Hakmilik Strata

Mengapa perlu Hakmilik Strata?
Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya:- Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka.


Mengapa Hakmilik Strata penting bagi bangunan bertingkat?

Tahukah anda Hakmilik Strata adalah sama pentingnya dengan Hakmilik Tanah. Hakmilik Strata adalah satu-satunya geran/ dokumen/ bukti pemilikan petak anda!

Anda akan menghadapi masalah dalam urusan pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya sekiranya anda tidak mempunyai Hakmilik Strata.

Siapa yang patut memohon Hakmilik Strata dan bila?
Di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, pemaju/ pemilik asal perlu memohon untuk hakmilik strata dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki dikeluarkan atau tarikh perjanjian jual beli dilakukan mengikut mana yang terkemudian.

Perlukah pemilik petak (anda) membuat bayaran untuk memperolehi Hakmilik Strata?
Anda perlu membuat bayaran kepada pejabat tanah dan juga menbayar bayaran perkhidmatan peguam, kecuali jika pemaju membuat bayaran tersebut sebagai khidmat kepada pembeli. Selain itu, semua kos dan bayaran bagi memperolehi hakmilik strata perlu dibiayai oleh pemaju.

Apa hak pemilik sebagai pemilik petak?
Hak-hak pemilik petak termasuk:-

  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimiliknya.
  • Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa. Dengan syarat telah membayar tabung pengurusan yang dikutip oleh perbadanan pengurusan.
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
  • Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
  • Hak untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.

Apakah tanggungjawab utama pemilik?

  • Membayar caruman kumpulan wang pengurusan.
  • Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa.
  • Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa.
  • Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/ tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pemilik petak enggan membayar tabung pengurusan?

  • Petak anda boleh disita dan dibuat penahanan harta alih.
  • Jika anda seorang penyewa, anda mungkin boleh menolak bayaran yang terhutang kepada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.
  • Anda boleh disaman di mahkamah.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s