Perumahan Mendap di Shah Alam

Hari ini saya dikejutkan dengan berita mengenai tanah mendap di sekitar Shah Alam. Sebelum ini, tidak kedengaran sebarang berita mengenai tanah mendap di sekitar Shah Alam. Kalau sebelah Kuala Lumpur banyak laa dan saya tak heran sebab di sana pembangunan adalah pesat. Pada mulanya saya beranggapan kejadian ini berlaku di kawasan penghujung Shah Alam tetapi ternyata tekaan saya meleset sama sekali.

Kawasan ini merupakan dereten rumah yang amat saya suka kerana visual sekitar nampak tenang dan cantik. Pada pengamatan saya, mestilah kawasan ini bebas dari sebarang kes-kes rumah retak atau tanah mendap.Itulah bak kata pepatah “harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari”. Sudah tentu pembeli di kawasan ini tidak menyangka bahawa akan terjadinya kes-kes sebegini. Pada ingatan lampau saya, saya pernah hendak ‘terbeli’ rumah di sekitar kawasan ini tetapi nampaknya saya bernasib baik. Anda boleh melihat pada petikan yang saya ambil dari Harian Metro.

Petikan dari Harian Metro (15/02/2012)

SHAH ALAM: Tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7 berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap, awal pagi kelmarin. Kejadian tanah mendap jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat rosak dan ruang hadapan beberapa rumah penduduk mendap selain digenangi air. Ahli Jawatankuasa Persatuan penduduk taman berkenaan, Zain Wahinuddin Idris, 55, berkata kejadian itu menyebabkan mereka hidup kebimbangan apabila struktur bahagian belakang dan hadapan rumah mendap lebih kurang tiga kaki selepas hujan lebat itu.

“Saya dan beberapa penduduk sudah membuat aduan mengenai kejadian tanah mendap di rumah kami sejak 2006 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun tiada tindakan diambil. “Malah, saya turut membuat laporan kepada pelbagai pihak seperti Jabatan Kerja raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), namun mereka seolah-olah memandang sepi masalah ini. “Saya sangat sedih apabila kejadian ini menjadi semakin teruk seperti apa yang berlaku awal pagi tadi (semalam) kerana bukan saja membabitkan harta benda, malah mengancam nyawa kami. Apabila berlaku dentuman kami keluar kerana bimbang rumah runtuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Zain berkata, ada sebahagian penduduk yang berpindah sementara kerana bimbang kejadian itu bertambah buruk. Dia berkata, rumah teres dua tingkat itu dibina pada 2002 dan siap sepenuhnya pada Disember 2005 sebelum dijual dengan harga RM250,000.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro petang semalam mendapati sebahagian ruang hadapan rumah beberapa penduduk di situ mendap selain arus deras akibat hujan lebat menyebabkan berlaku hakisan di kawasan berkenaan.

Advertisements

Pelaburan Emas di Kuwait Finance House (KFH)

Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Kuwait Finance House (KFH) kerana menawarkan pelaburan yang berlandaskan Shariah. Rasanya inilah yang ingin di cari oleh umat Islam di dalam membuat pelaburan yang halal dan mengelak dari terlibatnya riba. Untuk mengetahui sejarah KFH, anda boleh rujuk di sini (post terdahulu ). Di dalam artikel ini saya akan menceritakan kenapa saya memilih pelaburan yang ditawarkan oleh KFH ini. Pada mulanya saya tidak menyedari akan kewujudan pelaburan emas di KFH. Sebelum ini, saya ada berkira-kira untuk melabur di dalam emas elektronik yang ditawarkan oleh Maybank, Cimb dan OUB ataupun bar emas yang ditawarkan oleh  Public Gold dan Al-Rajhi. Ada juga emas syiling yang ditawarkan oleh Maybank tetapi syiling emas ini amat susah untuk di dapati dan penjagaannya adalah agak rumit (tidak boleh bercalar untuk mengekalkan harganya).

Namun apabila saya mula membaca berkenaan halal haram pelaburan emas ini, saya mula mencari-cari apakah pelaburan yang sesuai dengan kehendak saya. Secara ringkasnya, pelaburan emas ini bukanlah haram tetapi sebagai seorang Islam ia haruslah mempunyai akad-akad yang tertentu supaya urusan jual beli ini sah. Antaranya ialah anda harus tahu harga belian, barang belian haruslah wujud, boleh melihat sendiri barangan tersebut dan transaksi jual beli haruslah berlaku pada ketika itu juga. Itulah yang menjadi satu titik tolak kenapa saya memilih KFH sebagai pelaburan emas saya.

