dibawah amaun tertunggak.

      Harap membantu.

  6. bagaimana ingin tahu kadar bayaran setiap bulan pada PTPTN?sbb saya bercadang ingin membuat pemotongan gaji.

    • Kalau dahulu, semasa menerima surat perjanjian.. pihak PTPTN sudah bagi penyata kira2 untuk bulanan. Sekiranya tiada, anda boleh pergi ke cawangan PTPTN untuk mendapatkan pengesahan bayaran bulan dan borang pemotongan gaji.

  7. Saya pelajar Uitm dan baru memasuki sem 2 diploma sepenuh masa. Bolehkah saya menukar pinjaman ptptn kepada pinjaman MARA?

    • Seeloknya cik bertanya dengan pihak MARA sendiri kerana saya tidak terlibat dengan sebarang urusan dengan pinjaman MARA. Dikhuatiri, saya mungkin memberi informasi yang bukan terkini atau salah. Terima kasih.

  8. tuan..saya sangat x paham pasal ptptn ni..boleh terangkan x..saya kene start bayar ptptn pada bulan januari tahun 2015..jumlah pinjaman saya ialah rm15 000…x silap saya setiap bulan perlu bayar rm137.00..setiap bulan saya bayar rm15o tanpa pernah miss..setiap bulan juga ad caj rm12.50 dikenakan..Adakah PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar atau untuk mengaut keuntungan seperti bank yang menawarkan pakej pinjaman beserta faedah?

    • Sekiranya dilihat pada cerita dari saudara/saudari, ia hampir sama seperti kes PTPTN saya dahulu. Saya beranggapan saudara/saudari telah membuat sistem Ujrah kerana melihat pada caj bulanan. Teknik ini bergantung kepada pembayar sebenarnya untuk memilih ujrah atau sistem lama yang caj dikenakan adalah 3%.

      Berkenaan isu penubuhan PTPTN, saya bukanlah orang yang sewajarnya untuk menjawab visi dan misi PTPTN. Tetapi, sekiranya dilihat dari sudut yang lebih positif dan manipulasi, PTPTN hanya ‘percuma’ apabila pelajar memperolehi gred yang bagus (sebab itu anda boleh lihat bangsa lain berlumba-lumba untuk memperolehi gred yang baik untuk mendapat title ‘percuma’) dan sekiranya pinjaman yang diberi dijadikan modal untuk pelaburan, ia amat berbaloi kerana caj yang dikenakan adalah amat rendah jika dibandingkan dengan pinjaman-pinjaman yang ditawarkan oleh bank.

      Memang jika dilihat pada caj-caj yang dikenakan, ramai pemimjam yang sakit hati termasuklah saya dahulu. Bila fikir kembali, sekurang-kurangnya dengan PTPTN saudara/saudari dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa keluarga bergolok gadai harta. Untuk dapat percuma, saudara/saudari harus mendapat gred yang amat baik untuk mendapat title ‘percuma’ atau memilih saluran yang lain seperti pinjaman MARA (ini pun memerlukan gred yang amat bagus).

      Saya bukanlah menyokong pihak PTPTN tetapi kalau PTPTN tidak diwujudkan, adakah kita semua dapat melanjutkan pelajaran tanpa membebankan keluarga? Memang betul, ada yang memang memerlukan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Namun ada juga yang menjadikan pinjaman PTPTN sebagai loncatan untuk bermewah-mewah dengan membeli sesuatu yang sia-sia atau tanpa kawalan.

      Pendapat saya, bayar sahaja pinjaman seperti yang diminta oleh pihak PTPTN (rm137.00) dan gunakan lebihan RM13 untuk membuat simpanan pelaburan (AHB, Tabung Haji, Syer Bank Rakyat, ASB..etc). Gandakan pelaburan tersebut untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa perlu anda mengeluarkan duit pada setiap bulan. Cuba bina jumlah pelaburan dengan lebih cepat. Bagaimana ingin lakukannya? Hanya saudara/saudari yang lebih mengetahui.

