Pengalaman Pertama Membuat Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Taksiran (Pintu)

Dahulu, saya tidak pernah terlibat dengan sesi pembayaran apa jua cukai tanah mahupun cukai taksiran (cukai pintu). Pernah dengar tetapi belum ada pengalaman. Ok, pengalaman ini saya dapat apabila saya membuat ‘refinance’ rumah pertama dahulu. Sebelum ini, saya mengharapkan surat akan sampai dan akan melakukan pembayaran di kaunter pejabat pos. Kalau urusan yang melibatkan pejabat pos, saya dapati cukai tanah tidak ada sebarang masalah untuk membayar di mana-mana kaunter pejabat pos. Tetapi amat berlainan dengan cukai taksiran. Rupanya cukai taksiran boleh di bayar di pejabat pos yang berada di dalam kawasan itu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di daerah Shah Alam maka cukai taksiran hanya boleh di bayar di pejabat pos Shah Alam sahaja. Ini terjadi kerana saya membayar cukai taksiran dalam daerah yang berlainan. Agak pelik sistem pembayaran pejabat pos ni, tidak mesra pengguna. Hehe.. Sebelum saya pergi lagi jauh, biar saya berikan sedikit infomasi mengenai cukai taksiran dan cukai tanah.

Cukai Taksiran
Cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran yang meliputi bangunan kediaman, bangunan perniagaan/perdagangan, bengkel, stesen minyak dan panggung wayang dan tidak lupa pula bangunan perindustrian. Selalunya cukai ini melibatkan dua kali pembayaran (setahun) iaitu :
– pembayaran pertama dari bulan 1 hingga 6
– pembayaran kedua dari bulan 7 hingga 12

Apa hak anda : Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mingkin sekiranya pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja sampah.

Tindakan yang boleh di ambil oleh pihak berkuasa sekiranya anda tidak membayarnya: Akan di denda pada kadar tertentu sekiranya anda lambat bayar dari tarikh yang disediakan (1 – 6 : bayar sebelum 28hb Februari dan 7 – 12 : bayar sebelum 31hb Ogos). Waran tahanan boleh dikeluarkan di bawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan. 

Cukai Tanah
Cukai ini ditakrifkan sebagai apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai cukai sewa. ia juga merupakan apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah atau apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa.

Tindakan yang boleh di ambil oleh pihak berkuasa sekiranya anda tidak membayarnya:Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:

  • individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun / jumlah tunggakan melebihi RM 500.
  • syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun / jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.

Sekiranya anda atau syarikat yang masih gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A itu, perintah melucuthak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah anda.

Memandangkan anda sudah dapat mengetahui apa itu cukai tanah dan cukai taksiran (cukai pintu), biar saya sambung kembali tentang pengalaman saya di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Klang. Lawyer kepada sebuah bank telah menelefon saya dan menyatakan saya perlu membuat pembayaran cukai tanah dan cukai taksiran untuk 2012. Saya kata yang saya belum menerima apa-apa penyata dari Pejabat Tanah mahupun Majlis Perbandaran Klang. Jadi peguam ini menyatakan yang saya hanya membawa resit cukai yang lama (untuk memudahkan) dan mereka akan mencetak penyata yang baru (2012). Kerana ingin cepat punya pasal, keesokkan harinyer terus pergi. Memandangkan saya ni bukanlah mat gadjet, setentunya saya takde GPS untuk melihat jalan ke Majlis Perbandaran Klang. Nasib baik ada pak ‘google map’ untuk menyenangkan kerja saya. Bagus ni… free of charge punya perkhidmatan, mudah pulak tu.

Jadi keesokkannya, saya pergi ke Majlis Perbandaran Klang. Mujurlah tidak jauh dari pejabat. Jarak yang masih boleh diterima. Sambil memandu tu, ada laa jugak baca doa supaya segala urusan dipermudahkan. Alhmadulillah, semuanya ok dan lancar. Parking kereta pun tak payah bayar, terus cari kaunter dan cetak penyata 2012. Selepas tu saya tunjuk laa untuk mencetak penyata cukai tanah (saya memang tak tahu yang cukai tanah kena bayar kat Pejabat Tanah), nasib baik tak kena perli or marah. Staf kat siru cuma cakap kena bayar kat Pejabat Tanah je. Adoi.. masalah ni. Memang tak tahu kat mana Pejabat Tanah ni. Takpe la, settlekan urusan pembayaran cukai taksiran dahulu.

Bila dah selesai pembayaran, saya mula mencari-cari orang di Majlis Perbandaran untuk tanya jalan ke Pejabat Tanah. Sambil pusing-pusing tu, saya ternampak pekerja Majlis Perbandaran ada dekat kawasan parking. Mula lah berlakon macam orang tak tahu jalan. Sok sek sok sek punya citer itu ini, so saya cuba. Xjauh tapi kene berpusing skit jalannya. First try rasa macam sesat. Tanya lagi orang dekat-dekat situ. Dier kasi petunjuk lagi… lebih kurang macam ni laa kata-kata dari abang tu. “Ooo..dekat je tu. Abang pergi straigh nanti nampak traffic light, terus je. Nampak simpang kanan, abang amik. Lepas tu nanti abang akan nampak bangunan Syabas, abang amik kiri. Nanti abang akan jumpa dengan Pejabat Tanah tu”. Senang dan ringkas je. (saya lebih suka mencari lelaki kalau untuk tunjuk map, kalau tanya cik hawa ni selalu dapat jawapan yang tak konkrit ataupun tak tahu. Lagipun lelaki kan yang banyak drive kereta dan buat macam-macam urusan. Sori yerr cik hawa.) Berkat petunjuk dari abang tu, jumpa laa Pejabat Tanah.

Orang tak ramai! Bagus bagus. Apa lagi, terus cargas buat urusan. Saya tengok ramai orang cina je yang buat transaksi kat sini. Melayu dan india tak ramai. Jadi saya tunju penyata 2011 dan staf kat situ cetak untuk penyata baru. Buat pembayaran, semuanya settle. Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada staf Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Klang., banyak membantu dalam memudahkan urusan pertama saya. Cuma ‘front desk’ Pejabat Tanah tu kena senyum-senyum skit, pagi-pagi dah agak mencuka mukanya. bagus jugak sesat kat jalan Klang ni, boleh teroka jalan baru. Kalau dah sesat, baru kita kena jalan baru.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s