Selain itu juga, KFH mempunyai sesuatu yang amat saya sukai kerana saya tak perlu memilih atau terpaksa untuk menyimpan emas tersebut apabila saya membeli. Sudah tentu ia amat merisaukan apabila ingin membuat urusan jual beli apabila transaksi ini ingin dilakukan. Sudah tentu saya mengelak dari menanggung risiko yang tinggi. Bayangkan sekiranya anda membawa beberapa keping bar emas untuk digadai dan anda telah dirompak. Menangis tak berlagu beb. Hilang riban-riban begitu je. Oh, saya terlupa. Tiada sebarang kos dalam menyimpan emas di KFH. Free of charge!! Anda akan dapat penyata sahaja, tidak ada buku pelaburan. Sekiranya saya simpan di ‘safe deposit’ setentunya ada kos-kos sampingan. Sudah tentu akan mengurangkan pelaburan di masa hadapan.

Dalam pelaburan emas, anda harus tahu perbezaan harga jual dan beli. Perbezaan margin harga jual dan belilah yang akan membezakan berapa cepat anda boleh untung. Sebagai contoh, apabila bank ingin menjual emas tersebut, ia akan menjual dengan harga jual. Sekiranya anda pula ingin jual emas anda, bank akan mengambil harga beli. Jadi anda boleh melihat kadar ini di dalam laman sesawang KFH. Kalau ingin mengira margin yang paling kecil, sudah tentu UOB adalah terbaik. Kadarnya cuma RM2 segram (di kira pada hari ini : 15/02/2012). KFH mempunyai margin yang sederhana iaitu sekitar rm6.15 segram. Anda boleh melihat di laman sesawang untuk melihat perbezaan margin untuk setiap bank atau syarikat yang menawarkan pelaburan emas ini.

Saya tidak menyatakan emas di KFH tidak mempunyai kelemahan. Emas di KFH adalah berketumpatan 995.0 atau dikenali dengan emas 995. Ini menyatakan bahawa ketulenan emas itu adalah 99.5% manakala 0.5% adalah logam-logam lain. Dahulu emas di kira pada karat, sekarang di kira pada ketulenan emas. Jadi ini mengurangkan hirakhi dalam pelaburan emas. Setentunya kalau KFH membuat ketulenan emas adalah 99.999% atau emas 999.9, setentunya ia menjadi pelaburan emas yang terbaik untuk bar emas. Jadi, inilah beberapa isi penting kenapa saya memilih pelaburan emas fizikal yang shariah dan di harap akan wujudlah pelbagai bank yang menuju ke arah pelaburan yang berlandaskan shariah.

Di sini saya sertakan serba sedikit mengenai cara membuka pelaburan emas di KFH:

  • Pembelian emas akan dinilai di dalam gram (emas) di dalam akaun.
  • Pembelian pembukaan (individu: 10 gram, Bukan Individu : minima 50 gram).
  • Pemegang mestilah mempunyai baki minima sebanyak 2 gram emas.
  • Anda boleh memilih untuk menyimpan emas di cawangan bank KFH (free cost) atau mengeluarkan fizikal emas.
  • Anda mestilah mempunyai sama ada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa di KFHMB untuk memudahkan urusan jual beli emas.

 

Sejarah Kuwait Bank

Ditubuhkan pada 1977 dan merupakan bank pertama yang mengamalkan operasi mengikut prinsip-prinsip yang mengikut Shariah, Kuwait Finance House K.S.C. (KFH) telah muncul sebagai sebuah bank yang menerajui bank-bank di dunia. KFH telah memulakan operasinya di Bahrain, Turkey, Jordan, Saudi Arabia, Malaysia, Singapore dan Australia, di samping itu juga ia menjadi gabungan dengan United Arab Emirates, Oman dan Bangladesh.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) merupakan satu-satunya bank luar negara yang berbentuk bank Islam dan diberikan lesen di bawah Islamic Banking Act (Malaysia) 1983. Sebuah anak syarikat milik penuh KFH, telah memulakan langkah untuk menubuhkan syarikat perbankan di Malaysia yang di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), keputusan untuk membuka industri perbankan Islam di negara ini kepada perbankan asing yang berkelayakan seperti yang disyorkan di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan. Sebagai ibu pejabat serantau KFH di rantau Asia Pasifik, peranan utama bank ini adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan Syariah yang inovatif kepada pelanggan-pelanggan bank ini. Di samping itu juga, bank ini bertindak sebagai perantara dan fasilitator untuk menggalakkan pelaburan dan perdagangan dua hala antara Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah. Anak syarikat milik penuh bank ini, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan luar pesisir di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bank ini menawarkan kewangan yang bersistemkan Shariah sepenuhnya dari segi operasi mahupun produk. Ia meliputi Perbankan Korporat dan Pelaburan, Perdagangan, dan Runcit dan Pengguna serta Perbendaharaan dan Perniagaan Antarabangsa. Di samping itu, bank ini telah menubuhkan KFH Asset Management Sdn Bhd untuk menyediakan aset dan aktiviti pengurusan dana, merangkumi ekuiti swasta, pelaburan alternatif dan unit amanah.

Ini adalah laman sesawang rasmi Kuwait Bank. http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=0