  9. Assalamualaikum tuan,
    Baru ni saya semak baki di pejabat PTPTN, ada dalam RM21k lagi hutang saya..pegawai tu cakap saya belum tukar ujrah. Sedangkan saya dah hantar permohonan tahun 2011 lagi. Rupanya belum proses lagi. Geram juga la bila difikir.
    So pegawai tu minta saya tukar. Saya semak dokumen perjanjian ujrah ni, saya tengok hutang saya jadi RM20k. Tapi belum masuk 1% kos pentadbiran. Kalau jumlah keseluruhannya dah jadi almost RM23k…
    Pada hemat saya yang tak pandai kira-kira ni, adalah lebih baik saya tidak tukar kepada ujrah kalau saya kena tambah lagi 2k…Walaupun kos pentadbiran saya sekarang 3%, tapi jumlah tu akan berkurangan selaras dengan baki hutang saya. Dan saya boleh bayar ikut kemampuan saya bulan tu. Sedangkan dengan ujrah saya kena bayar RM200 sebulan secara tetap selama 10 tahun.
    Logik ke pemikiran saya ni tuan?
    Terima kasih (:

    • Wa’alaikummussalam saudari fiza,

      Hmm..kenapa apabila saudari ingin menukar ujrah menjadikan kos bayaran lagi mahal? Ini disebabkan Ujrah akan mengambil pada jumlah awal pinjaman dan bukannya pada baki terkini (kalau dahulu, sistem ini yang digunapakai). Terdapat pro dan kontra sistem ujrah dan cara lama. Ujrah sesuai sekiranya pinjaman masih baru dan anda hanya mahu membayar seminima yang mungkin (jumlah bayaran akan ditentukan oleh PTPTN). Cara lama sesuai sekiranya saudari ingin memendekkan tempoh bayaran dengan membayar jumlah yang lebih. sekiranya membayar secara minima..tidak terlalu menguntungkan. Yang paling baik, buat penyelesaian menyeluruh apabila datang musim diskaun 20%.🙂

      • Terima kasih banyak utk pendapat tuan. Saya memang bayar lebih selama ni, utk cover kos pentadbiran tu. Lagipun memang berhajat nak habiskan cepat hutang. Saya rasa saya lebih suka kekal dgn cara lama. Terima kasih skali lagi

  10. Salam .. tuan.. saya habis belajar pada bulan 5 ..dan baru sahaja mendapat pekerjaan tetap dan baru sebulan bekerja .. saya berkira – kira untuk membayar ptptn pada bulan 1/2016 dan jika saya tukar kadar kos pentadbiran kpd ujrah 1% dan adakah tindakan saya wajar? dalam pengiraan jadual bayaran balik pinjaman yang sy ambil dari laman ptptn.bayaran ansuran ada kenaikan setiap tahun dengan kadar ujrah 1%. mengikut kefahaman saya yang saya baca jika tukar kepada ujrah 1% mengikut kdar yang dipersetujui oleh sya (ikut kemampuan sy) hihihi.. mohon pencerahan .. terima kasih tuan..🙂

    • Salam.. maaf di atas kelewatan membalas. Untuk pengetahuan anda.. apabila mod bayaran sudah dimulakan. Kadar interest @ caj perkhidmatan akan mula berkuatkuasa dengan mengambil kira dari jumlah pinjaman. Jadi, sekiranya cik nursyazwani melewat0lewatkan bayaran dari mod permulaan bayaran maka akan terdapat pada kenaikkan pada jumlah bayaran pinjaman.

      Jika pembayaran belum dibuat untuk pinjaman PTPTN ini, sepatutnya Ujrah memberi lebih manfaat kerana kadar interest yang lebih rendah. Saya ada membuat kesimpulan kelebihan antara Ujrah (1%) dan cara yang lama (3%). Sama-sama dan harap membantu.

