Sejarah Bank Rakyat

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malysia dan memiliki aset berjumlah RM61.91 bilion pada akhir 2010.

Pada 2003, Lembaga Pengarah telah melakarkan detik bersejarah dengan mengumumkan transformasi utama Bank Rakyat bagi menggantikan Sistem Perbankan Konvensional kepada sistem berlandaskan prinsip Syariah. Kini semua cawangan Bank Rakyat menawarkan produk Perbankan Syariah kepada orang ramai. Bank Rakyat telah mencatatkan kenaikan keuntungan sebelum cukai dan zakat sejak tahun peralihan tersebut dengan keuntungan tertinggi berjumlah RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Anugerah demi anugerah telah berjaya diraih oleh Bank Rakyat sebagai pengiktirafan kecemerlangan dan keunggulan Bank, baik di Malaysia mahupun di persada antarabangsa pada tahun lalu.Bank Rakyat gigih mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan secara berterusan untuk membolehkan pelanggan menikmati kepelbagaian.

Pelbagai jenis produk perbankan dan fasiliti pelanggan ditawarkan seperti pembiayaan konsumer, komersil serta simpanan dan pelaburan dalam usaha untuk melengkapkan kemudahan perbankan kepada anggota dan pelanggan. Pengenalan produk yang berkualiti, berpelbagai dan berdaya inovatif yang memenuhi keperluan ramai pelanggan, peningkatan bilangan dan tahap kecekapan saluran penyampaian serta penampilan imej korporat yang mesra berjaya meletakkan Bank Rakyat di kedudukan yang sesuai untuk menjadi sebuah Bank Pilihan.

Sehingga hari ini, Bank Rakyat mempunyai 134 cawangan dengan lebih 500 mesin juruwang automatik (ATM – 435) dan mesin deposit tunai (CDM – 150) serta 23 Ar-Rahnu X’change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mempunyai pusat panggilan, tele-Rakyat: 1-300-88-1BANK (12265) dan perbankan internet, irakyat.com.my.

Ini adalah laman sesawang rasmi Bank Rakyat. http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/home

10 comments on “Sejarah Bank Rakyat

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu apa perbezaan skim pinjaman kenderaan di bank rakayat berbanding bank lain-lain?

    • Wa’alaikummussalam. maaf Cik Isna, saya bukanlah pekerja bank. Saya hanya manusia biasa yang berkongsi tentang apa sahaja yang saya rasa bermanfaat kepada orang ramai.🙂

  2. assalamualaikum sya nk tnya mcm mne kita nk tahu latar belakang cawangan bank rakyat contoh (bank rakyar ayer keroh)? saya sebagai pelajar ingin memohon maaf saya cuma ingin tahu latar belakang bank rakyat ayer keroh hanya untuk dimasukkan di dalam laporan industri saya sahaja>>terima kasih

    • wa’alaikummussalam.. cara yang terbaik, pergi ke perpustakaan negeri / Negara. Selalunya ada buku berkenaan latar belakang bank-bank yang biasa di kita lihat. Carian google juga boleh digunakan, cuma pastikan info tersebut dari sumber yang sahih.

      Sama-sama dan terima kasih.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s