Kriteria Memiliki Rumah Pertama

Pada tahun 2009, saya mula berjinak-jinak untuk membeli rumah pertama di kawasan Selangor. Pada mulanya saya amat gusar kerana tidak ada sesiapa dalam ahli keluarga yang dapat menjadi tempat bertanya tentang hal-hal pembelian hartanah. Tapi berkat kawan-kawan, ibu mertua dan pembacaan telah menaikkan tahap confident ke arah yang positif. Jadi saya mula mencari pelbagai info perihal hartanah, ada beberapa perkara yang saya pilih di dalam mencari hartanah pertama saya.

‘Title’ Hartanah
Saya memilih kriteria yang pertama iaitu status tanah. Saya memilih pegangan bebas atau lebih dikenali dengan ‘Freehold‘. Alhamdulillah, saya dapat mencari tanah yang berstatus ‘Freehold‘ dan ‘Non Bumi Lot‘. Satu perkara yang amat saya suka apabila mencari hartanah yang berstatus sebegini. Pertama title pegangan bebas ni amatlah bagus untuk masa depan, urusan jual beli dan memilih loan. Ini berbeza dengan ‘Leasehold’ atau dikenali dengan Pajakan Bebas (selalunya 99 tahun). Kedua title ‘Non Bumi Lot’ iaitu dapat dijual atau dibeli oleh pembeli bumiputera atau bukan bumiputera. Ini amat memberi ruang prospek yang amat luas. jadi target pertama berjaya dengan cemerlang.

Hartanah Bertanah
Saya lebih gemar rumah yang mempunyai tanah memandangkan sudah hampir 8 tahun tinggal di rumah ‘atas langit’. Hehe.. Terdapat beberapa kriteria kenapa saya lebih suka yang bertanah iaitu kereta nampak di depan rumah (xberjemur panas), anak-anak boleh bermain di laman rumah, ruang parking untuk tetamu dan beberapa kriteria lagi yang tidak ada pada rumah atas langit. Ini juga merupakan peningkatan kejayaan dalam hartanah. Jadi kriteria ini juga dapat saya temui pada hartanah yang ingin saya beli.

Aliran trafik, sejarah kawasan dan pemaju hartanah
Ada beberapa kawasan yang saya selidik dan melihat sendiri kawasan hartanah yang ingin di beli. Pertama saya akan melihat keadaan sekitar dan aliran trafik tersebut pada hujung minggu. Kemudian, saya akan melihat pada waktu puncak dan cuti-cuti panjang. Selain itu juga akan bertanya pada pemilik-pemilik hartanah dahulu tentang kawasan tersebut. Boleh bertanya juga sejarah pemaju yang buat hartanah yang ingin di beli. Alhamdulillah, nampaknya pilihan hartanah saya ini makin memenuhi prospek hartanah. Dua tiga hartanah sebelum ini kurang memenuhi kriteria ini. Aliran trafik yang agak padat pada hujung minggu dan bertambah teruk apabila waktu puncak kerja. Saya juga mencari di laman sesawang sekiranya terdapat masalah pada pemaju mahupun hartanah di kawasan tersebut. Ini sedikit merisaukan saya kerana masalah banjir, tetapi bila di selidiki kes-kes banjir di kawasan tersebut adalah sudah berkurangan. Penambahbaikan sistem saliran dah di naik taraf. Jadi ini amat melegakan saya, di tambah pula saya bertanya sendiri pemilik rumah yang berasa fasa yang agak terdahulu. Itu pentingnya membuat kaji selidik di kawasan tersebut. Boleh bertanya juga tentang masalah kecurian atau rompakan di situ.

Jenis-jenis Hartanah
Terdapat pelbagai jenis hartanah, sebagai contoh kondominium, apartment, flat, semi-D, cluster, teres, banglo dan bermacam-macam lagi. Jadi memandangkan saya ingin memiliki hartanah bertanah dengan kadar yang berpatutan, saya memilih teres dua tingkat. Teres setingkat juga ok tetapi saya dilahirkan dalam keluarga yang besar, jadi apabila berkumpul ia menjadi amat sesak. Itulah sebab kenapa saya mencari hartanah dua tingkat. Hartanah ini juga mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air (private setiap bilik). Ini sudah bagus! Di tambah pula ruang tanah yang agak besar iaitu 22′ x 75′. Jadi banyak senarai-senarai hartanah yang lain dipotong disebabkan kelebihan hartanah yang saya dapat ni.

Harga Hartanah
Apabila bercerita tentang hartanah, tentu kena tahu juga harganya kan. Saya menganggarkan berapa saya mampu untuk membeli sebuah hartanah pertama. Kira-kira dan congak-congak, alhamdulillah. Saya rasa mencukupi dengan tambahan kewangan dari simpanan KWSP (akaun dua) dan lain-lain lagi. Pastikan anda tidak tersalah kira, nanti akan menganggu perjalan kewangan anda nanti.

Sejarah Pemaju
Harus menyelidiki sejarah pemaju untuk mengelak dari terjadinya projek-projek terbengkalai, rumah bermasalah dan senang untuk menjual kepada pembeli lain kerana ada track record yang bagus. Jadi kriteria ini telah lulus dalam pembelian hartanah pertama saya. Alhamdulillah, selesai segalanya.

Nanti akan saya ceritakan pengalaman membeli rumah pertama, dari membuat senarai sehinggalah kepada urusan jual beli.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s