  11. Assalamualaikum tuan,

    saya adalah salah seorang peminjam ptptn. jumlah pinjaman adalah dalam rm14k. Sekarang saya tidak mempunyai pekerjaan (pernah bekerja kontrack). soalan saya:

    1) penukaran ujrah 1% pada ketika ini (september 2015)
    -saya bercadang menggunakan kwsp akaun 2 (rm6k) saya untuk menbayar ptptn. dan persoalannya adakah saya akan dikenakan bayaran ketika hendak menukar ujrah selepas membuat bayaran melalui kwsp pada ketika ini (september 2015)?

    • Wa’alaikummussalam Din,
      Anda boleh menukar kepada Ujrah tetapi cara pengiraan bermula dari awal kontrak (selepas itu baru ditolak dari jumlah bayaran yang telah dibuat) bukannya dari baki yang tertinggal. Mungkin anda akan ada sedikit ketidakpuashatian.

      Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk menukar kepada Ujrah. Seeloknya anda pergi berjumpa dengan pihak PTPTN untuk mengetahui perubahan-perubahan yang mungkin berlaku selepas GST.

    • Salam sy nak tanya, kalau sy dh tukar 1%,bermksdud ptptn dh spesikfikan amount kan! Sbg cnntoh rm180 tiap2 bulan, masalhnyer st tidak bekerja, dan sy hanya mampu byr 50 tiap2 Buln, ada tindakan dikenakn ker kalau sy byr min50 tiap2 bulan??

      • Salam. Sekiranya belum bekerja, boleh berjumpa dengan pihak PTPTN untuk menyelesaikan isu ini. Berkemungkinan pihak PTPTN akan memberi tempoh kepada saudari.

  12. As Salam,

    Sekadar bertanya, Jika saya membayar bulanan RM50 shj (bayaran tidak mengikut jadual bayaran)..adakah nama sy akan msok dlm CTOS n CCRIS.

    • Wa’alaikummussalam Helmi..

      Kini sesiapa yang berhutang dengan PTPTN akan mendapat status CCRIS kerana CCRIS merupakan satu laporan yang menunjukkan rekod mengenai jumlah pinjaman, caj yang dikenakan dan sebagainya (dengan kata lain semua pinjaman anda kecuali along, adik beradik..etc). Pihak bank atau anda boleh membuat semakan adakah penyata CCRIS anda cantik @ tidak. Kalau ada tunggakan maka pada rekod pada bulan itu akan ditandakan satu (dah dibetulkan) manakala sekiranya terdapat pembayaran, rekod pada bulan itu akan ditandakan kosong (silap taip daa).

      Anda akan mempunyai rekod CTOS sekiranya anda dikenakan saman @ muflis.

      • saya rasa ade kesalahan disini..jika tiada tunggakan..akan direkodkan kosong dan sebalikya..persoalan saya adalah…jika saya membayar min RM50 shj..
        rekod ccris saya O ataupn 1 pada bulan berkenaan? Jika tidak keberatan, bole tinggalkn no fon en.

      • Terima kasih kerana menegur.. mmg tersilap bgtau 0 dan 1 (dah dibetulkan).

        Maaf, saya kurang pasti dengan cara rekod PTPTN terkini. Dahulu, asalkan bayar sikit.. dah kira bayar.

        014 – tiga tiga tiga 6369.

      • Hehe.. takde laa, saya dulu pun macam helmi juga. Dah lama hutang ni dah selesai.. Kalau tak silap, masa kali pertama P.Menteri umumkan yang diskaun 20% untuk pembayaran secara lumpsump (keseluruhan).

  13. Still tak paham ngan ptptn .kalau sy pinjam 40 ribu mcm mne pulak iyee. Lagi pun sy ad buat pendahuluan ptptn nih. So bayaran dia mcm mne

    • Soalan cik pun terlalu simple.. lebih baik cik pergi ke cawangan ptptn yang berdekatan untuk melihat penyata bayaran @ boleh melihat secara online. Terima kasih.

