Pelaburan Emas di Kuwait Finance House (KFH)

Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Kuwait Finance House (KFH) kerana menawarkan pelaburan yang berlandaskan Shariah. Rasanya inilah yang ingin di cari oleh umat Islam di dalam membuat pelaburan yang halal dan mengelak dari terlibatnya riba. Untuk mengetahui sejarah KFH, anda boleh rujuk di sini (post terdahulu ). Di dalam artikel ini saya akan menceritakan kenapa saya memilih pelaburan yang ditawarkan oleh KFH ini. Pada mulanya saya tidak menyedari akan kewujudan pelaburan emas di KFH. Sebelum ini, saya ada berkira-kira untuk melabur di dalam emas elektronik yang ditawarkan oleh Maybank, Cimb dan OUB ataupun bar emas yang ditawarkan oleh  Public Gold dan Al-Rajhi. Ada juga emas syiling yang ditawarkan oleh Maybank tetapi syiling emas ini amat susah untuk di dapati dan penjagaannya adalah agak rumit (tidak boleh bercalar untuk mengekalkan harganya).

Namun apabila saya mula membaca berkenaan halal haram pelaburan emas ini, saya mula mencari-cari apakah pelaburan yang sesuai dengan kehendak saya. Secara ringkasnya, pelaburan emas ini bukanlah haram tetapi sebagai seorang Islam ia haruslah mempunyai akad-akad yang tertentu supaya urusan jual beli ini sah. Antaranya ialah anda harus tahu harga belian, barang belian haruslah wujud, boleh melihat sendiri barangan tersebut dan transaksi jual beli haruslah berlaku pada ketika itu juga. Itulah yang menjadi satu titik tolak kenapa saya memilih KFH sebagai pelaburan emas saya.

Selain itu juga, KFH mempunyai sesuatu yang amat saya sukai kerana saya tak perlu memilih atau terpaksa untuk menyimpan emas tersebut apabila saya membeli. Sudah tentu ia amat merisaukan apabila ingin membuat urusan jual beli apabila transaksi ini ingin dilakukan. Sudah tentu saya mengelak dari menanggung risiko yang tinggi. Bayangkan sekiranya anda membawa beberapa keping bar emas untuk digadai dan anda telah dirompak. Menangis tak berlagu beb. Hilang riban-riban begitu je. Oh, saya terlupa. Tiada sebarang kos dalam menyimpan emas di KFH. Free of charge!! Anda akan dapat penyata sahaja, tidak ada buku pelaburan. Sekiranya saya simpan di ‘safe deposit’ setentunya ada kos-kos sampingan. Sudah tentu akan mengurangkan pelaburan di masa hadapan.

Dalam pelaburan emas, anda harus tahu perbezaan harga jual dan beli. Perbezaan margin harga jual dan belilah yang akan membezakan berapa cepat anda boleh untung. Sebagai contoh, apabila bank ingin menjual emas tersebut, ia akan menjual dengan harga jual. Sekiranya anda pula ingin jual emas anda, bank akan mengambil harga beli. Jadi anda boleh melihat kadar ini di dalam laman sesawang KFH. Kalau ingin mengira margin yang paling kecil, sudah tentu UOB adalah terbaik. Kadarnya cuma RM2 segram (di kira pada hari ini : 15/02/2012). KFH mempunyai margin yang sederhana iaitu sekitar rm6.15 segram. Anda boleh melihat di laman sesawang untuk melihat perbezaan margin untuk setiap bank atau syarikat yang menawarkan pelaburan emas ini.

Saya tidak menyatakan emas di KFH tidak mempunyai kelemahan. Emas di KFH adalah berketumpatan 995.0 atau dikenali dengan emas 995. Ini menyatakan bahawa ketulenan emas itu adalah 99.5% manakala 0.5% adalah logam-logam lain. Dahulu emas di kira pada karat, sekarang di kira pada ketulenan emas. Jadi ini mengurangkan hirakhi dalam pelaburan emas. Setentunya kalau KFH membuat ketulenan emas adalah 99.999% atau emas 999.9, setentunya ia menjadi pelaburan emas yang terbaik untuk bar emas. Jadi, inilah beberapa isi penting kenapa saya memilih pelaburan emas fizikal yang shariah dan di harap akan wujudlah pelbagai bank yang menuju ke arah pelaburan yang berlandaskan shariah.

Di sini saya sertakan serba sedikit mengenai cara membuka pelaburan emas di KFH:

  • Pembelian emas akan dinilai di dalam gram (emas) di dalam akaun.
  • Pembelian pembukaan (individu: 10 gram, Bukan Individu : minima 50 gram).
  • Pemegang mestilah mempunyai baki minima sebanyak 2 gram emas.
  • Anda boleh memilih untuk menyimpan emas di cawangan bank KFH (free cost) atau mengeluarkan fizikal emas.
  • Anda mestilah mempunyai sama ada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa di KFHMB untuk memudahkan urusan jual beli emas.

 

2 comments on “Pelaburan Emas di Kuwait Finance House (KFH)

  1. Salam. Saya ingin bertanya tentang ketulenan emas dan harganya. Adakah harga emas 999 dan emas 995 sama? Jika berbeza, berapa beza antara dua jenis emas ini (di mana saya boleh lihat harga emas 999 dan 995). Berbaloi atau tidak jika saya melabur jangka masa panjang menggunakan emas 995. Saya lebih tertarik dengan emss 999 tetapi hanya KFH menawarkan ciri-ciri istimewa seperti patuh syariah dan percuma untuk simpanan emas di bank mereka. Terima kasih.

    • Salam. Dari segi ketulenan ada sedikit perbezaan di mana emas 999 adalah ketulenan emas yang tertinggi. Untuk melihat harga emas semasa dunia, anda boleh melihat pada kitco. Namun, sekiranya anda berminat untuk membeli emas.. anda boleh layari laman sesawang tempat yang ingin di beli. Sebagai contoh, Maybank, al-rajhi, Kuwait, uob dan lain-lain ada paparkan harga jualan dan belian dari pihak mereka. Begitu juga public gold. Tapi saya amat sarankan anda jangan membeli emas dari kedai-kedai emas kerana terdapat caj upah yang agak tinggi serta harga sudah dinaikkan nilainya. Sekiranya anda hanya ingin membuat belian dan jualan tanpa perlu menyimpan, maka saya sarankan membeli di KFH. Tetapi sekiranya saudara firdaus berminat untuk memanipulasi seperti memajaknya maka anda boleh membeli emas 999. Tetapi harus diingat, sebagai umat Islam.. untuk menjadikan satu transaksi jual beli untuk sah maka wang, penerimaan barang dan akad perlulah terjadi dalam masa yang sama. Kebanyakkan kes jualan emas yang menjadi tidak sah apabila penerimaan barang bukanlah pada ketika itu juga. Harap membantu..

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s