NCIS : Naval Criminal Investigative Service

 Naval Criminal Investigative Service (NCIS) merupakan satu tv series yang berkonsepkan siasatan di Amerika Syarikat.

Ia di cipta oleh Donald P. Bellisario dan Don McGill. Barisan pelakon pula ialah Mark Harmon (Leroy Jethro Gibbs), Sasha Alexander (Caitlin Todd), Michael Weatherly (Tony DiNozzo), Pauley Perrette (Abby Sciuto), David McCallum (Donald “Ducky” Mallard), Sean Murray (Timothy McGee), Cote de Pablo (Ziva David), Lauren Holly (Jenny Shepard), Rocky Carroll (Leon Vance) dan Brian Dietzen (Jimmy Palmer).

Berbalik kepada kenapa saya amat meminati drama series ini kerana setiap pelakon membawa karakter yang berlainan. Saya amat meminati cara lakonan Mark Harmon (ejen Gibbs) menjadi seorang ketua dan bagaimana dia menghormati staf bawahannya. Sekiranya staf bawahannya terancam, maka dia akan mengambil risiko yang tidak akan mempedulikan pihak atasan (Leon Vance). Mempunyai karisma yang amat tinggi, seorang yang serius tapi amat mempercayai orang bawahannya. Tidak terlalu lembut dan tidak terlampau keras terhadap staf bawahan. Boleh dianggap sebagai sarang tebuan, setelah di jolok akan terima padahnya. Hehe.

Michael Weatherly (Tony DiNozzo) pula seorang yang ingin di lihat sebagai seorang yang bagus di mata ahli-ahli yang lain tapi menjadi orang kanan kepada bosnya (ejen Gibbs). Seorang yang suka menunjuk-nunjuk kepada perempuan terutamanya kepada Cote de Pablo (Ziva David). Tapi seorang yang sanggup mengadaikan apa sahaja demi ‘team mate’.

Sean Murray (Timothy McGee) merupakan seorang yang amat hebat tentang penggunaan gadget @ teknologi. Selalu di buli oleh Tony Dinozzo tetapi selalu terkena kembali apabila melibatkan penggunaan teknologi. Seorang yang amat lurus bendul (dilihat pada luaran) tapi mempunyai tarikan yang tersendiri. Amat rapat dengan Pauley Perrette (Abby Sciuto).

Cote de Pablo (Ziva David) adalah seorang perempuan yang mempunyai masalah kepercayaan daripada pihak atasan (pada mulanya) tetapi diberi kepercayaan oleh bosnya (ejen Gibbs). Seorang yang kadang-kadang mempunyai karisma mengoda kepada Tony Dinozzo. Selalu menunjuk sesama mereka iaitu Tony Dinozzo dan Ziva David.

Pauley Perrette (Abby Sciuto) seorang yang berpewatakkan amat gothic. Selalu berada di dalam makmal dan amat rapat dengan McGee. Selalu meminta supaya mendapat “hug” daripada team mate mahupun bos sendiri. Walaupun berpewatakkan ganas tapi seorang yang baik hati.

David McCallum (Donald “Ducky” Mallard) seorang pakar bedah. Seorang yang amat mengetahui sejarah Ejen Gibbs. Selalu memberi tunjuk ajar kepada pembantunya.

Sekiranya di lihat secara tiap-tiap siri drama, anda akan dapat melihat karakter yang di bawa masing-masing. Ada terselit sifat-sifat humor antara team mate dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan kes-kes yang wujud. Kadang-kadang ada plot yang amat serius tapi sangat menarik untuk di tonton. Pada pengamatan saya, series ini lebih best dari CSI mahupun Criminal Minds. Kalau di beri bintang, NCIS berada di tangga teratas. Di susuli dengan Criminal Minds, NCIS LA, CSI New York, CSI dan CSI Miami. Ini untuk drama siri penyiasatan.

Nanti nak beli sebagai satu koleksi DVD rasanya nanti.🙂

2 comments on “NCIS : Naval Criminal Investigative Service

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s