  14. salam en.,, sy just nak sharing kat sini. saya mmg selalu keep track dgn ccris report ni memandangkan komitmen saya mmg tinggi. dlm dua tiga hari lepas DEC15 saya check rekod ccris tiba2 muncul ptptn dgn 83bulan tunggakan. rekod ccris ptptn saya bermula pada april 2015. yang tak best tu mula masuk senarai dah terus 76bulan tunggakan. mmg teruk la rekod ccris ptptn mcm tu. Berapa lama nak ambil mase nak regularize acc ccris ptptn mcm tu.. Entah la, pg ptptn check loan ptptn saya dari rm19k skrang dah jd rm25k. tak tau la nak ambil ujrah atau stick dgn konvensional sbb sy bercadang nak settlekan cepat je. ade cadangan ke?

    • salam en..

      Melihat dari penerangan saudara yang menyatakan saudara mempunyai komitmen yang tinggi. Terlebih dahulu saudara kena melihat manakah komitmen yang paling cepat yg boleh dilangsaikan dan sekiranya terdapat komitmen yang tinggi interest dan amaun yang sedikit, saya amat sarankan saudara menyelesaikan komitmen ini terlebih dahulu. Ptptn boleh saudara convert kepada ujrah kerana kadar interest yang rendah iaitu 1% dan sekiranya tahun hadapan diberikan diskaun 20% untuk penyelesaian penuh, mungkin saudara boleh ‘grab this oppurtunity‘.

  15. salam tuan..
    baru2 ini sy ada pergi ke ptptn utk buat ujrah..sebelum ni sy cuma bayar secara konsisten setiap bulan sbyk rm150..sy dimaklumkan oleh pegawai yg bertugas bahawa sy mempunyai tunggakan sbnyk lbh kurang 12k dan sy perlu menjelaskan 50% atau 25% daipada tunggakan tersebut utk melayakkan sy membuat ujrah..pegawai tersebut menyuruh sy mbayar 3k iaitu 25% daripada tunggakan..kerana tidak berpuas hati dgn syarat yg dikenakan,sy pergi ke cawangan ptptn lain dan jawapan yg sy peroleh adalah sama..sy rasa adalah tidak wajar memandangkan sy membayar secara konsisten setiap bulan tp bila nak tukar kepada ujrah seolah2 dipaksa utk menjelaskan tunggakan dulu baru boleh buat ujrah..sy ada bertanya kepada rakan2 yg baru membuat ujrah..menurut mereka,ada yg mbayar rm500 dan ada pula yg pada mulanya disuruh membayar rm5k tetapi mungkin rakan sy berurusan dgn pegawai kaunter yg ok,jd dia tidak perlu membayar apa2 utk urusan penukaran kpd ujrah walaupun urusan tersebut dilakukan sekitar bulan ogos dan september 2015..bg sy,jika benar peminjam perlu membayar separuh atau kurang dr separuh tunggakan utk mbuat ujrah, ini adalah sesuatu yg membebankan sedangkan sy tidak pernah miss bayar setiap bulan..kemudian, rakan sy yg lain pula ada memberitahu bahawa pegawai kaunter yg berurusan dgnnya memaklumkan proses menukar kepada ujrah tidak rumit dan masih boleh dikautim..mohon pandangan tuan..terima kasih

    • Salam ct,

      Adalah sesuatu yang pelik kerana rakan saya tidak perlu membayar apa2 walaupun rakan saya ini telah membuat pertukaran daripada konvensional kepada ujrah. Kemungkinan ada syarat-syarat baru yang telah digunapakai dalam penukaran konventional kepada ujrah. Tetapi satu kemusykilan saya… apakah tunggakan yang dinyatakan oleh ct? adakah sebelum ini terdapat tunggakan yang banyak atau tidak dibayar sebelum ini?

      • sebelum ni sy bayar konsisten tiap2 bulan sebanyak rm150..perkara yg sama juga berlaku kepada kawan saya..start dr mula kerja dia byr 150 setiap bulan..dan sekarang baki hutang dia tinggal 10k..baru2 ni ptptn bertindak potong gaji maksimum.pada mulanya sy ingatkan sy berada di zon selamat sebab sy bukanlah peminjam yg ingkar yg tak pernah bayar..rupa2nya tidak sebab pemotongn gaji akan dibuat kpd sesiapa yg ingkar,yg bayar sekali sekala dan yg ada tunggakan..dan pertukaran kepada ujrah pula sy lihat macam berbeza2..ada yg tak pernah bayar tp bila nak buat ujrah tak perlu bayar,ada yg boleh bayar sikit je dr tunggakan,adavyg tak boleh kompromi..syarat utk bayar tunggakan sebelum buat ujrah adalah sangat membebankan memandangkn sy bayar secara konsisten.

  16. salam tuan..tumpang bertanya..pinjaman sy skrg dlm 19,900 ++..sy lupe brp..then sy call ptptn sy ade tertunggak rm 5000 ++..die ckp bulanan sy kene byr dlm 170 ++..sy mmg xpenah byr ptptn sbb bru jgk dpt keje yg stabil. so sy just perlu byr bulanan 170 ++ tu jeke or tunggakan tu dulu. klu sy abaikan dulu yg tunggakan tu mcm mn?

    • salam nur syahirah, ia lebih baik cik bertanya kepada pihak ptptn untuk mengetahui dengan lebih lanjut dalam penyelesaian masalah ini. Sebab dahulu saya tidak pernah membuat sebarang tunggakan.

  17. assalam tuan…saya antara mereka yg belum bertukar kepada sistem ujrah…ajarkan saya cara pembayaran yg terbaik…semoga kita semua dapat manfaat bersama. tq

    • Wa’alaikummussalam..

      Cara yang terbaik ialah apabila ada potongan 20% untuk penyelesaian penuh terhadap hutang ptptn.

      Sebenarnya, bergantung pada komitmen dan hala tuju dalam penyelesaian hutang.. kalau nak dapat bayaran bulanan rendah, ambil ujrah. Kalau nak bayar cepat dan selalu bayar lebih dari yang sepatutnya, maintain cara lama.

      • rasanya tak silap saya dah takde potongan 20% dalam bajet 2016.. kali terakhir pada bajet 2015 je yang ada potongan rebate 20% bagi bayaran penuh. alhamdulillah saya sempat. kawan2 saya ada antara yang tertunggu bila lagi akan ada diskaun 20%.

  18. Pingback: Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah - Ciktom

  19. Assalamualaikum Encik, saya nak bertanya detail sedikit berkenaan ptptn.

    [Situasi]

    ~ Jika RM 1000/bulan(tanpa faedah) di sediakan untuk pembayaran balik RM30 000 sahaja akan memakan masa 30 bulan
    ~ Yakni bersamaan dengan 2 tahun 6 bulan =~ 3 tahun

    [Sistem Ujrah]

    ~ 1% sepanjang pembayaran balik ptptn
    ~ Jika Pinjaman RM 30 000
    ~ 1% = 30 000*0.01 = RM 300/tahun
    ~ 1% = (30 000*0.01)/12 = RM 25/bulan

    ~ jika pembayaran balik ialah 2 tahun 6 bulan =~ 3 tahun
    ~ Total Pembayaran Faedah/ Caj perkhidmatan ialah
    3_tahun = RM 900 +
    2_tahun 6_bulan = RM 750 +

    ~ Jadi total pembayaran ialah
    =~ RM 30 900 +
    (for 3_tahun)

    =~ RM 30 750 +
    (for 2_tahun 6_bulan)

    [Sistem Konvensional]

    ~ 3% dari prinsipal/baki hutang
    ~ Jika Pinjaman RM 30 000

    ~ {Bulan 1}
    ~ 3% = (30 000*0.03)/12 = RM 75/bulan_1
    ~ Principal/Baki hutang = (30 000+75)-1000 = RM 29 075
    ~ {Bulan 2}
    ~ 3% = (29 075*0.03)/12 = RM 72.7/bulan_2
    ~ Principal/Baki hutang = (29 075+72.7)-1000 = RM 28 147.7
    ~ {Bulan 3}
    ~ 3% = (28 147.7*0.03)/12 = RM 70.4/bulan_3
    ~ Principal/Baki hutang = (28 147.7+70.4)-1000 = RM 27 218.1

    ~ {Bulan 10}
    ~ Baki selepas bayaran Bulan_9 dengan pembayaran RM 1000/bulan = RM 21 591.3
    ~ 3% = (21 591.3*0.03)/12 = RM 54/bulan_10
    ~ Principal/Baki hutang = (21 591.3+54)-1000 = RM 20 645.3

    ~ jika pembayaran balik ialah 2 tahun 6 bulan =~ 3 tahun
    ~ Total Pembayaran Faedah/ Caj perkhidmatan ialah
    By calculation = RM 1 220.2 +
    (for 2_year 6_month)

    ~ Jadi total pembayaran ialah
    =~ RM 31 220 +
    (for 2_tahun 6_bulan)

    ::: Jadi saya nak tanya, betul ke pemahaman saya:::
    ::: berkenaan cara pengiraan pembayaran balik ptptn ini?:::

    • Saya terperinci saya tidak boleh komen sebab ‘resepi’ itu datangnya dari pihak PTPTN. Tapi apa yang boleh saya katakan:

      Sistem konventional sesuai untuk orang yang nak habiskan hutang ptptn dengan cepat manakala,
      Sistem ujrah sesuai untuk orang yang nak meminimumkan pembayaran bulanan disebabkan kadar caj perkhidmatan yang hanya 1%.

  20. As Salam tuan.

    Saya ingin bertanya dan nk mintak pendapat tuan, saya skrng study di universiti swasta. Masalah saya skrang ialah MARA hanya mampu bg elaun sara diri setiap bulan. Jadi, kmgkinan besar option lain oleh pihak MARA untuk bayar yuran pengajian saya ialah melalui PTPTN, tetapi yuran saya setiap sem RM7500 dan setahun kira kira RM15000. Tahun pengajian saya 3 tahun setengah mean total yuran pengajian saya harga RM50k lebih. Contoh jika saya membuat loan dari PTPTN RM50k? Brpa interest atau pn risiko lain yg saya perlu hadapi? Saya ingin meminta pendapat tuan 😌

    • Salam, maaf di atas kelewatan.

      Ok, mmg akui ptptn ada memberi pinjaman pelajaran kepada sesiapa yang berminat. Namun begitu, pihak ptptn juga ada memberi ‘waive’ atau ‘pelepasan bayaran’ sekiranya keputusan anda amat cemerlang. Sekiranya biasa2 saja.. maka akan anda perlu buat pembayaran yang akan dikenakan 3% (konventional) atau 1% (ujrah) caj perkhidmataan.

      Anda mungkin boleh membuat pekerjaan secara online @ part time untuk menambah pendapatan. Harap membantu..

  21. salam, encik.. saya nak kepastian adakah ptptn menetapkan tarikh akhir bayaran bulan, ini kerana saya memperoleh gaji lingkungan 4/5 haribulan, adakah saya dikenakan caj kelewatan bayaran balik. dan saya dikenakan caj 12.50/13.50 something, adakah itu 1% ujrah.? saya juga ingin mempercepatkan balik bayaran balik dengan cara menaikan amaun bulanan. buat masa ini bulanan yang saya bayar RM350, adakah relevan tindakan saya?? mohon pencerahan encik, terima kasih.

    • Salam… ramai yang bertanya pasal isu pengiraan PTPTN dari sudut konvensional dan Ujrah. Sepatutnya tuan/puan/cik kena bertanya terus kepada pihak yang sepatutnya atau melihat penyata secara online (rasanya masih wujud). Ini untuk memudahkan para pembayar tracking bayaran bulanan. Secara asasnya keuntungan PTPTN dengan Ujrah sudah di kira pada awal tahun dan dibahagi kepada berapa tahun jumlah pinjaman anda. Jadi walaupun anda membayar lebih, masih tidak memberi efek yang positif.

      * tips: untuk Ujrah sahaja, bayar macam biasa.. wang lebihan masukkan dalam portfolio pelaburan lain (yang berisiko rendah spt AHB, TH, … ASB). Kumpul dan kumpul lebihan duit ke dalam pelaburan. Interest dari Ujrah adalah amat rendah iaitu 1% dan gunakan kelebihan simpanan dalam pelaburan apabila ada keadaan yang memberi kelebihan kepada anda seperti diskaun 20% (seperti saya dahulu).

  22. Salam. Sy dgr interest 1percent setahun dah dikire setiap bulan 1%.
    Adakan statement tu betul?
    Sy telah membuat pinjama Rm106000 tp gaji rm 1200 sebulan. Nak ambil care bayaran yg cmne. Nak taknak terpakse ambil utk jangke masa yg panjang. Opinion.

    • Salam. Kiraan 1% dari jumlah pinjaman keseluruhan dan dibahagikan kepada berapa bulan tarikh pembayaran. Jadi akan dapat jumlah pembayaran (prinsipal dan caj).

      Untuk tambah pendapatan, cuba buat pendapatan pasif yang lain.

  23. Dah habis bayar, baru sy tahu pasal perbezaan 1% dgn 3% ni.
    Licik betul.

    Sy pon pelik, kenapa cas tinggi sangat padahal bayar elok dan lebih dari sepatutnya setiap bulan.
    Rupanya sebab ni.

    Terima kasih, ilmu baru jugak utk saya. 😉

      • Assalam tuan. Maaf. Sy tak berapa faham dengan sistem ujrah ni.. sy bru hbis bljr.. pnjmn sy dgn ptptn 22k.. sy pun bru lagi start kerja.. mcm mana sy nak start bayar ptptn ni? sbb ada yg ckp kena tunggu surat dri ptptn dulu bru boleh bayar.. ke mcm mana? Satu lagi.. perlu ke sy tukar ke sistem ujrah? Sy xberapa fhm dgn sistem ni..mohon pencerahan dri tuan

      • Wa’alaikummussalam nurul. tak perlu tunggu surat, boleh bayar terus apabila dapat gaji. Bole pergi ke pejabat PTPTN untuk mengetahui lebih lanjut tentang berapa jumlah bayaran setiap bulan @ penukaran ke Ujrah.

        Ujrah merupakan kos perkhidmatan yang diturunkan ke 1%. Cara pengiraan.. dier akan ambil keseluruhan jumlah pinjaman + 1% caj perkhidmatan. Bayaran bulanan akan menjadi lebih murah dan fixed. Kalau yang nak buat bayaran berubah2.. boleh kekalkan bayaran bukan ujrah.

  24. As Salam.
    Ada sapa2 yg buat ujrah dan kemudian apply loan (personal/car)?

    Lulus ke?

    Ada pegawai bank ckp kalu buat ujrah loan susah nak lulus sbb CCRIS scoring jadi “T” yg bermaksud kita restructure loan balik.

    Bila mcm gini, kita diklasifikasikan sebagai kurang kemampuan.

    • Wa’alaikummussalam..

      saya tak pasti sebab dulu PTPTN takde masuk CCRIS.🙂

      Insya’allah saya akan tanyakan pegawai bank bahagian loan nanti. Mungkin ada sesetengah bank local ada restriction camni. Selalunya bank foreign, tak cerewet sangat..

  25. salam..baru2 ni bank reject tuk loan rumah sebelum ni loan lepas je n cek kt bank Negara ada asb dlm list ccris, slps buat restruce tu baru ptptn kluar dlm list sbb ada masalah sikit jadi sya kne apply loan semula dan bank semua reject. Ptptn sya ada ujrah jadi perlukah saya settle kan ptptn ni dengan segara atau biarkan saja sbb sya mmg nk beli rumah masa terdekat ni..Bolekah tukar ujrah tu ke konvensional..mohon pencerahan dan harap membantu..tq

    • Salam..sy nk tanya .sy dah lme x byr ptprn..jadi ade tunggakan 6000
      Sy cek senarai hitam ptptn..nama sy dlm proses blaclist..jadi klau sy nak buat pinjaman rumah..agak2 blh lepas x..mcm mne

      • Salam.. selalunya sangkut sbb ada kat CCRIS. Lebih baik settlekan hutang tu dahulu @ bincang ngan PTPTN untuk melepaskan nama dalam senarai blacklist dengan membayar secara beransur-ansur.

    • Ini merupakan kesilapan yang paling ramai bekas-bekas pelajar lakukan. Membiarkan pinjaman tanpa sebarang bayaran. Memang PTPTN akan kira dari jumlah lebihan baki pinjaman pada setiap bulan (macam kad kredit – konventional) atau siap-siap kira selepas pertambahan caj perkhidmatan (ujrah). Sepatutnya saudara nana jumpa awal2 pihak PTPTN sekiranya belum mendapat pekerjaan..etc. Paling baik.. pantau bayaran secara on9. Boleh buat bayaran secara bulanan secara berkala. Kalau lumpsump.. tunggu belajawan baru kot-kot ada diskaun 20% lagi. Hehehe..

      *saya bukan staf PTPTN

  26. Assalamualaikum. Saya betul2 keliru. Bilakah sepatutnya permohonan bayaran secara UJRAH dibuat. Samada semasa memohon pinjaman PTPTN atau selepas habis belajar . Terima kasih

    • Wa’alaikummussalam Miahana. Selepas habis belajar.. sila rujuk kontrak ada tertulis bila harus mula buat pembayaran. Sekiranya extend @ belum mendapat pekerjaan, sila beritahu kepada pihak PTPTN untuk sesi ‘negotiable’ sebab ada perubahan pada kontrak asal.

      **ps: saya bukan staf PTPTN yer. Takut nanti telefon saya pulak..🙂

  27. Kalau tuka kepada ujtah..dlm ccris loan akan tertera restructure dimana..ia memburukakan lg keadaan bila peminjam nk buat pnjaman lain di bank…dgn kate lain kne settle semua ptptn baru boleh apply loan lain..betol x..?

    • Takde masalah Ruby. As long ada buat pembayaran.. tiada masalah. Nanti jumlah bayaran yang sudah ada – jumlah ‘available’ untuk buat loan = dapat berapa kemampuan untuk membuat loan.

  28. Salam tuan… saya masih ada baki pinjaman sebanyak 12,256.86 dan bayaran bulanannya ialah 235.58 + 31 (3%). Bayaran terakhir ialah pada Nov-2021 dalam 5 tahun dari sekarang. Soalan saya, adakah wajar jika saya memohon Ujrah untuk rendahkan bayaran bulanan dan lanjutkan sedikit tempoh bayaran balik? Saya amat terbeban dengan kos bayaran balik PTPTN kerana masalah pekerjaan saya yang tidak tetap.

    • Salam.. ok, mengikut pengalaman apabila melakukan ujrah.. kiraan akan dikira kembali dari amaun asal pinjaman + baru dikira caj ujrah. Selepas itu baru akan ditolak berapa yang dah bayar. Emm.. kalau penurunan RM30 sebulan, anda rasa dah ok.. maka wajar. Tapi kalau anda menganggap dengan ujrah.. dapat turn Rm100, adalah tidak wajar. Sekiranya kerja tidak tetap, cuma cari part time yang tetap wang masuknya. Ini supaya apabila income utama takde, sekurang2nya income kedua ada. Di harap membantu..

  29. salam…saya telah 7tahun byr ptptn ni dgn cantik sekali..sbb terus buat potongan gaji…perlu ke saya buat pertukaran ujrah?sbb kalau boleh xnak ptptn potong gaji saya byk sgt…

    • Salam.. adalah lebih baik menukar kepada Ujrah sebab kadar caj dikenakan hanyalah 1%. Namun begitu, apabila melakukan ujrah.. kiraan akan dikira kembali dari amaun asal pinjaman + baru dikira caj ujrah. Selepas itu baru akan ditolak berapa yang dah bayar. Lebih baik cik pergi ke PTPTN untuk membuat kiraan yang tepat.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s